25 July 2008

Rumahku Syurgaku - no 28 (f) lepar hilir 1

ni adalah koleksi gambar2 umah SOT kat lepar hilir...mama ngan abah jek tinggal kat sini...


pic: inilah umah tempat SOT dibesarkan..dah lebih 26 tahun keluarga SOT tinggal kat sini..


pic: pandangan hadapan (kiri)..kelihatan CAK sedang beristirehat..


pic: pandangan sisi...


pic:Bunga2an kegemaran mama


Pic: projek kolam ikan abah ...


pic: belakang umah

24 July 2008

Durian .... sedapnyer durian


pic: Buah durian ketika masih muda...skrg nasib durian ni dalam perut SOT...erkk..

Terbaca satu post dari aziyana pasal musim buah, teringat plak nak tulis pasal raja buah...'durian'...
Isnin lepas mama ngan abah datang kat Kuarters... diorang bawakkan langsir sliding door ngan beberapa biji buah durian...

emmm... termasuk kali ni, dah 3 kali mama ngan abah bagi buah durian.. 2 biji dari pokok kat umah dan 2 biji dari umah Ayah kat New Zealand...

sebiji bagi kat azizi ketua blok J...lagi 3 biji kitorang kerja kan sampai tinggal kulit ngan biji je....

sedap betul....ummmm...menjilat jari...hehehhehe

Walimatul Urus - Noor Hisham Affizam Shamsudin


26 July ini sepasang kekasih hati akan mendirikan rumah tangga..berkongsi hidup dan saling berkasih sayang...

selamat pengantin baru buat Hisham dan pasangannya..semoga berbahagia hendaknya...

SOT: emmm...nak beli hadiah ape ek???

16 July 2008

Sebulan di POLISAS - (16/6 - 16/7)

dah sebulan rupanyer SOT keje kat polisas ni... tak terasa pon masa berlalu.. buat masa ni semua berjalan seperti biasa... cuma SOT belum rapat ngan kebanyakkan staf di sini...al maklumlah 105 staf kat JKE ni...jabatan lain..sorilah mmg tak kenal lgsg...

xtually kelas dah start...students, stakat ni ok lagi...next time belum tau lagi....apa2pon SOT dah mula serasi keje kat sini....Semoga mendapat keredhaan dariNya...

15 July 2008

Ayah Theh in Memory

PAgi ini SOT mendapat berita yg sgt menyedihkan. MAma bagitau Ayah Theh (bapak saudara belah abah) meninggal dunia. Jenazah beliau ditemui bersendirian oleh Ayah Uda(seorang lagi ayah saudara belah abah).

Ayah Theh merupakan pakcik yg baik..dari kecik lagi SOT sering bersama2 beliau berjalan2 dengan Vespa kesygn beliau.. Malah SOT dah membonceng Vespa tu sejak dari baby lagi...

Sesungguhnya Allah telah berjanji, setiap yg hidup itu pasti bertemu kematian...sesungguhnya janji2 Allah itu benar belaka.

Al Fatihah....

14 July 2008

POLIMAS ke POLISAS???? huhuhuhu

Dalam sejarah SOT menjadi juruacara majlis, hari ini menjadi sejarah.Yelah kali pertama jadi MC utk JKE... kadang2 pelik gak.macam ader cop jek kat dahi...asyik2 jadi MC...kemana je gi, mesti kena buat tugas tu...nway ok lah gak..

tapi hari ni, SOT kena bertugas jadi MC bagi program suai kenal pelajar baru JKE POLISAS. bos bagitau SOT utk wat keje tu, last2 minute...but relek ah...cut n paste jek teks yg lepas...
amik teks ucapa anugerah KJ kat POLIMAS dulu...edit2 skit pastu ok ah...

malangnyer...
perkataan POLIMAS takplak diedit...apa lagi...sepatutnyer sebut POLISAS dah tersebut POLIMAS...huhuhu/...

malu jek kat bebudak...

10 July 2008

sebiru.blogspot.com - janjikan berita terkini Chelsea

kepada peminat-peminat Chelsea, SOT telah membuka satu blog khas.

Semarak Biru - The Blues

semua berita terkini tentang Chelsea FC ader disana dengan diterjemah dalam bahasa melayu.

http://sebiru.blogspot.com/

09 July 2008

Chelsea: Penyertaan Ashavin


Pic: Penyertaan atas desakan BIG BOSS

Seperti yang dikhabar dalam akhbar beberapa hari lalu, Big Boss Chelsea, Roman Abramovich mendesak Scolari utk membeli pemain dari Rusia menyertai pasukan bimbingan Scolari. Beberapa nama telah disenaraikan. Ini termasuklah Ashavin.

Pemain kebangsaan Rusia ini menunjukkan aksi cemerlang sepanjang Euro 2008 terutama ketika menentang Sweden dan Belanda. Selain Chelsea, Barcelona dan Laporta turut berminat mendapat khid Ashavin. Namun tawaran tinggi Chelsea sukar untuk ditolak.

