28 July 2009

Meningkatkan keupayaan...

Lama betul tak update blog sesawang ni...
.
.
Semalam, laptop tua SOT ni dah dihantar ke pusat komputer ...
Untuk meningkatkan keupayaan...
.
.
Selama ni keupayaannyer hanya 512MB DDR 2...
Tu pon dh cukup power utk SOT lah...
.
.
Malangnyer sejak SOT berkecimpong dlm bidang edit mengedit gambar ni...
Laptop ni dah tak mampu mencapai hasrat tuannyer...
.
.
So semalam keupayaan nyer di tambah
2GB DDR 2, walaupun pada asalnyer nak amik 4GB...
Tapi processor plak tak support...
.
.
Well, kini laptop ini semakin berkuasa penuh.. Alhamdulillah..

20 July 2009

Kisah lucu KMK: Kapal karam..

Gambar hiasan..tiada kaitan dengan cerita...

Hari entry ditulis dari dewan wisma belia jugak..hari ni hari pertama pertandingan KMK peringkat negeri pahang...

Sebentar tadi baru jek selesai majlis perasmian... dan ceramah kualiti yang di sampaikan oleh ustaz Badlishah... best ceramah dier...

Antara yang best tu adalah kisah2 lawak teladan yg disampaikan... di sini nak ah SOT kongsikan satu ceritanya...

Kisah 3 buah kapal yang nak karam...

Kapal Pertama milik Nakhoda Cina.
..

"Haiyaaa tokei, kapal sudah mau karam punya.. apa mau bikin," jerit anak kapal...

" Kasi angat semua duit dan harta jgn kasi tenggelam punya..." arah nakhoda tersebut..

*Kepimpinan cina mmg mementingkan harta dan keuntungan...


Kapal kedua milik saudagar arab..

"Masyalah masyalah, tuan syed kapal kita sudah mau tenggelam, apa yang prlu kita buat ni..." jerit anak kapal...

"Selamatkan semua perempuan... jgn sampai lemas" arah saudagar arab tersebut...

*Orang arab mmg menghargai perempuan... yg penting perempuan mesti ada...

Kapal ketiga milik peniaga melayu...

"Tuan, tuan... kapal kiter nak karam ni, pa yg kiter nak buat skrg"

" Cepat tubuhkan satu jawatankuasa bertindak, adakan mesyuarat tergempar, jgn lupa beli karipap utk jamuan lepas mesyuarat" arah peniaga tu...

* Orang melayu semua benda nak kena wat mesyuarat...yg penting mesti ader karipap.. hahahah

19 July 2009

harry Potter & KMK

Hari Khamis lepas SOT dah menonton movie wajib tonton tahun ni... selepas setahun menunggu akhirnya dapat gak tgk siri sambungan ni... Pada SOT, kisah dier menarik ah n menambah misteri yg sedia ada...

Cuma kali ni kurang aksi yg kebabboooommm... kisah cinta yang diwar2kan sebagai kisah cinta harry yg terhebat, tidak la sehebat mana...

But, movie ni still mengkagumkan dan memberi kesan pada SOT hingga pada usia 26 tahun ni pon, still ader cita2 nak jadi ahli sihir...kuikuikuikuikui

KMK


Xtually entry ni SOT tulis di dewan wisma belia Indera Mahkota Kuantan PAhang...

Sekarang ni sdg berlangsung raptai Konvesyen KMK peringkat negeri pahang...

Seperti yg SOT bgtau sebelum ni... SOT mewakili POLISAS utk KMK kali ni...

Setakat ni SOT tgk slide group lain agak mengagumkan jugak.... Cuak2...

Apa2pon, semoga kawan2 mendoakan agar SOT mencapai kejayaan utk percubaan pertama menyertai konvesyen KMK ni... Amin...

15 July 2009

Misi Oktober: Tema, Warna dan Pelamin

Salah satu perkara yg penting dalam merancang majlis perkahwinan ialah memilih design pelamin, tema majlis dan warna tema... walau ader sesetengah org, takut nak naik pelamin... tapi bagi SOT plak dh tak sabar nak naik pelamin.. ahak kemain aku...

Pertama skali tema majlis perlu difikirkan dulu...

