06 November 2012

Sindrom Anak Kedua

Salam,

Hari ni isu 'parenting' skit.

Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Bakal menimang anak kedua awal tahun depan.

Jujur, bila baca tentang simptom anak kedua, memang aku ader serba sedikit simptomnya. +ve and -ve. Jadi bila dah nak tatang anak kedua ni, rasanya wajar untuk mendalami simptom ini, agar tidak terlalu memberi kesan -ve kepada anak aku nanti.

**Gambar ehsan pakcik google

Apa itu Simptom anak kedua a.k.a middle child syndrome?
Sindrom personaliti bagi anak yang berada di posisi tengah. Biasa lebih menyerlah jika ada abang/kakak dan adik. Biasanya mempunyai perasaan iri hati terhadap abang/kakak yang dilihat lebih dominan atau berkuasa dan adik yang lebih dimanjakan/diberi perhatian oleh ibu bapa.

Pernah juga dengar Dato' Fadzilah Kamsah cakap, sindrom ni akan lebih menyerlah jika anak kedua sama jantina dengan anak sulung.

Apa yang terjadi sebenarnya?

1. Bila ibu bapa terima kelahiran anak sulung, semua pengalaman adalah pengalaman pertama. Semua pencapaian anak kita diberi penghargaan yang mengujakan. Kalau boleh apapun yang dibuatnya nak dirakam dan dimuziumkan. Tapi bila terima kelahiran anak kedua, pengalaman anak pertama seolah-olah berulang semula. Takde lagi nak excited bagai. Contoh, bila anak sulung mula-mula pandai meniarap, mak ngan ayah macam nak wat kenduri kesyukuran. Tapi bila anak kedua mula pandai meniarap, "Biasa ah budak-budak umur camtu"....teeetttt....

2. Recycle abang/akak punya. Masa nak terima anak sulung, semua baru. Setiap kali ada baby fair, excited giler nak gi. Borong tak hingat dunia. Kena tima anak kedua, nak-nak pulak yang sulung perempuan second pun perempuan, jimat duit mak bapak ko. Well, dari segi ekonomi memang ok. and masa anak tu masih baby oklah kot. Tapi kalau sampai ke besar duk pakai baju recycle akak jerk, rosak mental budak tu. "Alah, baju akak ko elok lagi, watpe nak membazir beli baru, pakai jelah"... teeettttt....
*akibat recycle punya pasal, aku masa kecik-kecik dulu kena pakai baju akak aku. Tak sesuai kot baby boy pakai baju baby girl. Sampai tadika tau...ish3... (baju kurung pon pernah pakai)..lalalalal

3. Kurang perhatian. Bukan takde but kurang. Masa anak sorang, everything for him/her. Semua masa adalah untuk dia. Bila dah ada dua anak, well masa split ah. Untuk anak sulung dan anak kedua. Walaupun kita dikurniakan anak 10 sekalipun, masa tetap ada 24 jam je sehari. Lebih malang bagi anak kedua bila dier menerima adik. Merasalah tumpuan diberikan kepada yang ketiga. Anak kedua dah jadi urusan anak sulung plak. Ish3...

4. Joel Kotin dalam buku dier "Getting Started: An Introduction to Dynamic Psychotherapy,"  ada kata, anak kedua akan mengalami saat perit di'sisih'kan dalam keluarga. Macammana? Bila anak kedua dilahirkan, anak sulung merasakan adiknya itu mencuri kasih sayang ibu dan bapanya. Ibu bapa plak tidak akan mengetepikan anak sulung mereka since he/she their 1st ever baby. Pastu lahir plak anak ketiga. Anak sulung ada kemungkinan yang besar untuk bersekutu dengan adiknya yang ketiga. So, yang kedua jugak takde geng...kesian.

Actually, banyak lagi kes-kes yang mendorong kepada lahirnya sindrom anak kedua ni. Malas nak taip ah..heheheh

Kesan?

Biasanya anak kedua rasa kurang diberi perhatian.

So, atas sebab nakkan perhatian, banyak perkara akan berlaku. Ada yang positif. Anak kedua biasa akan belajar dengan lebih tekun, so that dier akan dapat keputusan yang cemerlang dan diberi perhatian oleh ibu bapa.

