31 May 2010

Hujung minggu di Isketambatu...

Assalamualaikum...

Semua dah ceria semula setelah bercuti panjang hujung minggu lepas. Aku Bercuti lebih panjang. Bermula dari hari khamis sehingga ahad. Kemana aku pergi ek? teng teng teng.... Bertemu isteri tercinta di Sabak Bernam.

Seronok sangat sebab dapat bertemu isteri setelah hampir 3 minggu tidak bertemu. Dapat juga melihat perkembangan baby yg masih dalam kandungan. Makin besar sekarang ni, yelah sudah berusia 7 bulan 2 minggu dalam kandungan.

Hari sabtu, tetiba rasa gatal kaki nak gi jalan-jalan tabur duit. Lokasi pilihan, Isketambatu lebih kurang 10km dari Isketambola. Perjalanan bermula setelah menghantar ayam HPA kepada ibu mertuaku di umah abg iparku.

Negeri ISketambatu ni beroperasi dari jam 10 pagi. So macam biasa jugak, aku dah wife mendarat di Isketambatu ni lebih kurang jam 10.30 pagi. Tolong bukak pintu.

Masa yg diperuntukkan disitu lebih kurang 4 jam. Lenguh-lenguh kaki aku. Namun yang peliknyer, wife aku rilek jek. Persoalannya, siapa yang mengandung ni?....

Nway, banyak jugaklah duit ditaburkan. Kalau dulu sewaktu ke ISketambola, kitorang banyak beli barang2 baby, tapi kali ni kitorang beli barang2 utk diri sendiri plak (even terlekat jugak baju baby sepasang).

Isteriku yg kepuasan dapat berjalan2 menabur duit...

Catatan SCHA: Already miss u...

26 May 2010

Aku yang gagal

Assalamualaikum...

Astagfirullahhal azim... Ya Allah ya Tuhanku, engkau ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah. Banyak melakukan dosa di muka bumi milikMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sebagai seorang pensyarah, aku telah melakukan segala-gala yang terbaik untuk semua pelajar. Memberi ilmu segala yang aku tahu. Berusaha membantu mereka sedaya mungkin.

Sepanjang semester, tidak sedikit pun aku mengabaikan mereka. Aku usahakan segalanya. Isteri yang berada jauh kadang-kadang terabai hanya kerana mereka. Cuti yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga dilaburkan untuk mereka. Tanggungjawab.

Setiap kali kuliah, 2 jam sekurang-kurangnya aku mem'bebel'. Dua jam perit rasa tekak tanpa henti bercakap. Dua jam juga tanpa jemu melayan kerenah mereka. Tanggungjawab.

Tapi, adakah ini hasilnya? Adakah ini ganjaran buatku? Kenapa? Apa lagi yang aku tak lakukan untuk kamu semua pelajarku?

Kecewa. Adakah aku yang gagal atas kegagalan pelajar-pelajarku?

Catatan SCHA: Bimbang bi gagal menjadi suami dan abi yang baik...

24 May 2010

Derita hujung minggu...

Assalamualaikum...

Hari ini siri entry jiwang diteruskan. huhuhuhuhu. (That y Uncle Syaf call me Zul Jiwang). Ko tak kawin lagi, apa ko tau. huhuhuhu..

Minggu ni, genaplah 3 minggu, rumah dan tangga aku tidak bertemu. Samada lokasinya Kuantan, Melaka or Sabak Bernam, semuanya tidak dijengah. Usah ditanya kenapa..(huh, jgn ader sesaper wat spekulasi aku gaduh ngan wife aku)..


Cuba korang bayangkan, tahun pertama aku berkahwin, dan tahun pertama juga aku menyambut besday wife aku as suaminya. Tapi aku tiada di sisi isteri tercinta di waktu itu. Perasaan? Hanya Allah yg tahu. Terlalu sukar. Ralat. Sepi.