Untuk majlis bertandang di rumah SOT, SOT dh memilih English Wedding sebagai tema perkahwinan... walaupun SOT ni takde ah 'cerah' sgt, tapi teringin plak nak wat english wedding ala kampung.. gitu... heheheh


Di melaka (umah cik tunang) dah memilih perkahwinan tradisional so aper salahnyer kat pahang wat ala2 moden...

Pastu kena plak pikir warna tema.. tahun ni tema kebanyakkan pengantin warna coklat... so kat melaka warna tema coklat muda vs cream... di Pahang plak, warna tema yg dipilih agak bercampur2.... keseluruhan majlis bertemakan pink putih... bilik pengantin, merah hitam dan putih,... manakala pelamin plak putih dan merah ros...

Senang cakap, tema utamanya warna PUTIH....

Banyak jugak pelamin yg dijenguk2.. cari idea... akhirnyer design kat bawah ni akan jadi inspirasi utk menjadi pelamin SOT di majlis bertandang nnt... cuma warnanya bertukar menjadi putih dengan bunga ros merah...Amacam OK tak?
.
.
.
.

14 July 2009

Kisah Lucu: Yang Di Atas...

Malam tadi aderlah terbaca satu entry kat blog sorang sahabat... dier ader kongsikan satu lawak.. so skrg SOT plak nak kongsi ngan korang semua..

Kisahnyer tentang Leman (sesuka hati bagi nama)... sekarang ni kan musim buah rambutan sedang lebat berbuah (kat pejabat ni hari2 ader org bawak rambutan)... Leman selalulah memanjat pokok rambutan mungkin dier nak bawak gi pejabat dier lah kot...

Satu hari, sewaktu sedang leka memetik rambutan, dari atas pokok, Leman ternampak sepasang kekasih sdang asyik bercengkerama dengan penuh bernafsu di bawah pokok rambutan tu (warning: dilarang membayangkan semua aksi 18SX yg terlibat)... meremang bulu roma Leman melihatnyer....

Setelah selesai bercengkerama, tiba2 si perempuan menangis..."huhuuhuhuuhu"

" Kenapa sayang menangis" si lelaki bertanya pelik...

"Klu I mengandung mcm mana?"... si perempuan tu pulak bertanya..

"Kiter serah saja pada yang di Atas" si lelaki menjawab...

Lantas Leman yang berada di atas pokok bersuara.. " Amboi, korang yang seronok2 kat bawah kenapa pulak aku yang kena bertanggungjawab... aku tengok jek, tak sentuh pon"....

heheheheheheeehhehe.....

16 budak hitam...

Tajuk tidak menggambarkan bahawa semua mereka yg diceritakan ini adalah bdak hitam...

Minggu ni merupakan minggu ke-2 pengajian bagi sesi julai 2009... para pelajar baru semester 1 dh mula masuk kelas minggu ni selepas seminggu menghadapi Minggu Suai Kenal...

Semalam, SOT telah menerima 16 org pelajar yg akan bernaung dibawah SOT... bernaung???

mereka semua ni akan menjadi pelajar2 angkat SOT atau bahasa biasa kat sini, anak PA...

SOT akan menjadi Penasihat Akademik mereka sepanjang pengajian mereka di sini....

Walau nama nyer Penasihat Akademik, tapi tugas ner jauh lebih besar dari itu... SOT akan menjadi bapak diorang kat POLISAS ni.. aper jek masalah SOT lah yg akan bertanggungjawab... berat jugak kerjenyer...

Apa2pon, SOT berbangga sebab dapat 16 org pelajar ni... diorang pon beruntung gak sbb dapat lecturer paling sempoi (cewaaahhhh)....

09 July 2009

Misi Oktober : Persiapan bermula...

Mungkin ramai yg telah tahu bahawa SOT dah bertunang pada bulan oktober tahun lalu...
Bagi yg baru jek berjinak2 menjenguk blog SOT ni mmg tak tau lah... klu nak tgk balik kemeriahan majlis pertunangan SOT tu, klik sini....

* dah hampir setahun pon kami bergelar tunangan...

Maka, bagi melunaskan janji pada majlis pertunangan tersebut, telah diputuskan bahawa, majlis perkahwinan akan berlangsung pada hujung bulan Oktober ni...

Banyak betul mende yg nak disettlekan.... byk jugak duit yang mengalir tanpa mampu disekat lagi... ohoi...

