23 November 2012

Part time job : Konvokesyen...?

Salam,

Wah rindunyer nak menulis dalam blog ni... (cess)

Ok, Hari ni nak citer skit tentang dua kerja yang aku buat (part time job) dalam bulan november ni.

Secara kebetulan, dua-dua job ni berkaitan konvokesyen.

1st, hari Graduasi Kanak-kanak Tabika KEMAS Dun Lepar. Berlangsung di Semuji Agro Resort.

Kerja aku, Pengerusi Majlis. Xtually tolong-tolong jerk. Tapi adalah habuannya jugak...heheheh

Sedikit sejarah aku dalam bidang pengacaraan majlis ni, aku ni mmg minat bidang pengucapan awam. Dari darjah 4 lagi aku dah wakil sekolah acara bercerita, pastu berpidato, berforum, berpantun dan paling aku suka berdebat. Sepanjang 7 tahun diuniversiti, dari ijazah sampau master, aku mmg aktif berdebat. Jadi bila dah suka sgt bercakap depan orang ramai ni, maka selalulah disuruh jadi pengacara majlis.

Masa kat U dulu, pernah jadi MC tetap MPP. Semua majlis aku jadi MC...heheheh... suara takde best pon, tapi boleh ahhhhh....

Jom layan gambar dulu.

Amaran: Kualiti gambar agak rendah (pakai HP paling 'canggih' diabad ini..teeetttt)

Ni gambar dari tempat aku berdiri... tengok ah teks,senarai nama dan aturcara majlis bersepah...

Konvo budak tadika, paham-paham jelah....

Paling mengharu birukan keadaan, tetiba dewan black out dekat setengah jam... seksa MC kena pakai hailer....teeeetttt

Best part, ada persembahan...nasyid, pantun, tarian, dan teater Ombak Rindu...heheheh

Satu lagi kerja part time aku, ada 'penyedia Caption' (aku reka jer nama jawatan ni, hahahah)  untuk produksi Indahku Studio... owner syarikat ni, rakan sekerja aku... dia pencen dan bukan syarikat ni...

Apa tugas 'Penyedia Caption'? Kalau korang tengok TV, pastu ada kuar nama orang, nama tempat dan sebagainya kat bawah video tu, itu ah keje aku...memastikan caption tu kuar tepat pada masanya.

Selalunya kalau waktu konvokesyen, kerja aku kuarkan nama graduan bila mereka terima sijil, diploma atau ijazah. Kerja aku termasuklah sediakan sistem, database, kad naik pentas dan lai-lain yang berkaitan. Bayarannya agak 'masyyyuuuukk'...

Jom layan gambar Konvokesyen Kolej Islam Pahang Sultan Hj Ahmad Shah. Ni kali kedua aku terlibat dengan konvo KIPSAS ni. 1st time, VVIP dier Sultan Pahang, kali ni YAB MB Pahang (patutnya sultan gak, tapi cancel last minute)...

Lokasi konvo di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC)

 Ni keadaan meja kerja aku.. betul-betul tepi pentas..

Buat kerja kena control abis, sebab betul-betul setentang dengan VVIP...

Ha, sebelah jer tempat MB berucap...


Seronok jugak sekali sekala wat kerja yang lain daripada kerja seharian. 

Oh yer, selalunya kalau konvokesyen POLISAS plak, aku bertugas sebagai Floor Manager dan Pengacara Majlis...nanti bila tiba Konvo POLISAS, bleh ah aku citer lebih2 yerk...


6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah... rezeki anak2 kan.
Kak Sam zmn sekolah dulu minat gak debate, tapi rasa2nya kalau skrg ni kena jadi pengacara.. mau ketaq gak kepala lutut dibuatnyaa.. nervousss.

::Misz sunsWeetz:: said...

ehm bro tu kalo silap kuar nama graduan mesti parah kan hehe=)

محمد رازيق said...

wah jadi mc bro. dulu penah jadi MPP ek?

4feet8 said...

mohon tunjuk ajar.. hehe..

zul said...

kak sam: ketaq lutut mula2 jer...pastu oklah...

misz: 2 lah yg paling ditakuti...mintak simpang...

raziq: tak pernah pon...kawan jerk ngan MPP

4feet8: apa yg nak ditunjuk?hehhehe

Anonymous said...

salam. sy nak tanya. mcm mana cranya untk apply jadi pengacara majlis? memang berminat dari dulug kat sekolah dan zman u dl selalu jugak jadi mc.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...