Ramai yg cakap, 'tak patut ko tak jumpa wife di hari jadi dier', 'apa punya suami ah ko ni', 'ish, klu aku jadi isteri ko, sah2 aku merajuk panjang'... Mereka hanya mampu menghamburkan kata2... mereka tiada dlm situasi aku kini. Kalau mereka di tempat aku skrg, belum tentu mereka mampu hidup pon.

Namun, bertapa bertuahnya aku punya isteri yg sangat memahami. Sedar setiap kekangan yg dihadapi suami. Faham situasi suami. Cintakan suami walau apa pon.

Apa yang mampu aku lakukan di hari jadi isteri tercinta, hanya mengirimkan kek coklat hasil garapan KAK Nani (model 80 an). Tq kak nani sudi delivery kek sampai ke Putra Height. Surprise, but not too surprise. Aku tahu isteriku menantikan kejutan kehadiranku. But sori syg.

Pon begitu, khamis ini, rumah dan tanggap pasti bersatu. Cuti dah dimohon. Pertemuan yang pasti mengukuhkan kasih sayang.

P/s: katanya, baby kerap tendang menendang perut ibunya... rindukan abi ke?

Catatan SCHA: Nantikan kepulangan bi yek...

21 May 2010

Terima kasih sayang...

 Assalamualaikum 

Kehadapan Azita yg bi sayangi sentiasa. Semoga syg berada dalam keadaan sihat walafiat. Baby dalam perut camner? Sihat tak dier? Mesti baby tgh nakal menendang2 perut uminyer yek. Baby jgn nakal2 yek, kesian umi.

 Sayang,
Warkah ini bi garapkan khas buat sayang, utk mengungkap rasa terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih kerana sayang sudi membuka pintu hati sayang buat lelaki yg serba kekurangan ni. Bi tahu, bi tak punya ciri2 lelaki idaman syg. Bi faham, bi bukan lelaki yg sempurna utk meraih cinta syg. Tapi, syg tanpa mengambilkira itu semua, dengan redha menerima bi seadanya dlm hidup sayang... Terima kasih, syg...


Sayang,
Sejak kita berpacaran, bi banyak melukakan hati syg. Bi bukan kekasih yg terbaik. Kadang2 bi sering mengabaikan perasaan dan melukakan hati sayang. Maafkan bi. Namun syg dengan sabar menahan setiap kedukaan. Entah berapa kali air mata syg dibazirkan semata2 kerana berkecil hati dengan bi. Sesungguhnya bi hanya insan biasa yg sering melakukan kesilapan. Sayang tak pernah merungut, walau selalu merajuk. Terima kasih sayang kerana kasih sayang yg dilimpahkan buat bi tak pernah surut. Begitu juga kasih bi buat syg.



Sayang,
Akhirnya kita disatukan. Kini, kita sudah bergelar suami isteri. Bi berusaha utk menjadi suami yg terbaik buat syg. Walau kita hidup berjauhan, semampu boleh, bi cuba menjalankan tanggungjawab bi sebaiknya. Dan syg telah menjadi isteri yg baik buat bi. Layanan yg diberikan cukup menyentuh perasaan. Tanpa mengira penat atau lelah, bi tak pernah diabaikan. Makan dilayan, pakaian digosok dan tidur didodoi. Terima kasih sayang.Terima kasih juga kerana menghadiahkan bi zuriat yg akan sama2 kita didik dan asuh sebaiknya.


Sayang,
Mungkin warkah ini tak mampu menggambarkan bertapa bi bertuah mendapat isteri secantik, jelita, lemah lembut, baik hati, penyabar, dan solehah seperti syg, namum ketahuilah, bi sgt bersyukur kerana Allah telah mengurniakan isteri sesempurna syg. Terima Kasih, syg.

Selamat Ulangtahun Ke-2x, syg.

Maaf, bi tak dapat bersama2 pd ulangtahun kali ini. Namun hati bi tetap bersama2mu syg...

Catatan SCHA: Hepi Besday...

20 May 2010

Sukarkah menangkap toyol?

Assalamualaikum kawan2...


Wah, hari yg berbahagia ini, sambil memakai baju batik merah (bukan geng baju merah ek).. aku merasa seronok sekali. Kenapa?... emmm, hari ni aku berjaya menangkap toyol...


