25 June 2008

Kisah Kuarters J 4-3

Alkisahnya semalam, SOT ngan sorang member gi bergotong royong membersihkan kuarters J4-3 yang akan menjadi habitat kami selepas ni...

Pada mulanya, umah 3 bilik itu kelihatan sgt mewah, ala2 kondo...semuanya nampak sempurna...Maka kerja2 pembersihan dimulakan....

Tiba-tiba, SOT dengar bunyi letupan di bahagian ruang makan...PRAP PRAP...

Tile umah tu tiba-tiba jek terjongket keluar dari lantai...ALamak...kes berat ni...

bagi mengelakkan kerosakkan yg lebih besar, SOT n member SOT dah pecahkan 40 keping tile...

Hasilnya, ditengah2 umah tu terdapatlah satu lubang yg mencacatkan kemewahan rumah kami...huhuhuhuhuh

23 June 2008

Chelsea: Menyambut bimbingan Scolari

Selepas melalui detik2 hitam dalam pengurusan Chelsea, SOT selaku peminat setia Chelsea sgt2 berbesar hati n melonjak gembira bila dikhabarkan Grant dipecat. Maklumlah, bangsa Yahudi itu telah membuat SOT dicop penyokong kafir laknat..Sedangkan org yang bercakap tu pon sokong kelab yg pengurusnya kafir laknat gak...Yelah biler sebut Yahudi, musuh utama umat Islam, maka cemuhan tu tak dapat nak elak...

Pun begitu, berita kemasukkan Luiz Felipe Scolari ke kem Chelsea untuk session akan datang melegakan byk pihak.Disebalik itu, semua fan chelsea mengharapkan ader sinar baru utk team kesygan kami ini utk mencipta kejayaan liga dll..


Nama: Luiz Felipe Scolari
Asal: Brazil
Umur: 59 tahun

Pengalaman: Pengurus bagi Centro Sportivo Alagoano, Juventude, Brasil de Pelotas, Al-Shebab of Saudi Arabia,Gremio, Criciuma, Al-Ahli, Jubilo Iwata, Palmeiras dan Cruzeiro. Bagi pasukan negara beliau pernah menjadi pengurus negara Kuwait, Brazil dan Protugal.

Kejayaan: Membawa Protugal ke suku akhir Euro 2008 dan separuh akhir piala dunia 2006, menerajui kegemilangan Brazil utk Piala Dunia 2002, memenangi Brazilian Cup 1991 (Criciuma),kejuaraan berganda Copa Libertadores (Gremio), Japanese championship (Jubilo Iwata), the continental title 1999(Palmeiras).

Scolari akan menyertai Chelsea pada 1 July 2008...SOT mengharapkan akan berlaku perubahan yang positif sepanjang pengurusan Scolari dalam Chelsea...

SOT: Morinho tetap bertahta di hati......

Mengejar Ombak Balok

Semalam (ahad, 22 jun), hari cuti biasa untuk warga kuantan.Maka SOT n 3member serumah ke Pantai Balok utk picnic. Dah lama sebenarnya SOT tak ke BAlok mandi pantai. Jadi waktu cuti mcm ni takleh lah dibiarkan mcm tu jek.


Menu picnic kali ni, nasi lemak sambal telur, masakan Mama SOT sendri. Memang sedap. Terlupa kejap pasal diet. heheheh. Member2 SOT semua bertambah makan nasi lemak tu.

Kitorang semua lepak kt Pantai Balok kira2 jam 10am till 1pm..Yg best nyer, cuaca mendung sepanjang hari.. So terselamatlah kulit SOT yg putih gebu ni dari bakaran terik mentari hingga membawa penyakit 'sun burn'...

Sepanjang lepak kat Pantai BAlok..kitorang dah cipta satu xtvt yg perlu peminat ombak cuba...'Wave Chaser'...Memandangkan waktu kitorang picnic tu ombak agak besar, jadi SOT dan seorang member ni mengejar ombak yg membawa buih putih...Buih putih tu biler melanggar badan...pehhh feel dier tak dapat nak digambarkan... Well, korang semua mesti try....

20 June 2008

Jauh Di Mata, Dekat Di Ruang Maya

Sepanjang pagi ini (bukan pagi ni je...dah dekat 5 hari pon), aku ber'YM' dengan sahabat yang jauh nun di perantauan...terasa seronok plak diorang dapat menghirup udara segar negara orang kan...

Seorang member baik aku ni, merangkap rakan berdebat, jurulatih debat, ex-lecturer and ex-ketua jabatan aku, sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD. Dia skrg berada di Brunel University Uxbrigde UK.

Pic: Afandi Ahmad - Dr underconstruction (heheheh)

Sorang lagi member aku berada di negara Uncle Sam.Dia skrg sedang berkhusus selama 4 bulan (Western Digital).Khusus naik pangkat kot.Dia ni kira member kamcing aku gak.Harap2 aderlah survinior utk aku nanti.huhuhuhuhu.


Pic : M.Razif Idris - ko dapat gi US, aku dapat nasi goreng USA jer....huhuhu

CBH 4081

Kesan kenaikan harga memang membuatkan masyarakat kita pening kepala...Rm2.70 seliter memang terlalu mahal bagi penjawat awam macam aku yang belum pon terima gaji pertama. Ramai gak yang menganggar pelbagai perkara buruk akan berlaku..contohnya harga barang yang melonjak naik, tambang bas naik, dll...

Pic: 3tahun lalu...kini kembali berkhidmat

Aku menyahut seruan kerajaan untuk berjimat cermat...maka keputusannya aku menggunakan kembali kenderaan yang dah lama aku biarkan kat tepi umah...dekat 2 tahun gak CBH4081 tersadai jadi tempat ayam bertelur... kini motor buruk aku ni kembali berkhidmat... jimat lah jugak budget aku...isi tank penuh bleh ah tahan 5 hari kerje....

Pic: Direhatkan buat sementera waktu

Usaha Tangga Kejayaan

Dalam dunia hari ini, banyak perkara baru yang timbul.Termasuklah dunia blog. Aku selaku penghuni dunia serba luas ni takmau lah ketinggalan.. di dorong oleh kawan-kawan (pian, huda, mekna, dr fandi dll) maka tercetuslah idea untuk mencuba dunia blog ni.

Ramai yang cakap, blog bleh buat duit..malah aku pernah terpandang satu buku "Buat Kekayaan dengan Blog" , "Blog, Blogger, Bloggest" and byk lagilah buku pasal blog ni...tapi aku takdelah matlamat sampai nak wat kekayaan. Pian byk bagi motivasi pasal blog ni...Aku bina blog ni untuk seronok2 jek...

Apa-apapun aku belum pon tetapkan tema blog aku ni...wat masa ni aku wat blog rojak dulu ah...campur jek seua mende... Kepada kawan2 yg handal pasal blog ni...bleh ah bagi tunjuk ajar ek....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...