07 September 2009

Akukah yg terlalu sensitif?

Makin hari berlalu makin aku tak yakin dengan setiap keputusan yang aku buat...
Betul ke apa yg sedang aku buat ni... kenapa terlalu byk halangan yang timbul...
Benarkah apa yg aku buat ini mendapat restu?

Makin aku fikir, makin berserabut otak ini...
Kenapa mereka seolah-olah tidak menyukai setiap pilihanku...
Kenapa setiap apa yg aku katakan, jawapan sinis yg aku terima...
Atau mmg mereka tidak menyukai pilihanku... jadi mengapa mereka tidak nyatakan secara jelas sahaja....

Atau aku yang terlalu sensitif...
dah tak boleh bezakan antara kenyataan atau gurauan...
Jauh di sudut hati ini merasakan mmg mereka maksudkan dengan apa yg mereka katakan...
Jika ia satu gurauan, agak kasar gurauan itu...
Kalau benar apa yang mereka mahu jauh tersasar dengan pilihanku, kenapa mereka tidak menyatakannya padaku sahaja...
Mengapa perlu kiasan...

Atau mmg benar aku yang terlalu sensitif...
terlalu memikirkan jauh dari realiti...
Benar kata orang, fikiran seumpama ini akan timbul biler berada dalam keadaan aku kini...
Mungkin juga ini semua mainan syaitan durjana...

Sesungguhnya aku kini dipersimpangan...
Jiwa aku menangis walau titik air mata tak mahu mengalir...
Aku tertekan...

Akukah yang terlalu sensitif...?

3 comments:

Anonymous said...

kadang2 bila kita too skeptical of ourself bagus..tapi kekadang when too overdid makan diri...anggap je la bila kita dah wat satu pilihan..kita kena tempuh...tak kira baik atau buruk coz setiap pilihan pasti ada kesannya..kita tak mampu nak puaskan sume kan..jadi kita hanya berserah dan berdoa segalanya dalam keadaan baik k

zul said...

ok..tq ary

xeea said...

lain orang, lain ragam

kuat
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...