02 October 2012

Astana1: Intro

Salam.

Hari ni nak mulakan siri mendokumenkan proses pembinaan Astana Zulita sebagai catatan yang bakal menjadi kenang-kenangan seumur hidup.

Proses pemilikan rumah ini bermula sekitar bulan November 2011. Ini bukanlah rumah pertama yang aku dan isteri 'booking'. Sebelum ni kami pernah 'booking' sebuah rumah di kawasan Jalan ByPass Kuantan. Bayar RM1. Senang-senang je kami 'book' rumah teres 'corner lot'. Harga sekitar RM200K++. Namun kami membatalkan tempahan hanya selepas 5 minit urusan tempahan selesai. Kenapa?

Kerana selepas selesai proses tempahan, baru kami perasan ada ruangan kosong yang agak besar di belakang rumah itu berdasarkan pelan kawasan perumahan. Apabila ditanya ruangan kosong itu dicadangkan untuk apa, kami diberitahu bahawa kawasan itu untuk 'Tapak Kumbahan'. Jadi tanpa berfikir panjang dan waras, kami terus membatalkan tempahan. Singgit je pon.

Kemaruk nak ada rumah sendiri diteruskan dengan proses survey yang tidak putus.

Akhirnya kami memilih sebuah rumah semi-D, dengan luas tanah yang cukup besar, 4 bilik tidur, 1 bilik utiliti dan 2 bilik air dengan harga sekitar RM220K++. Ditambah pula dengan garaj kereta yang boleh memuatkan 2 buah kereta. Dipertimbangkan juga arah kiblat dan arah matahari terbit dan terbenam serta lokasi yang agak strategik, maka sebuah rumah di Bukit Gambang Resort City telah berjaya kami tempah.

Desa Hijauan, begitulah nama diberi dan rumah yang dipilih adalah dari jenis Pesona Tropika. Pada mulanya kami memilih Pesona Perancis, namun lot yang masih tinggal tidak memenuhi kriteria pilihan kami.

Ramai juga rakan-rakan yang tanya kenapa beli rumah yang agak jauh dari bandar?

Alasan yang berbentuk strategik:

1. Harga hartanah yang dijangka naik mendadak dengan adanya resort berhampiran.

2. Lokasi paling sesuai untuk membesarkan anak-anak, jauh dari hiruk pikuk kota.

3. Udara yang nyaman, kawasan yang bersih serta jauh daripada pencemaran.

4. Lokasi tempat kerja isteri yang sangat hampir.

5. Harga yang agak murah bagi hartanah sebesar 85'x72'

dan yang paling penting....

6. Dekat dengan rumah mama ngan abah aku...hehehhehe

Cukuplah sebagai intro. Meh tengok progress sehingga Ogos 2012.

Keadaan rumah sekitar April 2012
 


Progress sehingga Ogos 2012

Lawatan terakhir ke tapak projek adalah pada ahad lepas. Rumah sudah dicat bahagian depan, tingkap juga telah dipasang. Jangkaan siap awal 2013 mungkin akan ditepati. Wallahualam.

Semoga Astana ini menjadi 'syurga' kami sekeluarga. Amin.

7 comments:

Xeea said...

Congratzzzz!!!! Bestnya rumah area sana boleh dapat bawah 300 k lagi kan. Dah aa spacious!!

Pasni ko pun jadik kemaruk nak hias2 umah cam aku lah kan. Tp fulus nak kena kencang dulu wehhh. iskkk

zul said...

kat area gambang ni, bleh lagi dapat bawah 300K... area kuantan, utk semi d dah susah nak dapat...

Tengah menggila lah ni... berangan macam2... berangan bukan kena bayar ...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah akhirnya..

Dulu Kak Mirror pun mcm tu masa dah "booking" satu rumah, siang mlm berangan2, beli majalah deko sampai berkepuk2. Hehe..

zul said...

rupanyer, sama je ek semua org...kahakhakah

Jna marcello said...

congratssss ;))

zul said...

tq

khalid said...

Bagus bro..dah siap nanti byk lg nak pikir. Kumpul jgn x kumpul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...