Malah,menurut sumber, Ashavin telah pon membuat pemeriksaan kesihatan di London bersama The Blues.

SOT: Seronok ah Scolari membeli pemain...dier ader 250Million....

07 July 2008

Mengorak langkah, menyelak tabir baru kehidupan ku....

Kadang-kadang, tak dapat kita bayangkan apa yg akan berlaku hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya. Langkah yang diatur, kadang2 tak pula kita tahu di mana hala tujunya. namun bile tiba di satu jendela kehidupan yg baru, kiter akan terkejut dan keliru, betulkah kiter sudah tiba di situ dan tirainya sudah sedia utk diselak.....

tetapi, kenyataan harus diredah. perlu terima hakikat usia sudah semakin bertambah. perhubungan yg dicipta perlu dilakar sejarah.

Akhirnya, aku redha ini semua ketentuan Illahi, sebagai hamba kita tak berkuasa utk lari. Hikmah darinya yg kiter nanti.semoga bahagia di akhirat nanti...SOT

03 July 2008

Senarai kelas...

Bermula 14 julai ini, SOT akan mula bertugas as pesyarah kat POLISAS ni... pagi tadi KJ dah panggil utk taklimat tugas sem ini...(utk staf baru jek)...

Maka dengan bangganya, inilah senarai m/pelajaran yg akan menjadi juadah syarahan aku sepanjang sem ini....

1. E 1003 (SKE 1B) - Amali Kejuruteraan 1
2. E2001 (SKE 2D) - Teknologi Elektrik 2
3. E 2002 (SKE 2D) - Sistem Elektronik 2
4. R 2001 (SEM 2B) - Ko-Kurikulum 2

Setakat ni SOT baru bersedia dengan nota utk E2002... yg lain2...huh, entah ah biler nak start...

02 July 2008

Walimatul Urus: Amir Hamzah JAmal Nasir


PIC: bleh plak berborak atas pelamin...huhuhu

Sabtu lalu, SOT ke Subang Bestari menghadiri majlis perkahwinan sahabat SOT Amir HAmzah b JAmal NAsir...SOT merempit ngan sorang lagi member SOT, Ebot(kena ah merempit, maklum ah minyak mahal)....

Apa2pon..selamat mengharungi alam rumah tangga buat amir dan pasangannya...semoga berbahagia selalu hendaknya...InsyaAllah...

Chelsea: Kehadiran Deco...Isu Lampard....Robinho


PIC: Jgn senyum jek...buktikan kebolehanmu

Merujuk kepada laman web rasmi chelsea, pasukan kegemaran SOT ini telah menandatangani kontrak bersama Deco bekas permain tengah FC Barcelona...Deco atau nama sebenarnya Anderson Luis de Souza, merupakan anak didikan Scolari dalam pasukan Protugal...Semoga kehadiran Deco akan menyemarakkan lagi keunggulan Chelsea FC.


PIC: Identiti Chelsea.....

Lampard pula dikhabarkan akan menyertai Chelsea utk tahun terakhirnya season depan ...namun menurut bekas pengurus Chelsea,Mourinho, Lampard tidak akan memperbaharui kontraknya dengan Chelsea bahkan akan menyertai Inter bagi Season 2009-2010...Bila ditanya kenapa Inter tidak membawa masuk LAmpard utk season depan, Mourinho menjawab, Chelsea tidak akan menjual Lampard, namun utk season 2009 beliau yakin 100% Lampard akan join Inter kerana kontraknya dengan Chelsea akan tamat...


PIC: Untung atau rugi...???

Seorang lagi permain yg jadi isu utk Chelsea ialah penyerang Real MAdrid,Robinho...Menurut ejen permain tu, Chelsea sgt berpeluang cerah utk memdapat khidmat Robinho utk season depan.. apa2 pon kiter tunggu dan lihat... mungkinkah Robinho akan menjadi permain kedua yg dibawa masuk oleh Scolari...

p/s: Dalam harian Metro baru2 ni Scolari ader menyebut..Lambakan dana yg banyak menjadi sebab beliau ke Chelsea...maka byk ah lagi permain akan dibawa masuk....

FRP yang hilang

Minggu ini bermula dengan byk berita yg kurang menyenangkan...SOT masuk pejabat semalam (1 july 2008) selepas bercuti kat Banting beberapa hari...xtually SOT still dalam cuti 2week..but sajer jek masuk opis nak siapkan FRP (fail Rekod pensyarah)dan nak siapkan nota utk student...

Biler bukak jek Laptop n nak cari fail2 utk FRP yg SOT dah edit, 'alamak' mana semua fail dah menghilang...huhuhuhu...sedih gilek..kena ah buat balik...cubaan..




PIC: Kemanakah kamu menghilang...huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...