08 December 2009

BTN: Haram?

* Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada Pasukan Debat Bahasa Melayu UTHM kerana berjaya menncipta sejarah ke peringkat akhir Debat Di Raja 2009 di UM semalam. Walaupun tak menang, namun kejayaan ke final sudah membuka mata banyak pihak akan kemampuan kita di arena debat nasional. Tahniah!!!!

Kontroversi giler tajuk entry....


Alhamdulillah, akhirnya tamat juga sesi kursus Biro Tata Negara (BTN), yang aku sertai di Kem Bumi Jati Shah Alam , dari 3 hingga 7 Disember 2009 yg lepas...

Segalanya berjalan lancar, walaupun aku kena kursus BTN dalam keadaan BTN dihimpit seribu kontroversi berkaitan modul dan perlaksanaannya. Banyak pihak mengatakan BTN bersifat perkauman, provokasi dan menghasut supaya menyokong Barisan Nasional. Sehinggakan kursus BTN diharamkan kepada semua kakitangan dan pelajar institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Dasyat.

Teruk sangat ker BTN ni? Terlalu provokasi ker? Ada ker sifat perkauman dalam BTN ni?

Secara jujur, aku pergi BTN sbb terpaksa bagi memenuhi prosedur kenaikan pangkat kakitangan awam. Namun setelah mengikuti kursus tersebut, aku insaf dan mula sedar siapa aku di negara tercinta ini.

Perkara paling mudah, kalau benar korang rakyat Malaysia, korang tau tak ader berapa bahagian dan berapa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yg menjadi teras pembentukkan Malaysia? Cuba korang jawab....

Layak ker kita digelar rakyat Malaysia klu perkara pokok itu sendiri gagal kita ketahui... itu belum lagi bersangkut dengan perkara-perkara yg termaktub dalam setiap bahagian dalam perlembagaan.

Malah kalau ditanya proses kemerdekaan negara sejak 1511, aku pasti ada diantara kita yg tak tahu menahu pon apa yg berlaku... Itu pon kita masih bangga menggelarkan diri ini sebagai anak Malaysia?...

Justeru, kehadiran kau ke kursus BTN ini betul2 menyedarkan aku bahawa aku ini anak Malaysia. Aku seharusnya memupukkan rasa cinta pada negara. Mcmmana nak cinta klu kita tak kenal sepenuhnya negara kita ini.

Di BTN, aku tidak pula merasakan ada unsur2 perkauman dilaungkan. Segala yg diceritakan semuanya berasaskan fakta dan sejarah. Abis dah dulu mmg tanah ini hak org melayu. Org india dan org cina sebagai pendatang, takkan kita nak ubah sejarah supaya dia tak nampak mcm perkauman. Mana ader sejarah yg boleh diubah2...

Malah dalam kursus BTN itu, ada peserta Cina, India dan bumiputera Sabah Sarawak, diorang sendiri tidak merasakan semua itu perkauman, sebab mereka sedar akan realiti yg tercatat dalam sejarah dan fakta.

Justeru, kepada mereka2 yg merasakan BTN itu perkauman, berkepentingan politik atau wadah kerajaan Barisan Nasional, aku nasihatkan korang join ah BTN dan korang nilailah sendiri.

Bagi aku, aku tidak pernah merasa dipengaruhi, diprovokasi atau dipaksa utk bersifat perkauman atau menyokong mana2 parti politik. Kerana BTN bersifat menanam semangat patriotisme dan cintakan Malaysia. Malah, fasilitator menekankan, apa yg mereka bentangkan adalah fakta dan sejarah, segala2nya terserah kepada peserta untuk membuat penilaian.

Kalau melihat kepada pengharaman BTN di Selangor dan Pulau Pinang, sebenarnya org2 ini berkepentingan peribadi dan politik. Mereka takutkan realiti dan sedar segala kekilafan mereka akan terurai dalam kursus BTN. Jadi mereka takut dengan bayang2 mereka sendiri. Nasihat aku, biarlah mereka semua ke kursus BTN dan rasakan sendiri pengalaman tersebut. Selepas itu barulah buat keputusan, HARAM atau HALAL...

Pelik jugak aku, kandang 'binatang comel' yg besar bagak itu 'Halal' plak di Selangor, tapi BTN plak yg jadi 'Haram'...Pelik kan?...

Amboi, tetiba plak bersemangat... Maklumlah, apa guna 5 hari berkursus klu tiada sebarang perubahan dalam hidup...ye tak?

Catatan SCHA: Rindu sgt kat dier...hehehe

13 comments:

BULLET said...

huwaaaaaaaaa, nak nangis bace entry ni...bukan sebab insaf tapi sebab xpaham ...hehehehehe

zul said...

wei, ko tu dah hidup dekat 28 tahun dah dalam Malaysia ni, tapi mende camni pon ko tak paham aper daaa... hahaahaahaha

nurul aziyana said...

aku stuju!!!!

BULLET said...

mintak maaf ye...baru 27 tahun...

zul said...

eleh... ader ke beberapa hari jek lagi nak masuk usia 28 tahun, ader hati nak kekal ngan 27..ahaks..

BULLET said...

wei2, tu cakap bagi pihak 3 orang ke bagi pihak aku sorang? hahahahaha

Sitie BUm BUm said...

aritu xsempat nk join btn

JUTAWANSCOREA said...

salam...cantik :D

http://hyperbuatduit.blogspot.com

farish izaryl @izreez said...

cmne r jd cmtuu

xeea said...

kat tempat aku, peserta2 bukan melayu siap nangis lagi sbb macam baru tersedar.

serios, aku tak nampak celah mana lah BTN ni patut diharamkan. org2 yg kuarkan statement BTN perlu diharamkan tu lah calon plg layak dihantar pi BTN 10 hari 10 mlm. bg sedar diri sket. huu

Unknown said...

rindu dekat siapa 2?? hehe :)

wanfatin said...

thanks abgzul bagi p'tlgngn n support tuk kitorg..

wanfatin said...

thanks abgzul bagi p'tlgngn n support tuk kitorg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...