05 January 2009

Tangisan Gaza

Emmm, dah dua hari tertangguh nak update blog... Semalam penat sgt2, hari ni plak sibuk mengemas dapur.. yelah dah 2 minggu cuti.. bersepah dapur...

Sambil2 meluruskan pinggang n mengurut2 kaki yg lenguh (ish,bilerlah ader org nak urutkan ek,hehehhe)... tengok plak TV1 dengan imej terbaru...tup tup, Terpampang muka Pak Lah...

Pak Lah meluluskan sejumlah 1 juta dolar utk bantuan kemanusiaan di Palestin terutama semenanjung Gaza yg sedang teruk diganyah Zionis...

Sedih SOT memikirkan nasib rakyat Palestin yg masih dalam konkongan penjajah abad ke-21... Israel mmg zalim dan berjiwa 'binatang'... hanya kerana mereka merasakan mereka manusia terpilih (anak tuhan lah kononnyer) sesuka hati diorang jek nak wat aper yg diorang suker...

Selaku org Islam, selain membantu mana yg patut, marilah kiter sama2 memanjatkan doa kepada Tuhan Rabbul Allamin agar diberi bantuan kepada rakyat Palestin menentang kekejaman Zionis Israel seperti mana pertolongan yg telah diberikan kepada angkatan perang Badar....

Marilah kiter sama2 kerap membacakan surah Al-Fiill di dalam solat harian dengan meniatkan agar rejim Zionis menerima hukuman yg sama diterima oleh tentera bergajah Abraham...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

[2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3] Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan

[4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras

[5] Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Mudah-mudahan usaha kiter yg sedikit ini dapat membantu Saudara kiter nun di tebing barat.. InsyaAllah...

2 comments:

Anonymous said...

apabila Amerika sendiri yg menyokong akan serangan itu, apa lagi...Israel lagi suka lar...

btw, Hamas adalah kerajaan yg dipilih oleh rakyat. demokrasi rakyat mereka. but, israel menganggapnya sbg terrorist. itu alasan diorg. huh...

apapun, teruskan perjuangan menentang kejahatan...

zul said...

segala kenyataan ko tu mmg benar..

so marilah kiter sama2 berusaha menghulurkan doa yg tak putus buat rakyat Palestin yg tertindas itu...

bagus jugak kalau kiter baca Surah Yunus ayat 85,86, dan 88 sebagai doa agar Rejim Israel mendapat balasan dari Allah SWT..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...