Mak aih, Cik Bedah melatah ah plak terdengar perkataan toyol... Toyol, menatang kecik yg tolong tuan dier menjalankan kerja2 jahat... terutama meng'songlap' duit hinggit org lain..

Takde maknanya aku nak menangkap toyol hijau tu... aku ni bukannya penangkap hantu pon... klu terserempak ngan toyol pon, belum tentu aku stay kat situ... inikan pulak nak menangkap mende alah tu... aku ni tangkap toyol putih...

Korang pernah dengar tak toyol putih... kadang2 toyol jenis ni ader dalam pelbagai warna, biru, kelabu, pink, coklat cair, biru air laut... mcm2 ah.... mcm mambang jugak..ahahhahahah...
*Nilah contoh toyol yg aku maksudkan tu....

Toyol, atau nama saintifiknyer, nota kecil sering dibela oleh pelajar2 utk membantu mereka dikala 'blur' tak tau nak jawab aper.... selalunyer, toyol2 ni diletakkan di dalam bekas pensel, dalam poket baju, bawah tudung, dicelah2 kertas soalan, belakang kalkulator, pada pemadam getah, celah kasut, dan tempat2 yg sewaktu dengannya... Kadang2 pelajar juga menggunakan 'langsuir'... tetapi langsuir tidak dibawa ke dalam dewan peperiksaan, cuma ditinggalkan di dalam tandas...

Setelah belajar selama 7 tahun (degree n master) di universiti, aku dah masak sgt dengan selok belok menggunakan toyol n langsuir ni... (sorry skit ek, aku tak pernah guna toyol ek, berdasarkan pengalaman kawan2 tau)...jadi sgt mudah lah utk aku menangkap toyol yg dibawa oleh pelajar2 aku ni...

Baru jek tadi, aku dah berjaya menangkap toyol yg agak licik... diletakkan dibelakang slip peperiksaan... nice try, but sorry, kamu sudah tertangkap....Camner nak tangkap?... mudah jek, bebudak ni, kalau dier ader toyol disampingnya, dier pasti berkelakuan pelik... contohnyer resah gelisah, nampak tidak selesa, pelajar akan memerhatikan anda disetiap sudut anda bergerak dan selalunya dier berpeluh, walau dewan yg ber'ekon' sekalipon... so, pergi ah periksa seluruh inci badan beliau, pasti anda akan menemui toyol yang dicari2....

Kat POLISAS ni, sekiranya seseorang pelajar itu dibuktikan menggunakan toyol semasa di dalam dewan peperiksaan, maknanya gagallah semua subjek utk sem ni... so, think again...


Catatan SCHA: Nak kena rotan tapak kaki ni...hehehehhe...

18 May 2010

Tetap dan Berpencen

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia....


Apa kabor kome2 sumer... tetibe jek jadi Peghok plak.... kembali ke Kuantan segera...


Nak citer skit pasal keje... korang pernah tak ader kerja yg dianggap 'tetap dan berpencen'... mmg ah kerja kiter kiter ker ni tetap dan berpencen (klu amik skim pencen ah)... tapi ni keje2 yg mana, klu ader jer keje tu, sah2 korang ah menjadi tempat hala tuju, jari tuding menuding tuk wat menda alah tu... ada? or korang ni tido jekkkk...ops...


Kat pejabat aku ni, aku ader ah keje yg tetap berpencen ni... jadi pengacara majlis... pantang ader program kecik ke besar ker... selalunyer aderlah hamba Allah yg ckp "suruh zul jek jadi MC"... mak aih, klu nak bagi mc ok gak... walaupon bukan aku sorang yg selalu kena, but antara muka MC terlaris ah.. ahaks...naik muak dah org kat pej ni tgk muka aku jadi MC...

* Posisi minggu lepas, MC perhimpunan bulan...

