05 January 2010

Misi 2010...


Assalamualaikum semua...

Emm, hari ni start Kursus Penyeliaan Projek Siri 1... Kursus ni berlangsung selama 3 hari ... great jugak sebab aku ni pon bukan pandai sgt menyelia projek pelajar...

Tp hari ni aku bukan nak cerita pasal kursus tu (lain kali ok), hari ni aku nak kongsi ngan korang serba sedikit GOAL aku utk tahun 2010 ni...

Aku tetapkan beberapa misi utk tahun ni:

Misi diri

1. Berusaha memperkukuhkan dan memantapkan ilmu agama dan ibadah.
2. Berusaha menambahkan nilai dalam personaliti dan kendiri.
3. Meneruskan misi menurunkan berat badan (target -10kg end of 2010).

Misi Keluarga

1. Menyediakan keperluan terbaik buat bayi yg bakal lahir (misi Ogos).
2. Menamatkan hidup sebagai PJJ husband.
3. Memastikan segala keperluan isteri tercinta dipenuhi.
4. Rutin sebagai anak dan menantu dipatuhi.

Misi Kerjaya

1. Menyiapkan 1 penerbitan (Modul E5164).
2. Menyediakan 1 kajian (kesediaan E-Learning).
3. Menyediakan dokumen KMK yg lebih kemas.
4. Mengelola sekurang2nya 6 aktiviti pelajar (Kelab Elektron & JPP).

Misi Pemilikan Aset

1. Kamera SLR Digital.

..........................................................

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, Bagaimana aku berdoa kepada-Mu sementara aku adalah aku, bagaimana aku putus asa dari-Mu sementara Engkau adalah Engkau.

Ya Allah, jika aku tidak memohon kepada-Mu yang kemudian memberi aku, kepada siapa lagi aku harus memohon yang kemudian memberi aku?

Ya Allah, jika aku tidak berdoa kepada-Mu yang kemudian mengijabkan doaku, kepada siapa lagi aku harus berdoa yang kemudian memperkenankan doaku?

Ya Allah, jika aku tidak merendahkan diri kepada-Mu yang kemudian menyayangi aku, kepada siapa lagi aku harus merendahkan diri yang kemudian menyayangi aku?

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah membelah lautan untuk Nabi Musa (as) dan Kau selamatkan ia, aku memohon kepada-Mu sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, selamatkan aku dari apa yang aku takutkan, dan bahagiakan aku dengan kebahagiaan yang segera dan tidak tertunda-tunda dengan kurnia dan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
Amin."
..........................................................................

Catatan SCHA: Segalanya untuk kita bersama...

4 comments:

Aujinz said...

bagus bagus...
aku pun minat yang misi milikkan aset tue..

sedang berusaha kearah itu...khohkhohkhoh...

aShaBuLz said...

aha...bagus2.

aku pun bulan ogos ada misi - bersedia jadi pakcik kepada anak ko..hehe.

weh dah beli DSLR nnt jgn tak bagi aku pinjam pulak...

applemintlady said...

misi yg las2 DSLR camera mmg sm..ngeh2..gd luck bro..
sblm tlupa,dh nk dpt bby ke??syukur alhmdllh..

syaf said...

misi diri kaw same ngan aku doe...seyes same...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...