28 September 2012

EyeOfNinety1: Mentari

Hasil tembakan aku menggunakan senapang D90...

Shot-shot lama yang belum pernah di'upload' dlm blog ni...


Hasil outing pertama... sorang-sorang je... keluar lepas subuh sampai jam 8pagi... di sekitar Persimpangan Gambang.

 
Hasil tembakan sewaktu outing ramadhan, Nikon Club... Bazar Ramadhan berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

26 September 2012

Kisah 'basah' Batu Pahat yang me'racun' jiwa...

Salam semua...

Debat di UTHM

Demi menjaga ikatan silaturahim dan sensitiviti adik-adik di Sekretariat Debat UTHM yang dengan bersungguhnya menjemput aku ke pertandingan debat anjuran mereka, maka bergeraklah diri ini bersama puan isteri dan anakanda kesayangan ke Batu Pahat.

Sekreatriat Debat UTHM umpama bayi sulungku yang dilahirkan hasil titisan peluh dan air mata yang disenyawakan bersama benih-benih manusia yang tegar memperjuangkan seni orator yang mendalam. Jadi sangat tidak munasabahlah jika diri ini tidak hadir dalam aktiviti yang digarap oleh pewaris hartaku yang sungguh berharga ini.

*feeling plak... ayat mcm nak ambik SPM lak*

Alhamdulillah, selesai jugak tugas aku sebagai juri di pertandingan debat UTHM. Pengalaman pertama menghakimi debat dengan format Parlimen British.

Secara jujur, aku tak berapa suka dengan format Parlimen British ni. Kepuasan berdebat kurang dirasakan. Tak sempat nak klimaks. Ops....

Secara umumnya, budaya pengucapan awam di UTHM nampaknya sangat berkembang. Dan pastinya kau merasa bangga.



Racun Batu Pahat

Sewaktu aku menghadiri pertandingan debat di raja pada tahun 2011 di UTHM, wujud satu nama makanan yang betul-betul menyentuh deria rasa aku.

Kalau dengar namanya, macam tak sanggup nak makan. Malah tinggi risikonya.

Mee Racun Batu Pahat

 Walaupun namanya mee racun, tetapi tiada setitis racun pon digunakan. Macamna nama itu boleh diperolehi.Wallahualam. Belum sempat nak buat kajian.

Sebelum ni aku makan di satu kedai berhampiran taman perumahan, tetapi kali ni aku makan di gerai di sekitar Jalan Bukit Pasir.

Mee Racun Tulang, harganya RM8.00. Agak gempak, sebab mee racunnya dihidangkan bersama 2 ketul 'gear box' kambing.

Pun begitu, jika dibandingkan dengan gerai yang berada di taman perumahan tu (tak ingat nama kedai, matilah nyanyuk) lebih RACUN daripada biasa. Lebih gempak dan lebih ummmppp. Malangnya, ketika di Batu Pahat baru-baru ni, penyakit 'tak ingat jalan' aku makin menjadi-jadi. So, tak dapatlah nak ke kedai tu.



Kisah 'basah'

Disebabkan pihak UTHM hanya menyediakan asrama untuk penginapan juri, maka memikirkan status aku yang ala-ala diva ni, mana masyuk nak tidur hostel. Kena plak bawak cik puan dan anak gadis, so sangatlah tidak sesuai.

Justeru, aku mengambil keputusan untuk menginap di hotel. Malangnya hotel-hotel pilihan, full book plak. Setelah penat menggodek dan bertanya encik google, maka tertonjollah nama B&S Hotel.

Secara umumnya hotel ni agak baik. Bangunannya bangunan lama yang direnovasi. Ruang dalaman sangat cantik dengan hiasan moden.

Masuk bilik terus feeling-feeling honeymoon. Ops.



Disebabkan terlalu feelling cintan cintun (Hari ini dalam sejarah: 2006 - 2007 Batu Pahat menyaksikan kisah cinta aku dengan Cik Puan), terjadilah tragedi yang menjadi satu lagi coretan dalam kehidupan aku.

Sekitar jam 1 pagi, aku yang sedang lena tidur tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

Puan Isteri: Bi, bangun ah, ada orang ketuk pintu tu...

(tuk tuk tuk ... assalamualaikum...assalamualaikum...) berulang kali.

Encik Suami: Alah, orang bilik sebelah tu...

(Encik suami menyambung sesi berdengkur berganti-ganti)

(tuk tuk tuk ... assalamualaikum...assalamualaikum...) bertambah kuat...

Puan Isteri: Bilik kita ah bi...

(Encik suami bangun, keadaan serabai, mata separa terbuka)
(Pintu bilik dibuka separuh)

Encik Suami: Siapa?

Tukang Ketuk: Jabatan Agama Islam...

Jeng jeng jeng....

Sekali kena serbu daaa. Nasib baik bawak kad nikah. Basah sungguh percutian di Batu Pahat kali ni...hehehehehhe

Sekian.

19 September 2012

Lupa atau Pelupa


Salam,

Rasa-rasa dalam dunia ni ada tak orang yang tidak pernah lupa atau menjadi pelupa walau sekali dalam hidupnya? 

Pernah tak anda rasa sangat marah pada rakan, saudara mara, awek atau isteri mahupun suami anda kerana dia terlupa atau menjadi pelupa?

Dan, dalam senarai manusia yang anda benci, ada tak termasuk anda membenci manusia yang sering lupa? Lebih-lebih lagi lupa pada janjinya..

Memang lumrahnya manusia, sentiasa lupa dan sentiasa perlukan peringatan. Al-insan itu sendiri pun sudah bermaksud lupa, oleh sebab itu Allah menciptakan Al-Quran sebagai petunjuk dan mengutuskan Rasul sebagai pemberi peringatan. Sumber.

Aku sendiri memang tak suka pada orang yang pelupa. Paling benci bila dia berjanji, tapi suka-suka jek tak buat dah jawab, "AKU LUPA". Amboi, cantik hidung, suka-suki paru-paru ko jek nak lupa.

Tapi tak adillah nak marahkan mereka yang lupa, jika mereka benar-benar terlupa, atau dah memang gentik keluarga mereka memang spesis berdarah panas yang pelupa.

Cuma, apa yang boleh kita buat adalah ingat mengingati semasa kita.

Lagi satu, kalau dah tahu awak tu pelupa, tak pandai-pandai lagi ker nak pasang reminder, tempek note pad penuh satu peti ais, tulis besar kat dinding bilik, minta adik, kakak, mak, abah ingatkan korang 200 kali sehari... baru ah tak lupa.

Lupa bukanlah satu penyakit, tapi ianya datang secara tidak sengaja dan ianya membuktikan anda adalah manusia yang normal.


MAAFLAH PELAJAR-PELAJARKU, SAYA SIBUK MENELAAH 'MENATANG ALAH' NI, SAMPAI TERLUPA NAK MASUK KELAS JAM 12.00 TGH TADI... HUHUHU

13 September 2012

Re-Opening


Dengan kalimah Bismillah... saya merasmikan Pembukaan Semula Blog SCHA...


Salam,

Setelah lama tidak menggodek blog ni, akhirnya tergerak juga hati ni nak aktifkan semula...

Selama mana mood pengaktifan ni boleh bertahan... who know...
Doakan agar blog akan aktif seperti beberapa tahun dahulu dan ia dapat memberi manfaat kepada semua...
Adios...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...