Tapi, ada juga yang lebih aggresif. Buat 'hal' untuk dapat perhatian. Malah ada yang mencederakan diri sendiri untuk attention. Lebih baik kena marah daripada langsung tidak diperdulikan.

Betul. Aku memang macam tu. Setiap apa yang aku buat, aku sangat perlukan perhatian. Nak orang tengok dan respon. Tak kira positif atau negatif, asalkan ada yang respon. (alamak bocor rahsia, teeettt)...

Menurut pakar, anak kedua biasanya akan ada masalah dalam menghadapi stress dan keyakinan diri. Akibat rasa tidak dipedulikan, mereka tak rasa diri mereka penting dan semua usaha adalah useless. Terukkan.

Tapi penyelidik di Universiti Oslo kata, anak kedua biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi dan lebih bijak selain lebih berdikari. (tepat sekali. Aku ada bukti)

Personaliti -

Degil, fleksibel, berdikari, unik, memeningkan kepala orang tua, suka memberontak, baran, boros sini

Anak manja emak, degil, tak pandai memujuk, setia dalam bercinta, tiada tolenransi, keras hati, takleh ditegur, berdikari, sukar terima arahan, pemaaf, caring, garang dan kemas. sini

Penutup

Sebenarnya, aku sengaja tulis entry yang tak seberapa ini kerana aku nak sedarkan diri aku agar aku bersedia menimang cahaya mata kedua.

Kalau boleh aku nak, apa yang Auni dapat, adiknya pun dapat sama atau lebih baik. Pasti akan ada perbezaan, tapi biarlah perbezaan itu membawa kebaikan.

Realiti - banyak mende yang aku buat sewaktu wife pregnant anak sulung tidak aku lakukan bagi anak kedua ini. Macam kurang excited.

Menebus kesalahan - aku ada lagi 3 bulan untuk bersedia menerima anak kedua. Pastinya nasihat rakan-rakan amat diperlukan. 

Apa yang ku lalui sebagai anak kedua mencorak kehidupan aku sekarang. Harap anak kedua aku akan menempuh kehidupan yang lebih baik.

"SORRY ENTRY PANJANG DAN BOSAN...TEEEEEETTTTTTTTT"



8 comments:

Faizal Sulaiman said...

firstly, tahniah, bro!
2ndly aku anak ke dua.

dan apa yg ko senaraikan tu berlaku kat aku. hahaha

antara personaliti yg sama adalah, aku lebih berdikari dan tekun dalam membuat sesuatu utk dapat perhatian. hahaha

cheqna said...

dah nak masuk anak 2 erk...
insyaallah semua kan dipermudahkan Allah =)

Luqman Zakaria said...

tahniah2..hehehe :)

haime said...

adik auni girl ke boy tu?
due baper hb?

zul said...

adik auni dijangkakan girl... due 31st jan 2013...

Unknown said...

memang betul pon ape yang awak tulis . Tak de yang silap !

Anonymous said...

tq for sharing good info

Julien Bacxorf said...

Tak pernah ada anak.. yet. Tapi diri sendiri anak kedua. Dan agak banyak 'kebetulan' macam dalam entry.

Orang2 tua pernah cakap. Anak kedua mmg unik. Dia bijak sebab dia belajar dari pemerhatian anak pertama. Apa anak pertama buat silap, dia tak buat dah. Dan dia degil sebab dia rasa dia bijak n mostly, dia tahu dia bijak nak meninggal.

Tapi anak kedua (rata-rata pemerhatian) memang garang (ive got proves) dan berani (daring). Bila dapat anak ketiga, dia tak sempat nak tunjuk habis bijak tapi attention dah beralih ke anak ke tiga.

Dia tasa tersisih mungkin sebab (orang tua2 cakap), anak pertama memang disayang. Yelah, anak pertama. Semua eksaited. Kadang2 anak petama dia spoilt sikit. Jadi bila parents dapat anak kedua n realizes they shouldnt do that to the other child, they need to get things fixed. So ibu bapa tegas sikit. N anak kedua mmg terasa. Bila dapat anak ketiga (bongsu), parents felt that they should include both (love and firm) in raising a child. Sebab tu anak ketiga/bongsu mostly macam orang and tersangatlah manja.

But second child have already felt the struggle and scarred that way. Sebab tu mereka lebih indipendent (flexible) and tetap pendirian.

Perkongsian dari orang2 kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...