29 October 2008

Menyarung Adat, Mengikat Kasih

Seperti yg telah SOT janjikan sebelum raya lalu, kali ini SOT akan mengungkap peristiwa bergambar, majlis pertunangan SOT dengan insan tercinta Nor Azita Abu Hanifah, 11 okt 2008 yg lalu.

Gambar ni waktu merisik dulu, sewaktu majlis merisik, kedua2 keluarga bersetuju untuk menjalankan majlis bertunang 11 okt 2008.

Kalau kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.. Tanggal 11 Okt 2008 maka SOT sekeluarga bersama rombongan seramai 30 org telah bertandang ke rumah insan tersayang bertempat di Taman Merdeka, BAtu Berendam Melaka.

Sebelum majlis dimulakan, tuan rumah menjemput kami utk menjamu selera.. Kami yg memang lapar, tak dapat lah nak menolak pelawaan tersebut... Amboi meriah jugalah siap ader khemah lagi....

Selepas perut terisi, baru senang nak berbincang.. Pihak lelaki diwakili PakLong Bakar (guru mengaji SOT) dan pihak perempuan diwakili oleh bapa saudara Azita... Siap berpantun lagi pihak perempuan, pon begitu kami pihak lelaki langsung tak berbalas 2 rangkap pantun yg dijual... ish3

Kalau sebelum ini, mama menyarungkan cincin merisik, kali ini mama menyarungkan cincin tunang, menandakan gadis ayu yang memakainya bakal menantu perempuan tunggal mama...(dua2 pon menggigil... sejuk air-cond katanya)

Ini sebahagian hantaran untuk majlis bertunang ni... SOT membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan... Tema pihak lelaki berwarna merah maroon dengan kotak kayu, manakala pihak perempuan tampil dengan tema puth gold dengan dulang buluh....

Akhirnya perhubungan yg berusia setahun setengah ini di'upgrade' kepada ikatan pertunangan...

Pasangan bersama ibu Azita...

Pasangan bersama keluarga SOT.. dari kiri: Jujie (adik bongsu), Mama, Azita, SOT, abah, dan Kak Ina (akak Sulung)..

Menjadi tunangan org memang suatu yg sgt menggembirakan... tapi ramai kawan2 berpesan, saat bertunang ini mempunyai seribu satu ranjau yg beronak duri...

Pon begitu, SOT dan tunang SOT akan bersama2 menjaga ikatan ini, dan berusaha mengharungi setiap halangan dan rintangan yg bakal menjelma...

Insya Allah dalam tahun 2009, kami bakal bergelar suami isteri....Nantikan saat2 itu...Amin.

2 comments:

fADzly (Wak Palik) said...

nak tunang ke nak kawin ni???

zul said...

dua dua pon bleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...