Masa mula2 wat keje ni (zaman universiti dulu lagi), aku wat semua job, pantang org suruh, berdesup desap trus setuju... masuk je kerja, semua majlis sanggup, Anugerah KJ ker, Seminar ker, Majlis Makan Malam ker, terbaru aku dinaikkan pangkat, dari baca nama graduan kepada MC utama sidang Konvokesyen... sejak tu akhir2 ni demand skit... dah tak nak wat program kecik2.. program besar2 wat dlm dewan besar dengan sound system terbaik jek diterima... yg cikai2 tolak tepi...hahahhahah... mengalahkan artis plak...

Aku suker or tak keje ni? For sure aku suker, that y tak pernah komplen...Kenapa aku suker? Sbb keje mudah, tp menonjol giler... bayangkan korang hanya perlu baca teks, wat intonasi kebabooom skit, ubah suara ala2 mahathir lokman walau tak jadi,semua org dah kenal ko, dan semua org tau ko wat keje utk program tu, yg penting bos nampak keje ko tu... bayangkan klu ko keje susun kerusi,penat lelah, perpeluh2, belum tentu bos tau.. well, dlm usaha nak dpt SKT tinggi, tonjol menonjol perlu, jgn sepak 'tonjol' plak...

Memang ah ader rasa gugup, nak terkucil tapi kutahan jebat,tapi masa awal2 jek, biler dah start, everything akan ok... org kata kerja ni kena ader bakat... but bagi aku, yg penting berani mencuba dan praktis, praktis, praktis....

Cukup ah cerita pasal MC... sekarang minggu peperiksaan Akhir di POLISAS... satu lagi kerja tetap dan berpencen... pengawas peperiksaan... aduh, bosan gak duk melangut 2 jam tengok bebudak jawab periksa... setakat ni aku belum berjaya menangkap mana2 kes meniru... ish3...



Oklah utk kali ni... suker sangat ayat penutup Ustaz Zamri...

ALLAH, ALLAH, ALLAH,..... MANTOP...

Catatan SCHA: Rindu semakin menjadi2...huhuhuhu

17 May 2010

Bukan ibarat lilin...

 Assalamualaikum...

U all rindu kat aku tak?... ahak, perasan jek ramai peminat..hahahha...
Sentap jup tajuk entry... Entry ni bersemperna dengan Sambutan Hari Guru semalam... 

1st of all, Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yg telah mengajar diri ini erti kehidupan... termasuklah guru yang paling lama mengajar aku, Mama n Abah... Cikgu yg tak pernah bergaji mengajar aku...

Juga buat cikgu tadika aku, (rasanya cikgu tadika aku tu Mama aku..hahahahha).... Cikgu2 SK Lepar Hilir 1 (1990-1995), SMK Lepar Hilir (1996-1998), SMT Kuantan (1999-2000), dan 
pensyarah2 UTHM (2001-2007)...

 Cikgu-cikgu SK Lepar Hilir 1, rindunyer kat korang sumer....

Guru-guru SMK Lepar Hilir....

Ramai org sering menganggap guru ibarat lilin, sbb tu lepas jek abis sekolah ramai org dah tak kenang jasa guru... macam lilin, bila dah abis guna campak merata-rata...

Guru sepatutnya diibarat seumpama matahari... tak pernah lekang memberi cahaya... menghidupkan bumi... menjana tenaga dan tak putus2 berjasa..cewwaaaahhh...

Kadang2 ader gak rasa terkilan... Hari Guru biasanya utk guru2 sekolah sahaja... pensyarah macam aku ni, sering dikesampingkan...sedangkan kami juga guru.... Kenapa tak diadakan HAri Pensyarah jugak...?...

Bukannya diri ini nak sangat disanjung, dijunjung, tapi tak salah kan kalau jasa kami juga dihargai.... tapi tak mengapalah, kerja biar ikhlas... InsyaAllah, Allah janjikan pahala berganda di akhirat sana....

Apa2pon, Selamat Hari Guru to all..

Catatan SCHA: Selamat HAri Guru, Sayang...

13 May 2010

Mee Udang BNO..... nyum...nyum..

 Assalamualaikum semua....

Wah, wah, masing2 sibuk bekerja ek... bagus2....

