05 November 2012

Entry cover malu: Awana Kijal pt.2

Salam.

Baca je tajuk dan anda semua boleh bersedia nak gelakkan aku.


Dua keping gambar di atas ni menunjukkan sebuah cafe yang boleh ditemui di Awana Kijal Terengganu.

Atrium Coffee Lounge.Terletak di lobi hotel. Menghidangkan homemade biskut, pastri, kek, muffin dan lain-lain.

Menariknya, cafe ini menawarkan diskaun 50% ke atas semua produk pastri dan keknya selepas jam 9.00 malam. Harga muffin di sini hanya RM3. Murah bukan.

Ok, cerita memalukan bermula di sini.

Jam 9.15 malam, aku gi ah ke cafe ni. Nak beli muffin since my wife dah beli seketul pada sebelah petang. Sedap.

Kata wife aku, murah pastri dan kek kat situ. Semua RM3 jek.

So, bila dikira-kira, selepas jam 9.00 malam, harga dah jadi RM1.50. Jeng jeng jeng. Jom serang.

Aku pon borong ah, 1 muffin, 1 cream puff dan 2 slide kek (blueberry cheese cake dan strawberry yogurt cake). Gi bayar. Teeetttt kena RM12.

Odw ke bilik, aku duk kira-kira. Macam atkde diskaun jek. Kat resit pon tak tulis apa-apa. Telahan aku, maybe diskaun untuk yang dine in  je kot.

Sebelum check out, aku ni jenis suka isi borang kaji selidik kepuasan. So dalam borang tu aku tulis ah serba sedikit pasal diskaun 50% tu. Aku minta pihak hotel perjelaskanlah konsep diskaun tu dengan lebih jelas.

Xtually, aku tak kisah sangat bayar RM12 tu, murah dah kot utk 4 produk bertaraf hotel 5 bintang. Sajer je nak tulis gak. Hahahahha.

Jumaat lepas.

Tetiba pihak Awana Kijal call aku. Niat mereka nak bagi penjelasan dan meminta maaf atas kekeliruan tu.

Aku agak terkesima, bagus betul diorang punya sistem pengurusan aduan pelanggan. Siap call lagi. Hotel lain, aku komen apa pon, rilek jek. Taknyer nak call.

Bincang punya bincang, berserta penjelasan pihak hotel, kesimpulan yang boleh dibuat:

"AKU YANG SILAP RUPANYA"

Yang RM3 tu, hanya muffin. Kek 1 slice RM9. 50% diskaun jadi RM4.50, 2 slice jadi ah RM9. 1 muffin RM1.50 after diskaun. Cream puff RM1.50. Total RM12. Teeeeetttttt.

Mula-mula pihak hotel duk minta maaf ngan aku. At last aku plak yang minta maaf. Hehehhehehe.

MALUNYER.

Tapi, aku memang kagum ah dengan Awana Kijal ni, diorang handle isu dengan sangat berhemah, dan staf yang call aku tu sgt ah ber'lembut'nyer. 

So untuk cover balik kesilapan aku tu,

JOM AH RAMAI-RAMAI KITA SERBU ATRIUM COFFEE LOUNGE, AWANA KIJAL. PASTI ANDA BERPUAS HATI DENGAN LAYANAN YANG MESRA, PASTRI DAN KEK YANG MENYELERAKAN SERTA SUASANA YANG MENDAMAIKAN. LEBIH MENARIK MEREKA MEMBERIKAN ANDA 50% DISKAUN KE ATAS SEMUA PRODUK PASTRI DAN KEK SELEPAS JAM 9.00 MALAM PADA SETIAP HARI. SANGAT BERBALOI-BALOI.

** matilah, cover malu dengan iklan percuma... teeettttt...

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ya Allah.. malunya. Hahaha..

::Misz sunsWeetz:: said...

murahnya muffin rm3 jer

Syazwan Che Deraman said...

tetttt!!

hahaha.
malu.
tapi takpe.
kita kan customer.

ambe plak.ada citer masa nak gi tuntut waranty handphone.

ambe gi satu kedai ni.
ambe masuk kedai.
terus buat muka masam dan keluarkan handphone rosak sekali ngan waranty.

takda intro apa.

ambe terus bagitahu.

" telepon ni rosak, umi saya datang beli sini hari tu ".#muka masam nak marah.

pastu dia tengok kat waranty.

dia bagitahu.

" silap kedai dik, kedai ni ada kat hujung bangunan ".

rupa rupanya.
ada dua nama kedai hampir sama.

Faizal Sulaiman said...

teringin nak ke sini. nantilah dengan future wife. #eh hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...