Majlis sekali seumur hidup ni mmg membuatkan SOT sgt teruja, pening kepala and tak keruan...

JAdi SOT mmg nak sgt berkongsi semua perasaan ni dengan member2... bagi yang dah kawin bleh ah bagi pandangan dan nasihat... bagi yg belum tu, bleh jugak dibuat rujukan...hahahahha

Maka, terhasillah edisi MISI OKTOBER ni...

Untuk edisi pertama ni, SOT nak kongsikan sedikit beberapa barangan yg OST dah beli utk majlis tu...

Kat bawah ni baju yg akan SOT akan pakai waktu majlis akad nikah nnt... di tempah khas di KL... kenapa KL..sbb murah... Baju melayu sepasang dengan siap sulam RM120 upahnyer... cukup murah kan....

* Takleh ah tunjuk sepasang, kena simpan sampai Okt ni....

Salah satu tempat yg paling penting... bilik tidur.. almaklumlah, kat kg SOT ni, dah jadi kelaziman, kaum2 ibu mmg suker sgt nak tgk bilik pengantin... tak sah klu gi kenduri tak tgk bilik pengantin... (sibuk jek kan nak tgk tempat tidur org, heheheheh)

Design utk bilik pengantin, SOT design sendiri, tema hitam, merah dan putih.... So, baru2 ni SOT ke KAmdar Kuantan beli ah semua kain2 yg perlu utk wat langsir... kat bawah ni ah gambar langsir yg telah dipilih... terbang jugak RM350 utk kain2 ni... kat bawah ni sebahagian sajok... yg lain2 malas plak nak snap...

*Agak oriental skit...

Selain tu, SOT pon dah beli beberapa item hantaran... utk hantaran, SOT akan bagi 9 dulang dan di balas dengan 11 dulang... pening jugak nak penuhi semua tu... Konsep nyer, SOT dan Cik Tunang akan beli barang dan masing2 tak tau lagi bentuk barang2 tu... kire nak surprise ah... so kat bawah ni beberapa item yg sempat SOT snap... yg lain2 nnt SOT snap lagi...

* Bungkus tu hya akan dibuka Oktober ini....

* Ini kasut, yg perlu disorok sehingga Okt ni....

Menarik utk isu akan datang, inspirasi pelamin dan sebahagian lagi barangan hantaran...

08 July 2009

Jom Intai2 Keter Baru SOT... skit2 dlu...

Setelah hampir 2 bulan menunggu (dengan sabar dan twaduk..kihkih)... akhirnya, pada 22 jun yg lalu, SOT dah menerima kereta milik SOT sendiri dari en. honda....

So, dengan ini, diperkenalkan MY New BABY... BABY CT...


* Ni pic yg pihak honda snap masa SOT gi amik Baby CT..


* No plate ni beli dengan harga RM350 tu pon lepas diskaun 100 hinggit...

Ramai gak yg tanya kenapa 8282.. 82 bersemperna tahun kelahiran cik tunang... dan no 28 merupakan no rumah SOT merangkap no tel umah SOT dan no kegemaran mama SOT....

Pada asalnyer nak amik 8228 malangnyer kombinasi 2 dan 8 yang ader cuma 8282, so rembat je ah.....

Kat bawah ni beberapa bahagian Baby CT yang cukup mengagumkan...huhuhu




Kat bawah ni rupa bentuk Baby CT di garaj kat umah mama SOT...

*Nice to see nice to hold, if u kiss consider u pay all...


* berkilat melampau... hehhehehe

Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan... org kata, rezeki anak2...hehehehehheh....

Menarik utk next episode... Baby CT in Action... tak menahan tajuk...

07 July 2009

Pendaftaran Pengajian Sesi Julai 2009 POLISAS

Seperti yang SOT dah janjikan semalam, hari ni SOT akan paparkan proses pendaftaran pelajar sesi Julai 2009 yang brlangsung sejak jam 8.00 pagi tadi bertempat di Dewan Besar POLISAS.

* Mak aih, panjang nyer barisan...

*Ni Kak Zura.. berlakon je ni... hahah...

*Apa lah yg dibualkan Abg Lan ngan Bakiss tu..

* Bersungguh2 (Lian n Herlina)

* Tukang panggil Nombor...

* Gambar ni sama jek macam pic sem lepas...

* tiga org lecturer letrik yg duk berlakon depan kamera...