Lapor lah pulak perut aku ni... tak dapat diisi lagi ni.... mama offer bekfas, aku jual mahal... pastu mulalah kebulur...
Dalam keadaan kelaparan ni, teringat plak pada satu hidangan yg biasa aku jamah klu gi Sabak Bernam menemui isteri tercinta.... Almaklumlah, rumah kat lain, tangga kat lain... hujung minggu jelah rumah dan tangga bertemu...huhuhuhu...

Cukup, lupakan dulu kisah duka tu... ni aku nak citer.... korang pernah dengar tak pasal Pantai BNO kat Sabak Bernam.... tak pernah dengar???? ish3, korang tinggal kat mana ha? hehehhehehe

 Xtually aku pon tak pernah dengar gak sebelum ni....hahahhahahaha...kantoi.... sbb bini aku keje kat Sabak Bernam jek, that y aku tau pasal BNO ini.... ops, jgn ader sesaper tya aku BNO tu stand for what....sbb aku pon tak tau...


 * Nilah rupa bentuk pantai BNO... amaran!!! sgt tidak sesuai mandi kat sini....

Walaupun pantai sangatlah huduh tidak begitu menarik utk berkelah dan mandi manda adalah sgt tidak sesuai, namun ader jugak menariknya tempat ni...Antaranya, tempat sesuai utk memancing... faciliti utk lepak2 pon ader...tapi yang paling menarik aderlah, kedai makan yg menyediakan hidangan berasaskan udang yg melampau bestnyer.....
 
 *Rupa bentuk kedai yang semak samun menarik....nama kedai???? lupa...hahah.

Menu yang disediakan termasuklah nasi goreng udang, mee goreng udang, udang masak merah, udang udang udang, lagi2 udang dan paling pelik, nasi ayam udang ( pernah ke korang makan nasi ayam udang???)... tapi menu yg paling aku gemar, sudah semestinya mee udang... Saksikanlahhhhhh...
.
.
.
.
* Sodappppp ekkkk.... 7 - 8 ekor udang menari2 dlm pinggan...
Uishhhh, tak dapek nak digambarkan bertapa nikmatnyer makan udang... mee nyer skit jek, tapi udang nyer...melampau2 byknyer.... mana lebih sedap antara mee udang BNO dgn mee banjir udang Taiping?... tak dapek nak menjawabnyer... almaklumlah pokcik tak sempat lagi nak merasa mee banjir udang Taiping nuuuu....

Uishhhh... makin lapar plak porut den ni ha.....
Catatan SCHA: Kan lebih enak makan udang kalau ader seseorang yg kopekkan..heheheh

Catatan Pendek: Camnolah nasib Malaysia melawan China kan semi nnt.....

12 May 2010

Bila Blogger Bercuti : Shopping di Isketambola

* Satu lagi entry utk Contest: Bila Blogger Bercuti untuk FITRIHADI.COM



Assalamualaikum semua...

Ader sesaper tak yg RINDU kat aku?..... ahak....

Amik ni, pic aku yg terbaru... Hensem, menarik tertarik aku mmg tembam...

Hari ni aku nak kongsi ngan uolls semua xtvt aku ujung minggu baru2 ni... almaklumlah, pahang bercuti 3 hari, start jumaat till ahad... so, kena ah tabur duit skit pegi bercuti...

Lokasi : Isketambola.... ahaks...

Penerbangan ke Isketambola bermula pada jam 7.15 pagi, tiba di lokasi percutian tepat jam 10.00 pagi...

Lokasi pertama, sudah semestinya shopping complex... nama pon percutian tabur duit.... Shopping complex yg kami tuju tu namanya " Onesia Utamania"... sama macam shopping2 complex di Malaysia, tempat ni pon bukak jam 10 pagi... Aku ngan Mrs. SCHA tercinta sampai sama2 ngan pekerja tempat tu, sambil2 tolong diorang bukak pintu kedai..hahhhahaha

Sementara menanti pintu kedai dibuka, amik gambar dulu....

