21 May 2010

Terima kasih sayang...

 Assalamualaikum 

Kehadapan Azita yg bi sayangi sentiasa. Semoga syg berada dalam keadaan sihat walafiat. Baby dalam perut camner? Sihat tak dier? Mesti baby tgh nakal menendang2 perut uminyer yek. Baby jgn nakal2 yek, kesian umi.

 Sayang,
Warkah ini bi garapkan khas buat sayang, utk mengungkap rasa terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih kerana sayang sudi membuka pintu hati sayang buat lelaki yg serba kekurangan ni. Bi tahu, bi tak punya ciri2 lelaki idaman syg. Bi faham, bi bukan lelaki yg sempurna utk meraih cinta syg. Tapi, syg tanpa mengambilkira itu semua, dengan redha menerima bi seadanya dlm hidup sayang... Terima kasih, syg...


Sayang,
Sejak kita berpacaran, bi banyak melukakan hati syg. Bi bukan kekasih yg terbaik. Kadang2 bi sering mengabaikan perasaan dan melukakan hati sayang. Maafkan bi. Namun syg dengan sabar menahan setiap kedukaan. Entah berapa kali air mata syg dibazirkan semata2 kerana berkecil hati dengan bi. Sesungguhnya bi hanya insan biasa yg sering melakukan kesilapan. Sayang tak pernah merungut, walau selalu merajuk. Terima kasih sayang kerana kasih sayang yg dilimpahkan buat bi tak pernah surut. Begitu juga kasih bi buat syg.



Sayang,
Akhirnya kita disatukan. Kini, kita sudah bergelar suami isteri. Bi berusaha utk menjadi suami yg terbaik buat syg. Walau kita hidup berjauhan, semampu boleh, bi cuba menjalankan tanggungjawab bi sebaiknya. Dan syg telah menjadi isteri yg baik buat bi. Layanan yg diberikan cukup menyentuh perasaan. Tanpa mengira penat atau lelah, bi tak pernah diabaikan. Makan dilayan, pakaian digosok dan tidur didodoi. Terima kasih sayang.Terima kasih juga kerana menghadiahkan bi zuriat yg akan sama2 kita didik dan asuh sebaiknya.


Sayang,
Mungkin warkah ini tak mampu menggambarkan bertapa bi bertuah mendapat isteri secantik, jelita, lemah lembut, baik hati, penyabar, dan solehah seperti syg, namum ketahuilah, bi sgt bersyukur kerana Allah telah mengurniakan isteri sesempurna syg. Terima Kasih, syg.

Selamat Ulangtahun Ke-2x, syg.

Maaf, bi tak dapat bersama2 pd ulangtahun kali ini. Namun hati bi tetap bersama2mu syg...

Catatan SCHA: Hepi Besday...

10 comments:

atiza said...

Terharu membaca e-warkah bi.. sesungguhnya rasa syg dh mula berputik sejak pertama kali melhat bi..n rasa syg tu lama kelamaan menjadi cinta n kasih. TQ for the wish.. u're my best friend n soulmates ever..
Dinda n anakanda kan sabar menunggu kanda membawa kek yg berkhasiat n lazat.. heheh (",)

nurul aziyana said...

phewittt...
aku xtau la kalo si dia xtersentuh..hihiih..
apepun, buat ita, happy birthday..dgn ucapan selamat melalui detik2 kehamilan yg indah..*er ita bcakan??*

atiza said...

Thanks azi.. hehe, mestila saya baca..

Miss Nurul said...

hepi bday mrs atiza.. :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Zul ~ Happy birthday to yr wife...she is so beautiful.

Tak dpt akak bayangkan klu akak berjauhan dgn suami..akak mmg kagum dgn Azita ni.. semoga uoll kekal bahagia berpanjangan.

zul said...

atiza:tq 4 loving me...
mekna:ita, pembaca setia...
nurul: tq
MM: Memang sukar tapi terpaksa harungi denga tabah.. pasti ader hikmahnyer nnt. doakan kami akan dpt tinggal bersama secepat mungkin..

atiza said...

miss nurul: tq 4 d wish
miss mirror: yer doakan semoga kami dpt tinggal bersama secepat mungkin..sebelum kelahiran cahaya mata kami.. amin(",)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

amin... Azita ~MM doakan... berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..

~AmyLiana8886~ said...

WOW..so sweet...mmg tersangat jiwang..semoga Allah melimpahkan kebahgiaan pd kalian smua...

¶A.K.I¶ said...

"bro.. takkan nak luah perasaan kat isteri pon masuk blog..."

-dejavu sey aku-

ooooo...... da taw dari mne~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...