05 October 2012

Susahnya mencari 'blogger' dari kaum bapa


Salam,

Sejak aktif semula ber'blog'ing ni, meroyan plak mencari kawan-kawan blogger yang mempunyai identiti diri yang sama.

'Identiti yang sama' dalam konteks ini adalah meminati fotografi, bercerita tentang personal life, kisah anak-anak, dan jiwang 'ringan-ringan'.

Maka dalam usaha mencari blog-blog yang menarik untuk dibaca, aku meyedari sesuatu yang agak ketara. Susah bebenor nak jumpa blog yang ditulis oleh seorang bapa yang menceritakan tentang family dan anak-anaknya.

Teringin sangat nak follow blog seumpama itu. Bukan apa, senang nak merujuk pengalaman beliau dalam menghadapi isu-isu kekeluargaan dari perspektif seorang ayah.

Kebanyakkannya, kaum ibu lebih mempelopori blog bertemakan kekeluargaan.

Aku nak sangat tahu:

1. Apa yang suami buat bila menemani isteri di bilik bersalin? (belum ada pengalaman, sbb anak 1st, akau tak dibenarkan masuk labour room... sedang bersedia utk 2nd baby)

2. Kalau bini merajuk, apa yang dibuat? (berkongsi-kongsi tip)

3. Macamna marah anak yang terbaik?

4. Petua-petua kalau anak sakit?

5. Aktiviti di hujung minggu... takkan tidor jek... bleh kongsi-kongsi hobi si bapa...

Dan sehingga kini aku belum jumpa lagi blog seumpama itu. Kalau kawan-kawan ada tau mana-mana blog yang ada ciri-ciri seiras di atas, bleh ah kongsi-kongsi.

** tak bermaksud aku tak minat baca blog-blog lain. Baca gak dan follow jugak**


7 comments:

Jna marcello said...

;)) tq for sharing this!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Apa yg dibuat oleh seorang isteri di bilik bersalin ? ..

*Tenangkan fikiran si isteri. Bacakan selawat.. pegang tangan dia.. bisikan kata2 semangat.
*Bila baby dah keluar.. kamatkan baby.
*Lepas tu... sediakan minuman panas utk dia, pakaikan stokin..
*Pastu bagitau dia.. terpaksa balik utk tanam uri.
*pastu dtg lg hospital.. temani dia..
*Pastu balik rumah pulak.. jaga anak no.2... dah selesai.. TAMAT.

zul said...

kak sam,

ayat 'dah selesai' tu, mcm tak kena jerk... heheheheh...

fADzly (Wak Palik) said...

Kamera aku dah lama tersadai dlm almari.
Malas nak shooting-shooting, edit-edit..huhu

zul said...

uitss...sayang ah... jom kiter gi outing mana2... bleh ajak kerul n rem skali...

ida_F said...

nak cari geng berblog atau komen blog? hahah

zul said...

mana2 jelah kak ida...

nak geng ngan kak ida, tp u all sibuk berbisnes...

takde mas akot nak berblog...


hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...