Rupa2nya kat ISketambola ni, harga BMW agak 'murah' jugak.... BMW sport baru 500K++.... ingat nak belilah satu... tapi nnt susah plak nak bawak balik naik kapal terbang ..hahahhaha...

Tak jadi beli, amik gambar pon ok ah....

Sebaik saja semua pintu kedai dah dibuka, kami pon memulakan misi menabur wang, berkongsi kekayaan...hahahahha... 4 jam lamanyer kitorang sini.... ponek kaki den... tapi Mrs. SCHA yang sarat mengandung 6 bulan setengah tu, rilek jek.. tak nampak penat langsung...

Bleh plak dier cakap2 ngan baby dlm perut " Baby tak penat kan...baby sonok kan jalan2".... aduishhh... abi jugak yg pancit...hahhahah

Barang2 yg diborong, semuanya barang2 utk baby dalam perut tu... bertabur2 jugaklah duit aku...hahahhaha...

Lepas tu kitorang ke shopping complex seterusnya... "The reCurveres".... Antara shopping Complex yg ala2 mewah jugak ah kat Isketambola ni... mula2 tu, singgah nak solat jek... (Alhamdulillah, suraunyer bersih dah luas)....

Apa yg bagus ttg tempat i, semua kedai berkaitan kelengkapan baby diletakkan setempat... senang ah aku n wife menabur wang dari satu kedai ke satu kedai.... Harganya taklah mahal sgt... suam2 kuku jek...

Korang tengok ah anak2 org kat ISketambola ni... aktif melampau....

Setelah, berpuashati menabur kekayaan di merata tempat... masa utk beristeri dua... ehhh, beristirehat lah pulok.... jom jalan2....

Wajah suami isteri yg kagum ngan Isketambola....


Budak sebelah wife aku tu, sample penduduk Isketambola...

Macam biasa, Mrs SCHA memenuhi ruang memory dlm camera aku....

Hampir senja jugaklah kami kat Isketambola... Pabila malam hampir menjelang, suhu di ISketambola juga makin menurun.... jadi tak baik untuk kesihatan bayi di dalam perut.... maka sudah tiba waktu utk pulang....

Kapal terbang yg kitorang naik, diparkir di bawah bangunan ni.....
Walaupun penat dan kaki melecet... demi isteri tercinta ku pertahannnnnkannnnnn......

Catatan SCHA: Sonok tak?

Catatan Pendek: Camnolah Pasukan Badminton Malaysia nak dpt piala Thomas, klu ngan Jepun pon pancit.... Ish ish ish....

11 May 2010

Pernah tak anda raser mcm nak bunuh bos anda?

Ader kaitan ker gambar ni...

Assalamualaikum semua...

Tetiba jek hari ni mcm emo nak bunuh bos...hahahhaha... bukan hari ni sebenarnyer... aku dah ader perasaan tu sejak minggu lepas.... (post berani mati...klu bos baca entry ni... ini adalah luahan hati saya, sgt tak bermaksud apa2...)

Kenapa aku nak bunuh bos aku?... biasa ah, rasa tak puas hati...

Tak puas hati kenapa?... tak perlu ah korang semua tau...

Xtually entry ni aku tulis sebab nak tya korang... kalau korang rasa tak puas hati pada bos korang, apa yang korang buat?
  • Adakah korang calarkan keter bos korang?
  • Adakah korang bunuh kucing bos korang?
  • Adakah korang taruk taik cicak dalam kopi dier?
  • Adakah korang ambil pisau dan tikam modula oblogata bos korang?
  • Atau korang jerit satu pejabat cam org giler?
  • or korang isi jek form cuti 18 hari n berenti kije sebulan lepas tu?
Apa lah yg aku ngarut ni...ish3... tak center jap...

Ye silerlah bagi cadangan aper yg patut aku buat, sbb skrg aku rasa sgt tak puas hati ngan bos aku ni.... tolong yek...

Catatan SCHA: Tak pernah tak puas hati ngan syg...

10 May 2010

Kaulah Ratu Hatiku...

Assalamualaikum semua...

