23 October 2012

Misi menambah 'pengikut'

*Gambar ihsan Google Image

Salam,

Pernah terfikir, perlu ke ada ramai follower untuk blog aku ni?

Apa matlamat sebenar aku tulis blog ni ha? (back to basic)

Mula-mula wat blog ni sekitar 5 tahun lalu (mak aih dah lima tahun usia blog ni), aku nak blog ni jadi bahan sejarah kehidupan aku. Manalah tahu, satuhari aku jadi Perdana Menteri ker, bleh masuk dalam Galeri Muzium aku nanti...heheheh...berangan.

Kemudian aku ubah skit isi kandungan blog ni kepada yang lebih informatif. Contoh, entry tip-tip temuduga, sangat popular sampai ramai yang email minta penjelasan lanjut.

Kemudian aku macam tersedar sesuatu, aku ber'blog'ing tanpa arah. Then berlakulah tragedi malas update sekitar tahun 2011 dan pertengahan 2012. Malah, aku pernah tutup blog ni tengah tahun baru-baru ni..

Sekarang aktif semula. Kenapa?

Sebab waktu aku tutup blog ni, ada banyak sangat bahan yang nak masuk blog. So aktif semula.

Sebelum ni, aku tak kisah sangat pasal follower ni, sorang ke dua orang ker, tak pernah peduli. But lately, rasa jeles plak ngan kawan-kawan blogger yang ada sampai ribu-riban follower. Sedangkan aku yang dah lima tahun blogging ni, ada 59 follower jek. Ish ish ish.

Pastu terus terasa yang selama ni aku syok sendiri jek rupanyer. Aduh.

Justeru, aku akan lancarkan satu misi khas. Misi menambah 'pengikut'.

Camner nak jalankan misi ni?

KAWAN-KAWAN YANG ADA RIBU-RIBU FOLLOWER TU, PLEASEEEE, TOLONG BAGI IDEA.

9 comments:

cik azLyzah⊙.☉ said...

Cik bukan memandai2 ek..walaupon follower cik belom cecah 500 tapi cik nak kasi tipsssss jugak..hahaha
Dulu pon cik rase syok sendiri jugak bile taip entry tak de yang sudi komen.Follower pon sikit jew.Tapi semenjak cik join SEGMEN follower cik dah bertambah dalam 400orang dan cik dah ade pengomen setia.Kalau nak blogger lain komen blog kite,rerajin lah komen blog mereka.bukan tu je,cik akan bagi hadiah kat pengomen yang paling banyak kat blog.Untuk menghargai jasa2 kengkawan..Haaahhhhh...semoga berjayeee ye^^

FaizalSulaiman said...

hehe aku leh kongsi bro.

buat mcm segmen. mungkin diy ke, masak2 ke, jalan2 ke takpun tulis mengenai satu pandangan terhadap satu2 issues atau review buku, music atau filem kat panggung, dvd yg ko tengok.

takpun tips jaga anak kecik dr pandangan seorang bapa :D

zul said...

cik: akan diusahakan...pernah terfikir nak buat GA, tengah fikir tema.

Faizal: nice idea...

cik azLyzah⊙.☉ said...

Okaiiiiii....Nanti kalau buat GA jangan lupe invite cik yewwwww..

Cikgu Ma said...

buat segmen atau join segmen la...=)

kalo saya niat nak kutip follower, memang join segmen...

kalo niat nak cari pembaca/ pengomen tegar...kena rajin komen/ BW kt blog org lain...

nawaitu tu penting jugak dlm blogging...hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kak Mirror kan En Zul mmg sengaja tak buat GA dari dulu2 sbb nak kenal pasti berapa ramai yg akan follow blog kita secara ikhlas tanpa paksaan. Tapi lately ni mcm terpikir2 nak buat gak la.

cheqna said...

kena rajin singgah n komen..hulurkan salam perkenalan..kena singgah sokmo r..jangan sekali je singgah pahtu dok muncul2...=)
moga berjaya...cheqna pun dokla ramai pembaca tapi alhamdulillah ada pembaca setia =)

Syazwan Che Deraman said...

wow.
dah kira otai ni.
dah lama blogging.

banyakkan blogwalking bro!

Mummy Akmar said...

Salam Kenal Cik Zul..

DONE FOLLOW!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...