20 May 2010

Sukarkah menangkap toyol?

Assalamualaikum kawan2...


Wah, hari yg berbahagia ini, sambil memakai baju batik merah (bukan geng baju merah ek).. aku merasa seronok sekali. Kenapa?... emmm, hari ni aku berjaya menangkap toyol...


Mak aih, Cik Bedah melatah ah plak terdengar perkataan toyol... Toyol, menatang kecik yg tolong tuan dier menjalankan kerja2 jahat... terutama meng'songlap' duit hinggit org lain..

Takde maknanya aku nak menangkap toyol hijau tu... aku ni bukannya penangkap hantu pon... klu terserempak ngan toyol pon, belum tentu aku stay kat situ... inikan pulak nak menangkap mende alah tu... aku ni tangkap toyol putih...

Korang pernah dengar tak toyol putih... kadang2 toyol jenis ni ader dalam pelbagai warna, biru, kelabu, pink, coklat cair, biru air laut... mcm2 ah.... mcm mambang jugak..ahahhahahah...
*Nilah contoh toyol yg aku maksudkan tu....

Toyol, atau nama saintifiknyer, nota kecil sering dibela oleh pelajar2 utk membantu mereka dikala 'blur' tak tau nak jawab aper.... selalunyer, toyol2 ni diletakkan di dalam bekas pensel, dalam poket baju, bawah tudung, dicelah2 kertas soalan, belakang kalkulator, pada pemadam getah, celah kasut, dan tempat2 yg sewaktu dengannya... Kadang2 pelajar juga menggunakan 'langsuir'... tetapi langsuir tidak dibawa ke dalam dewan peperiksaan, cuma ditinggalkan di dalam tandas...

Setelah belajar selama 7 tahun (degree n master) di universiti, aku dah masak sgt dengan selok belok menggunakan toyol n langsuir ni... (sorry skit ek, aku tak pernah guna toyol ek, berdasarkan pengalaman kawan2 tau)...jadi sgt mudah lah utk aku menangkap toyol yg dibawa oleh pelajar2 aku ni...

Baru jek tadi, aku dah berjaya menangkap toyol yg agak licik... diletakkan dibelakang slip peperiksaan... nice try, but sorry, kamu sudah tertangkap....Camner nak tangkap?... mudah jek, bebudak ni, kalau dier ader toyol disampingnya, dier pasti berkelakuan pelik... contohnyer resah gelisah, nampak tidak selesa, pelajar akan memerhatikan anda disetiap sudut anda bergerak dan selalunya dier berpeluh, walau dewan yg ber'ekon' sekalipon... so, pergi ah periksa seluruh inci badan beliau, pasti anda akan menemui toyol yang dicari2....

Kat POLISAS ni, sekiranya seseorang pelajar itu dibuktikan menggunakan toyol semasa di dalam dewan peperiksaan, maknanya gagallah semua subjek utk sem ni... so, think again...


Catatan SCHA: Nak kena rotan tapak kaki ni...hehehehhe...

5 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

alhamdulilah... tak pernah plak I terfikir bwk "toyol" ke kelas zmn I belajar dulu Zul..subjek apa yg budak u kena tangkap tu Zul? UT ya? Mesti budak tu selalu melepak kat TC je la tu sampai tak belajar, tak pun gi Teruntum...hehehe..

zul said...

hahahahah... entahlah kak, anak remaja mmg suker enjoy...study last minit, pastu amik jalan pintas, bawak toyol... selalunya subjek yg teorikal...

ftrhd said...

kalau bawak toyol lagi susah nak jawab periksa sebab gelisah je..pastu nak cari masa lak untuk curi tengok..

baik belajar betul2 dan ingat je pelajaran tu lagi senang nak menjawab...kalau tak dapat score pun takpe asalkan kita dah berusaha buat yang terbaik..baru ada kepuasan diri :)

zul said...

betul tu, patut ko kena bagi ceramah motivasi kat bebudak aku...

Ida Iar said...

humm...aku paling hanginn bler ade yg nak exam kul 2pm..kul 12pm tu duk hdp FB lagi.. alih2 kantoi kena tngkp bawa toyol time xm..habis xm msg2 minta maaf sbb kena tangkap suda..no sorry ler student itu mcm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...