Pagi-pagi isnin macam ni, mmg betul2 m***s nak keje... lemau semacam jek... Sepanjang cuti 3 hari dihabiskan bersama2 isteri (next entry)... Masuk keje mmg takde semangat..huhuhu

Entry ni mmg agak lambat skit... SELAMAT HARI IBU..... (org lain dah tulis pasal ari ibu ni 2 minggu lepas dah... aku baru nak tulis.. ish3, ader aku kesah...haahhaha)

Selamat hari ibu utk saper? For sure buat Mama ku yg sgt disayangi sampai bila2.... Jasanya 27 tahun lalu, mengangkut aku 9 bulan dlm rahimnyer, berjuang dengan maut utk keluarkan aku, serta bersusah payah menjadikan aku sebagai manusia, segalanya tak mungkin aku boleh balas sampai bila2....
Mama aku yg sentiasa muda dan berjiwa muda..

Terima kasih byk2, kerana mama sudi menerima aku sebagai anak kesayangannya... sudi membesarkan aku... tak dapat aku bayangkan, klu mama tak sudi menerima aku, mungkin aku juga senasib dengan anak2 buangan mcm yg selalu aku tgk kat TV... (dahhhhh, korang jgn salah faham plak, aku anak kandung mama aku k... sajer wat ayat sadesss skit)....

Apa hadiah yg aku beri kat mama? emmmm, utk hari ibu ni takde hadiah yg aku beri (haaa, ader ah yg ckp aku kedekut tu).... tapi aku berusaha 5 kali sehari, menghadiahkan doa buat mama dan abah.. dah hadiah paling istimewa, aku akan hadiah mama seorang cucu sulung yg sgt dinanti2kan dalam famili... almaklumlah, umah kami ni dah lama takde baby.....

Oh ya tahun ni tahun pertama ucapkan selamat hari ibu buat 2 ibu.... Selamat Hari Ibu juga buat Mother In Law (MIL)....

Mak mertuo den...

Terima kasih mak sebab sudi terimo den ni jadi anak menantu mak... yg paling penting, mak sudi menyerahkan anak gadis kesayangan Mak menjadi suri dalam hidup den ni...

Yelah3... kang ader plak yg merajuk.... Selamat Hari Ibu jugak wat bakal ibu, Anak Mak Mertuo Den (isteri aku lah tu)... Tq sayang, sudi mengandungkan zuriat Bi... Bertambah syg bi pada Syg...

Catatan SCHA: Menjadikan bi sebagai Abi sesuatu yg paling berharga... thank syg...

Catatan Pendek...

Dengan bangganya aku mengumumkan SCHA merayakan kejayaan Chelsea menjuarai English Premier League 2009/2010... Hooorrrraaaaayyyyyyyy..... MU siler berkabung yekkk... (ops, sebarang alasan tak diterima)

06 May 2010

Nakal pon ader baiknyer...

*tiada kaitan dengan alatan yg bakal dibeli buat baby

Assalamualaikum semua....

Pagi hari yang cerah (sekitar jam 7.30 pagi), seperti hari2 biasa yang lain, aku memandu baby CT ke tempat kerja. Radio IKIM menjadi bahan halwa telinga. Korang semua wajar dengar radio setiap pagi, sbb ader segmen motivasi pagi yg cukup berfaedah utk motivasi kerje. (Makluman, aku tidak mendapat sebarang komisyen utk tujuan promosi ini) ahaks....

Hari ni, Ustaz Zamri Zainurdin memulakan motivasi dengan kisah budak2 yg suker bermain... Betul katanya, budak2 ni suker bermain.. dulu masa budak2 aku mmg suker tul main, main basikal, main randes, main lompat getah, main sorok2, main pondok2 (ops) n mcm2 ah... tapi tak rasa penat pon... rilek jek.. main sampai mlm pon takper... (cuba ah main sampai malam, kalau tak kena rembat ngan abah aku, means abah aku tak sihat lah tu ... sori abah)...

