08 January 2009

Seni mengampu yang baik....


Sejak masuk ke alam kerjaya ni, dah macam2 yg SOT rasa...

Politik dalam kerje memang takleh nak dielakkan... Semua org bersaing secara sihat utk mejadi yg terbaik dan mendapat kredit yg bagus dari Boss...

Masa ni ah, teknik mengampu perlu dipraktikkan... tapi kalau suker mengampu, rakan sekerja akan meluat malah lebih teruk tak pasal2 dipulaukan plak...

Dalam majalah Nur keluaran Oktober 2008 ader satu artikel pasal 'Seni mengampu yang baik' (Salina,2008)...

Xtually, mengampu@bodek ni wujud dalam beberapa situasi.. Kiter mengampu biler kiter boleh mendapat habuan (wang, pangkat), biler kiter ader peluang, dan biler cara mengampu sesuai digunakan....

Tapi ingat mengampu biar berpada-pada, dan memilih-milihlah skit kalau nak mengampu... Nanti org yg kiter ampu tu sedar plak kiter ni mcm "ada udang disebalik batu"....

Teknik Mengampu Ketua

1. Jangan gunakan teknik puji-pujian yg melampau2.... bos ni mmg hebat bab nak kesan org yg suker mengampu.. so hati2lah nyek... takut bos meluat plak...

2. Cuba ah puji bos dengan perkara yg kiter pakar... kalau bleh bukan berkaitan kerja... contohnyer cara bos berucap, main golf etc...

3. Lebih selamat menggunakan teknik mengampu yg lembut... guna bahasa badan seperti mengangguk, ketawa, senyum n etc...

4. Boleh jgk puji bos di belakang dier.. harap2 org yg dengar korang puji bos tu, dier sampaikan pada bos korang... cara ni lebih baik dan tak ah menunjuk2 sangat....

Apa2pon, kalau nak jadi pekerja yg disayangi bos, buat ah kerja dengan ikhlas dan cuba tingkatkan kualiti kerja dari semasa ke semasa.. tak yah mengampu pon takpe.. InsyaAllah bos kiter sedar prestasi kiter....

7 comments:

Faisal Admar said...

mengampu adalah seni yang tidak bersih. ramai orang yang bertungkus lumus untuk naik pangkat dan dipandang tinggi dengan mengampu. sampai ada di ofis saya yang sanggup belikan udang dan sanggup belikan nasi lemak dekat bos setiap pagi. tak jealous pun, cuma apa pandangan masyarakat lain. saya memang tak ambil peduli langsung. duit dia. lantak dia lah. cuma colleague la yang rasa pelik sampai belikan udang segar :) bos tahu lah di mana ada pasar. itu kata sekeliling. saya masih tak ambil peduli. saya pergi kerja, habiskan kerja dan balik rumah. cukup bulan dapat gaji. itu yang sepatutnya pun.

Unknown said...

yes...betul tu faisal admar...mengampu kadang2 menyebabkan org lain rasa meluat..

btw, kerja kita kena ikhlas..paling penting performance kerja kita bagus n management kerja tak bertangguh2..JUST IN TIME...ok

xeea said...

aku paling tak reti lah bab mengampu ni. memang failed.

hussaini, mcm pernah ku dengar je Just In time tu. Adakah ia satu teori? Gila gaban budak ni study utk interview. huuu

Unknown said...

xeea: JUST IN TIME tu jepun punya mari...die sebaris ngan geng2 Kaizen, 5S - seiri, seiton, seiketsu & lain2..

mana ada aku study..hehe just tau2 cam tu jer...dulu pernah kerja kilang sblm smbg master...asal masuk kilang, JUST IN TIME, ZERO DEFECT & TQM je yg terpampang kat depan mata nak masuk pintu office...tu yg melekat kat retina mata aku nih...ahaks...

zul said...

to faisal..
mmg betul, kalau mengampu mmg org meluat, aku pon meluat... sbb tu aku share artikel ni, mengampu mesti berseni, barulah org tak meluat...

to husaini...
betul betul betul... tapi politik kerje ni mmg sukar nak dimengerti...

to afziha...
marilah belajar cara mengampu yg tak obvious sgt... sbb aku pon tak reti nak mengampu.. muka tebal...

Faisal Admar said...

still bagi aku tak perlu wujud ampu mengampu ni. yang penting kita buat kerja dengan ikhlas. kalau kita buat dengan ikhlas, nescaya bos ke rakan sekerja ke akan nampak usaha gigih kita. aku tahu, ada juga yang akan iri hati cakap itu dan ini tapi itu semua lumrah hidup, mulut manusia tak dapat kita tutup.

kalau kita tengok dari pengalaman sekeliling, bangsa kita (melayu) yang paling ramai suka dengki mendengki ni. bangsa cina dan india ada juga tapi boleh dikira dengan jari kan? kenapa? aku pun masih mencari jawapan.

terbaru bos aku sampai sakit-sakit kena buatan orang. orang ofis juga yang dianggap kawan tapi sebenarnya lawan. sampaikan benda baru saja diberitahu pun dah lupa dan tak boleh ingat. siapa tak tension?

tapi itu lah masyarakat kita. dengki tak boleh dihakis. macam kanser yang merebak ke seluruh badan. satu hari nanti pasti akan mati. :)

zul said...

tulah faisal...org kiter bukan sajer sakit PHD tapi sakit M jugak...

Dengki tapi malas, biasaklah tu...sakit takde ubat mcm HIV jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...