Assalamualaikum semua...
Adui, penat mengemas meja kerja hari ni. Buang semua kertas yang tak diguna lagi dalam tong recycle, update fail peribadi pelajar dan bersedia dengan rancangan mengaar semester ni.
Tapi still ada masa nak update blog ni. Sebelum aku citer pasal sumpah sesumpah ni, cuba korang baca ayat kat bawah ni.
Motif kan tetiba jek aku kata lawak antarabangsa kat atas ni sebagai sumpahan. Memang sumpahan.
Baiklah, mari kiter dengar ayat-ayat Kak Benah (bukan nama sebenar) and the geng yang biasa sangat kiter dengar:
Ayat Hanjing No 1 : "Uh, ko tengok ah Joyah, diorang tu baru-baru kawin bleh ah, pegang sana, pegang sini... tengok ah setahun dua lagi, for sure tangan bini pon malu nak pegang"
Ayat Hanjing No 2 : "Masa baru kahwin ni, semua pon manis... ko tengok ah setahun dua lagi, taulah langit tu tinggi ker rendah"
Ayat Hanjing No 3 : "Lelaki baru kahwin, pijak semut pon tak mati... dah lama esok, pijak gajah pon patah"
Ayat Hanjing No 4 : "Tak payah ah diorang tu nak tunjuk romatik-romatik, sok lusa bercerai ah tu"
Ayat Hanjing No 18 : "Diorang tu tak yah kawin pon takper, tak sesuai langsung...sure ah tak bahagia"
Xtually ayat kat atas ni aku reka jek. Tapi korang mesti perasan, banyak artikel yang memaparkan pasangan yang baru berkawin akan berubah perangainya bila dah lama kahwin. Aku sendiri tak pasti kebenarannya. Yelah aku pon baru jek kawin 8 bulan.
Tapi, pada pandangan aku, artikel serta kata-kata orang ini menjadi sumpahan atau satu stigma yang negatif. Terutama mereka-mereka yang fobia nak berkahwin. Malah, apabila kita asyik mengulang tayang perkara yang sama saban hari, orang yang tidak ada cenderung ke arah perkara-perkara negatif tersebut pasti akan tercenderung ke arah itu. Kenapa? Kerana ianya seolah-olah menjadi skema jawapan kepada pasangan yg dah lama kawin perlu jadi seperti yang diperkatakan.
Apa salahnya, ditulis berkaitan kebahagiaan sepanjang hayat. Cinta sampai mati. Toleransi dalam rumahtangga. Kan tak salah tu.
Ahli-ahli mesyuarat tingkap plak, daripada duk doakan keruntuhan rumahtangga orang, sampai rumahtangga sendiri duk kucar kacir, kan lebih baik didoakan semua keluarga mencapai kebahagiaan yang abadi sepanjang hayat. Kan dapat pahala tu.
Mak aih, teremosilah plak. Daaaa...
Catatan SCHA : Setiap hari adalah hari yang sangat membahagiakan bersamamu sayang...
6 comments:
ha'ah kan...
macam bese jer bende tue..
muahahhaha..
aah..betullah..statement @ keadaan mcm ini lah yang membuatkan org risau nak kahwin..hmmm
hahahaha...apapun biasa la tu mulut orang kan. hehe..yang penting ko jaga ja bini ko elok2...huhu. all the best bro!
huhu
setuju
bila dah orang asyik pikir jadik macam ni bila dah lama kawin
secara automatik diorang akan buat jugak
cuba jangan pk pasal benda ni
mesti kekal romantik hingga ke tua
pandai je aku. haha. kawen pun belum aku ni.hehe
aujinz: mmg bese pon
red:jangan takut, perkahwinan itu menyempurnakan iman seseorang tau...
ashabulz: insyaAllah akan dijaga dengan baik
en ilham: wah wah, romantik sampai tua ek, itu sudah semestinya...
ha'a.. kan..kalau diulang2 nt jd sumpahan org minyak plak kan...
Baik kita crita yg best2 je...contohnya mcm En. Zul yg memaparkan keromantikan hidup berumahtangga..mana tau ianya membuka minat org nk menamatkan zmn bujang ~ menangis syaitan bila anak adam itu menikah sbb tak dpt nak menjerumuskan pasangan itu ke arah penzinaan.
Post a Comment