Ader mak ayah, risau betul klu anak2 nyer bermain jek... lagi2 yg 'baru dapat' kaki, usia setahun... berjalan ke sana ke mari... abis semua benda nak di usik...

Tahu kah anda? (alamak mcm segmen National Geografi plak)... pertumbesaran dan perkembangan kanak2 sgt berkait rapat dengan psikologi kinestatiknya.. kinestatik tu pergerakan dan perlakuan yer tuan2, puan2....

Jadi sekiranya anak2 anda nakal (alamak Hj Fadzilah Kamsah tak bagi panggil anak nakal).. bukan nakal, terlebih aktif... itu petanda baik.. dier sedang membangunkan sistem derianya termasuklah pemikiran dan perkembangan otaknya...

Menurut ustaz Zamri lagi, klu satu2 kelas itu bising dengan kehadiran gurunya di dalam kelas, itu membuktikan keas itu sedang berkreatif dan masing2 sedang membangunkan deria penglihatan, pendengaran dan pertuturan... yang penting bising dengan aktiviti yg pelbagai, bukan bising kerana bergaduh or berbual kosong....

P/S: Klu betul kanak-kanak bising dlm kelas dpt membina pertumbuhan mindanya, kanak2 bangka mcm student aku tu memekak dlm kelas pon utk pertumbuhan minda ker?


*Hanya sampel, sgt tidak bermaksud...

Catatan SCHA: Doakan baby bakal menjadi anak yg soleh dan pintar...

05 May 2010

Main2 di Petang HAri

Assalamualaikum semua....

Amboi, dah datang semangat nak update blog, byk plak idea nak wat entry....

Tadi duk terjah2 blog member (xea) , ternampak ah satu keje 'sambilan' yg dier wat... menarik gak....

Pandai gak sahabat aku ni menggunakan segala teknologi yg ader... well, ader masa terluang leh ah buat mende alah main2 camni.... (apa yg aku tulis ni)

Well, apa yg Xea wat?... dier guna satu laman web (klik sini), gabung2 gambar dier ngan hubby dier, terus kuar muka baby....

Aku pon aper lagi, xcited giler.... terus lah wat keje main2 tu.... dan hasilnyer...jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.
..
.
Wajah yang 'mungkin' bagi Our Junior....

Apa yang jelas, kulit baby bayangan tu ikut kulit wife aku... yg lain2 tu aku tak pasti ah... hahahhahahaha....

Tapi aku tak amik serius pon mende alah ni... bukan leh cayer pon.... Segala2nya ketentuan Illahi... manalah tau kuar nanti mengikut rupa grandma n Tok Abah dier ke... ikut rupa Mak Wan dier ker.... entah2 ikut rupa Mak Ngah dier ker... Auntie dier ker.... saper tau kan...

Sesungguhnya apa yang ditetapkan Allah untuk bayi kami itu, kami terima dengan redha... yelah, hanya Allah yg tahu aper yg terbaik untuk baby n kami... Kiter hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah....

p/s: Mak aku cakap, org tua2 dulu pesan, saper2 yg nak anak dier berkulit putih, selalu2lah makan umbut kelapa...

Catatan SCHA: Tak sabar Abi nak membelai baby dalam perut Umi hujung minggu ni...

Berwajah baru...


Sesungguhnya, pic ini sgt tidak bermaksud...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rindu betul ngan blog ni....

Kemana aku menghilang?... well, aku tak kemana-mana... masih sihat walafiat menjalan kerja2 yang diamanahkan....

Cuma beberapa bulan yang lalu, aku mengalami kesibukkan melampau... malah aku juga mengalami simptom "M".... 'malas nak update blog'....

Namun setelah menerima pelbagai 'kutukan' dari pembaca2 diam blog aku ni... maka aku kembali meluangkan masa utk blog usang aku ni... InsyaAllah....

Untuk permulaan, inilah dier wajah baru "Suara Cinta Hati Azita".... hope korang suker ngan layout terbaru ni.... (serabut kepala aku nak wat perubahan ni)...

Nway...I'm back....

Catatan SHCA: "muaaahhhh".....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...