KLANG, 21 Jan — Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berumur 14 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini, Ogos tahun lepas. [lagi]Membaca entry Sweetalia "
Kenapa bila cikgu buat...Semua jadi salah", membawa kepada lahirnyer entry ini jugak.. Lebih hangat jugak biler membaca artikel dari Utusan.com di atas...
Pendidik (termasuklah cikgu tadika, sekolah rendah, menengah, pensyarah, prof,etc) memang antara kerjaya yg menjadi pilihan bebudak sekolah rendah kalau cikgu tya pasal cita2... Paling popular "nak jadi cikgu"... sbb apa? sbb bebudak ni nmpk cikgu diorang pakai cantik, hidup ala2 org senang...
Tapi biler dah besar skit, berapa kerat sgt ah nak jadi cikgu,... pilihan terakhir klu dah takde kerje sgt (matilah statement)... jujur SOT katakan, SOT pon bukan nak sgt jadi pensyarah... semuanyer permintaan mama n abah (diorang nak sgt anak lelaki tunggal diorang ni jadi pensyarah)...
Pon begitu, bila SOT dah berada dalam bidang ni... SOt dah jatuh cinta dan sukar utk bertukar kerjaya lagi...
SOT mula menjinak2kan diri sebagai pendidik dengan menjadi guru ganti... mengajar BI bebudak sekolah rendah... Sangat terharu biler setiap hari, sebelum balik umah, bebudak ni akan bersalaman dengan SOT, cium tangan sambil ucap terima kasih...
Perasaan nyer mmg tak dapat digambarkan...terharu, berbangga, meremang bulu roma, n kadang2 rasa nak nangis... tak sangka SOT begitu dihargai oleh para pelajar... dan di sinilah SOT jatuh cinta pada kerjaya ini....
Tapi, masih wujud jugak sesetengah warga pendidik yg mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kepercayaan yg telah diberikan.. contohnyer, mcm artikel yg SOT muatkan awal2 entry ni... tak pasal2, sorang student yg mmg percayakan cikgu nyer, gi tido umah cikgu nyer, last2 tergadai body... ish3, apa punya hanjeng cikgu mcm ni... merosakkan martabat warga pendidik... (klu ye pon bernafsu, takkan student sendri pon nak sapu)...
Nak tuduh cikgu tu pon, tak elok jugak, sbb kes ni masih dalam perbicaraan... tak tau lagi dier bersalah atau tak...
Seperti yg SOT dah komen dalam entry
Sweetalia, pendidik ni telah diletakkan di tempat tertinggi dalam masy... sbb itulah, klu cikgu buat salah, masy akan bereaksi agak ekstrem... mereka mengharapkan pendidik sebagai pembimbing anak2 mereka, maka seharusnya guru2 ini seorang yg berpekerti mulia, berilmu, etika yg cemerlang dan sebagainyer...
Cuma kadang2 diorang lupa bahawa pendidik juga manusia biasa, yg bukan sempurna...
Jadi selaku pendidik, seharusnyer kiter cuba menjadi yg terbaik dan berusaha mengelakkan segala keburukan... walau ia adalah normal melakukan kesalahan....
Apa2pon, SOT sgt berbangga menjadi pendidik.. dan akan kekal menjadi pendidik selagi khidmat diperlukan...
"berkhidmat Utk Negara"... tetiba...hehehhe
Pada mereka yg baru terjenguk-jenguk nak join jadi pendidik ni, marilah sertai kami... mungkin gaji nyer taklah lumayan ( tapi taklah sengkek sgt)... tapi kepuasan kerja akan menjadikan anda percaya bahawa wang bukan segala2nyer... lagipon... jadi cikgu ni banyak pahala, saham berterusan...wallahualam...