Skrg ni tgh rehat lunch hour... sajer balik umah.. internet kat pejabat still merajuk...
Pagi tadi, SOT attend Perhimpunan Bulanan POLISAS... seperti yg SOT dah war2kan sebelum ni, SOT bertugas as Protokol Officer...
Tapi sbb majlis tak ah protokol sgt, so tak de ah byk keje pon... jadi SOT buat gak kerje lain, seperti jadi penyambut tetamu dan pengangkat kerusi....
Selepas acara perutusan pengarah, seperti jugak perhimpunan sebelum2 ni, ader slot motivasi...
Utk perhimpunan kali ni, Pak Engku (nama sebenar lupe plak) dah dijemput .... tajuk ceramah "Menjana kecemerlangan utk tahun 2009"...
Pak Engku ni mmg kelakar abis ah... tak mengantuklah dengar ceramah dier.. xtually, SOT dah dengar ceramah dier sejak tingkatan 1... dan dah beberapa kali lah dengar ceramah dari dier...
Utk entry ni, SOT nak kongsi satu perkara yg diperkatakan dalam ceramah tadi...
Segala2nyer bermula dengan niat.. atau dalam kata lain, 'mind set'...
Utk cemerlang kiter kena setkan minda kiter bahawa kiter nak cemerlang... kata Pak Engku, kalau kiter setkan minda kiter, tubuh pon bleh ditipu...
Cthnyer, kalau kiter dah set bahawa kiter letih, maka badan kiter letih (kajian menunjukkan bahawa letih itu berpunca dari tindakan minda semata2).. begitulah sebaliknyer...
Jadi, utk cemerlang, maka tetapkan misi dalam minda kiter... bayangkan misi tadi sebelum tido setiap hari... tulis misi kiter (sebab impian yg tak ditulis adalah semata2 angan2)... baca setiap hari... maka minda kiter setiasa disettingkan, dan tubh badan akan sentiasa mengikut apa kata minda....
Dalam agama kiter pon menekankan kepada kepentingan niat.. sesuatu ibadat yg hendak diamalkan perlulah bermula dengan niat.. dan kesan niat ni betul2 boleh dibuktikan.. cthnyer, ibadat puasa... kalau kiter berniat utk berpuasa, badan tidak akan mengeluarkan enzim pada waktu tgh hari so taklah kiter lapar... berbanding klu tak berniat, tgh hari jek pasti perut pon bersenandung....
So, marilah kiter sama2 setkan minda kiter utk mencapai kecemerlangan di tahun 2009...
Oh yer... cemerlang yg bagaimana, perlu diperjelaskan supaya ia menjadi matlamat... dan matlamat adalah sesuatu yg boleh dikira/dihitung.....
Fikir2kan dan selamat beramal....
No comments:
Post a Comment