17 October 2012

PapaSenduk: Resepi Pizza Mudah

Salam,

Bertemu kembali dalam segmen Papa Senduk. Amboi amboi amboi, dah ada yang mencebik bibir, PIZZA lagi. Ni sah-sah papa nak tipu lagi ni.

Cuppppps dek non. Ni memang resepi sebenar. Semalam Papa berusaha bersungguh-sungguh membuatnyer tau. Berangan jadi Masterchef kejap.


Jom tengok resepinyer dan kekdah membuatnyer.



Resepi Roti Pizza (dua keping saiz regular)

1 sudu teh Yis (papa guna Mauripan)
1 suduteh gula
1 - 2 sudu susu segar
2 setengah cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu mentega
sebiji telur

Kekdah nyer


1. Masukkan Yis, susu, dan gula dalam mangkuk kecil. Biarkan 10 minit.

2. Masukkan tepung, mentega, telur, campuran yis dan garam dalam satu bekas besar.

3. Uli dengan menggunakan tangan (takkan guna kepala lutut plak) sehingga kenyal. Lepas tu, tutup bekas dengan kain lembab. Biarkan doh rehat selamat satu jam.

Resepi toping (Hawaiian Pizza 'cekonon')

*actually ikut suka korang ah nak letak apa atas pizza korang tu. Kekdah papa, buka peti ais tengok apa yang ada, susun jek atas pizza korang tu.

Isi ayam (dimasak sekejap)
Nanas (dipotong dadu)
Cendawan butang
Tomato Puree
Oregano
Garam
Lada putih
Lada Benggala
Sosej
Keju (apa jenis pon boleh)

-Kekdahnya, korang gelek ah doh pizza tadi sehingga leper dan membentuk bulat. Ikut suka korang nak tebal or nipis. Papa suka yang nipis-nipis jek.

- Disekelilingnya, papa letak sosej dan dibalut dengan doh.

- Pastu sapu tomato puree di permukaan doh pizza. Then susun semua mende alas toping tadi mengikut kretiviti korang.

- Lastly, tabur keju.
Tadaaa.

- Bakar pada suhu 190 degree celsius selama 20-25 minit.

Enak dimakan bersama sup cendawan. Sup cendawan tu, cik puan yang buat,Papa belum pandai. Nanti bila dah pandai, papa kongsi resepinyer.

BONUS: Toping Seafood Bonanza

*Sekeping lagi, papa wat toping makanan laut.

Tuna dengan sos tomato chilli
Udang
kepala sotong
Fillet ketam
Cendawan butang
Lada benggala
Garam
Lada Hitam

- Sama je kekdahnyer dengan pizza sebelum ni, cuma kali ni papa guna tuna dalam tin (perisa tomato chilli) yang dihancurkan sebagai sos menggantikan tomato puree. Mengancam beb.


Ok, setakat itu sahaja segmen PapaSenduk kali ni. Jumpa lagi. Bye.

9 comments:

Cikgu Ma said...

pergghh..terer la....nanti kena cari somi reti buat pizza jugak...hihih

sedap ke? ^_^

zul said...

cari jgn tak cari... confirm sedap...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Heeeee tak sangka! (sambil nak pengsan jap). Memang nampak sedap, thanks for the recipe.. selalu Kak Mirror buat tak bubuh susu segar pun.. next time nak cuba resepi you ni plak lah.

Aujinz said...

Hua hua hua... Aku teringin gak nak buat pizza, tapi kalori dia boleh buat aku rasa nak jogging lapan jam nonstop..

Adam Azra said...

wahh hebat. pasni xyah makan kat domino pizza lagi :D

Cik Puan said...

pizzaaaaa lahhhhh...mintak sikit =.=

Syazwan Che Deraman said...

sedap tu bro!

kehkeh.

ingatkan pizza segera lagi.
upanya idak.

Fazliana Jamil said...

nampak macam senang... bole di cuba ni.. hihi.. :)

Unknown said...

Yummy.... so simple. Harus try!! Thnxx ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...