Alamak, lama plak bercuti. Blog pon dibiar sepi. Nak dapat penyakit bersawang lagi.
Salah satu channel kegemaran aku sekarang adalah Astro 391 KBS World. Dari Korea. Mungkin demam K-Pop dah jangkit akt aku kot. Tapi takdelah sampai kronik. Light2 sajok.
Kali ni aku nak kongsi ngan korang semua satu rancangan yang aku gemari kat channel tu. Hello Counselor.
*Ehsan Pakcik Google
Biasanya aku tonton pada hari Isnin jam 10 malam.
Rancangannya berbentuk bual bicara santai. Ada beberapa hos (pelawak semuanya) dan beberapa astis jemputan (aku tak kenal pon kadang-kadang tu).
Mereka akan membaca beberapa surat berkaitan masalah rakyat Korea yang terpilih. Then diorang interview penulis surat, cuba bagi nasihat dan penonton akan undi samada masalah yang diutarakan itu, serius atau picisan semata-mata. Sapa yang dapat undi tertinggi dapat hadiah.
Kenapa aku suka?
1. Semua masalah yang diutarakan ada yang serius dan ada yang pelik (macam tak leh nak percaya). Tapi masalah itu, dikendalikan dengan santai.
2. Hos yang lawak menjadikan perbincangan tidak bosan.
3. Aku dapat belajar kaedah menasihati seseorang dengan cara yang kreatif dan orang tersebut takdelah sentap.
4. Baru aku tau, orang Korea ni ada masalah yang pelik-pelik dan semuanya 'real problem'.
Contoh masalah:
1. Seorang anak dan bapa tidak bercakap dan melihat muka sesama sendiri lebih 4 tahun. Mak dier yang mengadu. Yang best nyer, penerbit rancangan ni bleh bawa kedua-dua anak dan ayah ke studio, dan masing-masing dapat meluahkan perasaan. Akhirnya si ayah minta maaf, but anak plak jual mahal. Drama giler beb. Siap nangis semua penonton. Tapi hos dapat handle masalah tu dengan baik even diorang tu bukan kaunselor betul-betul pon.
2. Suami yang tidak dapat menggunakan tandas kat umah sendiri. Isteri dier tak bagi guna sebab isteri dier kata dia tak tahan bau busuk najis suami dier. Masalahnyer anak-anak pon takleh guna toilet kat umah. Terpaksalah anak dan ayah ni malam-malam gi stesen minyak guna toilet. Sampai sudah si isteri ni tak nak berkompromi pasal toilet. Tapi si suami suka jugak akhirnyer sebab dier menang duit sebab dapat undi tertinggi. (melampau giler tak bagi suami guna toilet, macam ah umah tu dier yang bayar)
Macam-macamlah masalah lain, adik jadi hamba kepada abang selama 10 tahun, kawan tak tahan member dier jadi casanova (satu hari bleh dapat ngorat 3 pompuan), budak pompuan stress sebab kulit dier hitam dan macam-macam ah.
Walaupun rancangan ni santai sajer, tapi input dier sangat banyak. Sepatutnya rancangan ilmiah di Malaysia perlu mengikut konsep rancangan ini supaya dapat menarik minat remaja di samping mesej dapat diberikan.
Jom tengok TV.