22 January 2009

Aku Seorang Pendidik...

KLANG, 21 Jan — Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berumur 14 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini, Ogos tahun lepas. [lagi]

Membaca entry Sweetalia "Kenapa bila cikgu buat...Semua jadi salah", membawa kepada lahirnyer entry ini jugak.. Lebih hangat jugak biler membaca artikel dari Utusan.com di atas...

Pendidik (termasuklah cikgu tadika, sekolah rendah, menengah, pensyarah, prof,etc) memang antara kerjaya yg menjadi pilihan bebudak sekolah rendah kalau cikgu tya pasal cita2... Paling popular "nak jadi cikgu"... sbb apa? sbb bebudak ni nmpk cikgu diorang pakai cantik, hidup ala2 org senang...

Tapi biler dah besar skit, berapa kerat sgt ah nak jadi cikgu,... pilihan terakhir klu dah takde kerje sgt (matilah statement)... jujur SOT katakan, SOT pon bukan nak sgt jadi pensyarah... semuanyer permintaan mama n abah (diorang nak sgt anak lelaki tunggal diorang ni jadi pensyarah)...

Pon begitu, bila SOT dah berada dalam bidang ni... SOt dah jatuh cinta dan sukar utk bertukar kerjaya lagi...

SOT mula menjinak2kan diri sebagai pendidik dengan menjadi guru ganti... mengajar BI bebudak sekolah rendah... Sangat terharu biler setiap hari, sebelum balik umah, bebudak ni akan bersalaman dengan SOT, cium tangan sambil ucap terima kasih...

Perasaan nyer mmg tak dapat digambarkan...terharu, berbangga, meremang bulu roma, n kadang2 rasa nak nangis... tak sangka SOT begitu dihargai oleh para pelajar... dan di sinilah SOT jatuh cinta pada kerjaya ini....

Tapi, masih wujud jugak sesetengah warga pendidik yg mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kepercayaan yg telah diberikan.. contohnyer, mcm artikel yg SOT muatkan awal2 entry ni... tak pasal2, sorang student yg mmg percayakan cikgu nyer, gi tido umah cikgu nyer, last2 tergadai body... ish3, apa punya hanjeng cikgu mcm ni... merosakkan martabat warga pendidik... (klu ye pon bernafsu, takkan student sendri pon nak sapu)...

Nak tuduh cikgu tu pon, tak elok jugak, sbb kes ni masih dalam perbicaraan... tak tau lagi dier bersalah atau tak...

Seperti yg SOT dah komen dalam entry Sweetalia, pendidik ni telah diletakkan di tempat tertinggi dalam masy... sbb itulah, klu cikgu buat salah, masy akan bereaksi agak ekstrem... mereka mengharapkan pendidik sebagai pembimbing anak2 mereka, maka seharusnya guru2 ini seorang yg berpekerti mulia, berilmu, etika yg cemerlang dan sebagainyer...

Cuma kadang2 diorang lupa bahawa pendidik juga manusia biasa, yg bukan sempurna...

Jadi selaku pendidik, seharusnyer kiter cuba menjadi yg terbaik dan berusaha mengelakkan segala keburukan... walau ia adalah normal melakukan kesalahan....

Apa2pon, SOT sgt berbangga menjadi pendidik.. dan akan kekal menjadi pendidik selagi khidmat diperlukan...

"berkhidmat Utk Negara"... tetiba...hehehhe

Pada mereka yg baru terjenguk-jenguk nak join jadi pendidik ni, marilah sertai kami... mungkin gaji nyer taklah lumayan ( tapi taklah sengkek sgt)... tapi kepuasan kerja akan menjadikan anda percaya bahawa wang bukan segala2nyer... lagipon... jadi cikgu ni banyak pahala, saham berterusan...wallahualam...

10 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ikhlas entry nih...rs keikhlasan dalam menulis tu :)

bese lah tu, cam kes cerai artis gak...padahal ramai lagi yg bercerai tp x jadi isu tp kalu artis bercerai sebulan muka dpn suratkhabar...keke

SWEETALIA said...

artis tu public figure beb...hari hari masuk paper...paparazi kejar...masalahnya cikgu ni bila salah baru jadi public figure...wakakakak....

