10 March 2009

Surat tunjuk sebab.

Daripada: Zuhaimi Zul a.k.a SOT

Kepada: Para pembaca budiman

Tuan/Puan/Encik/Cik

Per: Tunjuk Sebab Pengabaian Blog

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Menyedari bahawa saya telah melakukan kesilapan kerana tidak mengendahkan blog saya (Suara Ombak Timur) selama lebih 2 minggu. Keadaan ini berlaku akibat beberapa sebab seperti di bawah:
  • Audit Dalaman ISO untuk P&P dan FRP
  • Penilaian P&P oleh Pegawai DH44
  • Pemantauan Perlaksanaan PSMTI
  • Penilaian Pensyarah oleh pelajar
  • Pemantauan Kelas
3. Disebabkan terlalu banyak prosedur dan pemantauan berkala yang perlu dijalankan, justeru, saya terpaksa mengabaikan blog ini untuk masa-masa tersebut. Pun begitu, saya berjanji akan lebih bertanggungjawab terhadap blog ini di masa-masa akan datang.

Saya memohon maaf di atas segala kesulitan di pihak tuan/puan/encik/cik. Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Zuhaimi Zul
Pemilik Blog.

*surat ini adalah cetakan komputer. Tiada tandatangan diperlukan.

5 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hakhakhak :D

farish izaryl @izreez said...

haha kemen nk surat rasmi!

Pojiepooh Abdullah said...

hiks ada jugak yer..
heheh!

zul said...

hehehehehek....

surat ni utk elak kena tindakan tatatertib

a said...

ek eleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...