* Sibuk... ni sampel pelajar POLISAS...

*Opocot... Kak Arni tokojut

*Malu pulak ... kak Siah n Mek na

* Sorang lagi sampel budak poli.. (hari ni kemas, esok belum tentu)
* marini.. member masa master dlu... baru kawin ni..

So, nilah serba sedikit, gambar2 sekitar hari pendaftaran pelajar POLISAS utk sesi Julai 2009... Selamat Belajar semuanyer....

06 July 2009

1st Day - Pelajar baru telah tiba (Sesi Julai 2009)

*mercu tanda polisas yg baru.. baru jek siap minggu lepas

Pagi2 hari ni, POLISAS dh dibanjiri dengan kereta yg dtg dari segenap pelusuk negara (kemain)...

"Selamat datang dan Tahniah kepada semua pelajar-pelajar baru"



Seperti yang telah SOT war2 kan sebelum ni, hari ni 6 July 2009 merupakan hari pendaftaran asrama bagi pelajar2 baru POLISAS... esok pulak hari pendaftaran akademik...

Apa yg berlainan skit utk pendaftaran kali ni ialah pengaruh H1N1... saringan H1N1 adalah wajib utk para pelajar.. yelah takut jugak SOT kena kuarantin plak nnt... hehehe



Gambar kat bawah ni menggambarkan suasana meriah keter2 yg diparkir kat padang ragbi POLISAS.... ni gambar yg diambil jam 8.00 pagi.. kejap lagi mau penuh satu padang ni...



Tgk jerit perih mak ayah menghantar anak ke POLISAS mengingatkan SOT pada kepayahan mama n abah SOT menghantar SOT ke Universiti dulu... tapi SOT dh balas pengorbanan mereka dengan membawa mereka ke dewan konvokesyen sebanyak 2 kali... (sekali untuk degree n sekali utk master)... alhamdulillah...

Pada para pelajar baru, SOT harapkan korang semua belajar ah bersungguh2... jgn hari pertama mendaftar jek alim macam ustaz... esok lusa dah jadi samseng kuantan plak...

Selamat Datang, TAhniah dan semoga berjaya.... Jumpa anda semua nnt...

Menarik esok...Sekitar Pendaftaran Pengajian Sesi Julai 2009 POLISAS... Tunggguuuuu....

02 July 2009

Lawak Laki Bini...

HAri ni SOT menghadiri Kursus Audio, Visual dan TV kendali En. Ari... Citer bab2 audio ni, En. Ari berkongsi satu joke.. pasal laki bini...

Citer nyer camni...

Sepasang suami isteri selalu bergaduh sbb suaminyer geram isterinyer tak pernah dengar kata2nyer...

Bagi menyelesaikan masalah ni, si suami mengajak si Isteri berjumpa doktor, katanyer si isteri mungkin bermasalah pendengaran (pekak badak ah agaknyer... tau2 jek badak tu pekak)....

Namun si isteri enggan.

Si suami ke klinik berjumpa doktor sendirian. Dier mengadu masalah isterinyer kepada doktor. Doktor minta si isteri dibawa ke klinik. Namun si isteri berdegil tak mahu.

Lalu si doktor memberi cadangan agar si suami membuat ujian pendengaran si isteri di rumah.

Setibanya di rumah, si suami memulakan ujian.

Buka saja pintu rumah dier memberi salam " assalamaualaikum, abg dah balik"... tiada respon dari si isteri. si suami mencatat, 50 kaki tidak dengar...

Dier melangkah seploh kaki kedepan "assalamualaikum..."... tidak berjawab.. ditulisnya 40kaki, masih belum mendengar...

kemudian 30 kaki, 20 kaki dan 10 kaki, masih jugak tidak berjawab...

Akhirnyer si suami pergi ke belakang isterinya lalu memberi salam sekali lagi...

Lantas si isteri menoleh lalu menjawab.. " Abg, saya dah jawab salam 5 kali tau tak... berapa kali abg nak bagi salam ni"....

Ops, ni saper yg ader masalah pendengaran ni...hahahahhahahah

Nak mintak tolong skit...

Kengkawan semua, belh tak nak mintak tolong skit..

U all tau tak mana2 tempat yg sesuai wat Kem Team Building...

Tolong ah bagi cadangan yek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...