To Zul...baca jawapan lia pada komen zul di blog lia..

zul said...

to nuar..ye ke dapat rasa keikhlasan zul menulis...mmg ikhlas tau.. luahan pendidik..

to lia... lia klu nak jadi public figure, try2 ah wat kes, hehehehhe...
ok, nnt zul baca..

xeea said...

budak2 zmn skrg kan eksyen.
tak nak keja cikgu.
tak glemer katenye.

sudahnya, ramai nanti yg terhegeh2 umur dah lanjut, mintak kpli.

cheit poodah.

zul said...

betul3... tak dapat disangkal lagi

Anonymous said...

salam..
first time bace entry SOT, terdetik lak rase hati utk berkongsi pandangan..

well, i'm not in education field at all, but both my elder brother and brother-in-law are teacher. So sometimes, when i talk to them (especially regarding this kind of issue), i can feel and understand what's a teacher feel.

sejarah menunjukkan kerjaya guru merupakan kerjaya yg sgt dihormati oleh masyarakat suatu ketika dahulu.. mungkin kerana masyarakat malaysia suatu ketika dahulu hidup di kampung2 & bekerja sbg petani, nelayan dsb, diorg tersemai dengan budaya murni seperti saling hormat menghormati, bertolak ansur, tolong menolong dan sebagainye.
dan obviously , guru selaku golongan yg membentuk budaya murni di dalam masyarakat dipandang tinggi dan dihormati.
tak kurang juga ramai penduduk kampung yg berbangga utk bermenantukan seorg guru atau pendidik..

akan tetapi, zaman telah berubah..
mengejar erti kemajuan, masyarakt mula cenderung berpindah ke kota dan berusaha menggapai kekayaan & kemewahan yg diidam2kan.

malangnye, kemewahan yg dikejar menjadikan mereka bersikap bongkak, sombong dan mementingkan diri sendiri. kesombongan membutakan matahati mereka utk melihat jasa2 yg ditaburkan warga pendidik, sebaliknya mereka memandang kerjaya guru adalah kerjaya kelas kedua yg cukup enteng berbanding kerjaya2 hebat lain seperti peguam, doktor dsb.

kesannya, sikap memandang rendah terhadap guru oleh ibubapa turut tercemar ke dalam jiwa para pelajar.
kerana itu, setiap silap guru akan dicanang merata2, dan setiap kegagalan para pelajar diletakkan ke bahu guru 100%.

namun, situasi ini masih boleh diperbaiki. bagi pihak kementerian, pelan pendidikan negara telah diperbaiki agar tugas guru bukanlah sekadar sebagai guru, malah haruslah juga diperluaskan kepada pendidik nilai2 moral ke dalam jiwa pelajar, yg kian diabaikan oleh ibubapa mereka.
mungkin, utk memartabatkan kerjaya perguruan, gaji guru haruslah dinaikkan, latihan demi latihan haruslah diberikan kepada guru, dan mungkin kod kualiti haruslah diklasifikasikan, supaya kerjaya perguruan dipandang sbg profession kelas pertama di dalam masyarakat.

tidak cukup dengan itu juga, para guru haruslah menjaga disiplin dan meningkatkan kualiti peribadi masing2 agar kembali disanjung oleh masyarakat.
InsyaALLAH, dengan ini, kualiti bidang pendidikan di dalam negara akan kembali pulih & setaraf dengan kualiti pendidikan di negara2 maju lain..

zul said...

alhamdulillah...
satu komen yg baik... org yg tak berada dalam bidang pendidikan tapi memahami dan mempunyai pandangan yg baik berkaitan bidang ini...

saya bersetuju dengan komen azhan. apa2 pon, yg penting pendidik wajar meningkat diri terlebih dahulu sebelum mengharap org lain meningkatkan martabat kiter...

Mysterious Lady said...

wah sgt berbangga berjumpa dgn seorang pendidik seikhlas kamu =)

zul said...

ye ke... mana der... semua pendidik pon org yg ikhlas...

zul said...

ye ke... mana der... semua pendidik pon org yg ikhlas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...