' Hujan yang turun bagaikan mutiara, berkilau bersinar berkedipan, Subur menghijau bumi terbentang, dan bayu berpuput lembut '
Sepanjang hari ni, sejak semalam lagi, hujan turun tak berhenti2 kat umah ni... yelah musim tengkujuh dah bermula... sejukkkkkk...
Dan setiap kali hujan, dalam umah ni penuhlah besen, baldi dan segala macam bekas takungan air disusun tertib kat area dapur... kenapa? .. Ini semua angkara tukang umah yg buat umah ni tak berapa pandai nak buat salur hujan... salur air hujan umah ni akan melimpah ruah then air pon terhamburlah kat area dapur umah aku ni...
Akibatnyer, dah ramai jugak ahli keluarga aku ni yg wat sliding atas lantai... ader yg jatuh terduduk, ader yg jatuh terterap, tak kurang jugak yg 'ops ops ops...nasib baik tak jatuh'.....
Xtually aku bukan nak citer pasal air hujan or bumbung umah aku tu, but nak citer skit pasal hujan n majlis perkahwinan aku...
Rasanyer korang pon tau yg aku baru jek kawin 2 minggu lepas... sewaktu majlis perkahwinan di Melaka (25hb Okt), sejurus selepas aku sah menjadi suami (10.10 pagi, agaknyerlah) awan gelap... hujan pon mula turun renyai2....
Dalam hati mmg tak tenang... duk fikir, klulah hujan, mau kuyup aku bersanding hari ni... nervous beb... Mak mertua akulah yg paling nervous... mau tak nyer, klu hujan rosaklah majlis...
Sewaktu majlis di Pahang (31 Okt), sama gak... waktu aku tgh bersanding, mak aih, awan gelap sgt.... klu turun ah hujan tu, adooiii... banjir kilat dibuatnyer... gelabah dah mama n abah aku...
Tapi Alhamdulillah... hujan tak turun dengan lebatnyer pada kedua2 majlis tersebut... malah panas terik sewaktu kemuncak majlis (kantoi, muka aku abis berminyak)....
Ader jugak borak2 ngan makcik2 n ibu mertua pasal petua tak nak bagi hujan waktu majlis... meh sini aku nak kongsi serba sedikit...
PETUA HALANG HUJAN SEWAKTU MAJLIS KAHWIN
1. Campakkan baju tidur pengantin atas atap umah... ader yg kata wat mende ni seminggu sebelum majlis, ader jugak yg kata campak pada hari majlis...
2. Suruh anak dara rebus lesung batu... wat mende ni klu ader tanda2 hari nak hujan (petua nilah yg mak mertua aku wat masa majlis kat melaka aritu)
3. Letak buah kelapa dalam kolah air...tak pastilah pulak kelapa muda ke kelapa tua... korang letak jelah, asalkan namanyer kelapa bukan buah rambutan...
4. Pasang pelita letak kat dapur... yg ni aku tak brapa dengar cara yg spesifik nyer... aku dengar gitu2 jek...
5. Ader jugak yg kata, pengantin klu kuat makan budu, makan nasi dlm periuk, nnt hari kahwin hujan turun... org kata yek, bukan aku kata....
Xtually mcm mak mertua aku ckp, kiter ni usaha jek aper yg org ckp, tapi segala2nya terserah pada takdir Illahi... Dia yg menentukan segala2nya... Bagi aku, aku byk berdoa agar majlis berjalan lancar dan tidak ditimpa musibah... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...2. Suruh anak dara rebus lesung batu... wat mende ni klu ader tanda2 hari nak hujan (petua nilah yg mak mertua aku wat masa majlis kat melaka aritu)
3. Letak buah kelapa dalam kolah air...tak pastilah pulak kelapa muda ke kelapa tua... korang letak jelah, asalkan namanyer kelapa bukan buah rambutan...
4. Pasang pelita letak kat dapur... yg ni aku tak brapa dengar cara yg spesifik nyer... aku dengar gitu2 jek...
5. Ader jugak yg kata, pengantin klu kuat makan budu, makan nasi dlm periuk, nnt hari kahwin hujan turun... org kata yek, bukan aku kata....
Catatan SCHA: Syg, jgn byk sgt 'hujan' ek... Bi susah hati kat sini....
6 comments:
wawawwa..
hujan pya cite..
jiwang beb ayat2 yang last tu
lady: tau takpe...
bullet: hahahah... biasak ah...
lady: tau takpe...
bullet: hahahah... biasak ah...
hohohoh...boleh diamalkan ni bila nak kawen nant...tp ntah bila la aku nak kawen...hohohoh
thanx beb sb view blog aku..
selamat berkenalan..
aku follow blog kau n link kan di blog aku skali..
hohohohoh
alah, tak lama dah tu..klu dah berniat insyaAllah akan dimakbulkan...
ok, tq bebanyak... nanti aku linkkan blog ko jugak....
Post a Comment