17 June 2010

Siapa nak duit aku?

Assalamualaikum semua... lewat plak update blog hari ni...

Lepas jek abis kursus 'Research Methodology' terus bukak email box. Rasa macam bertuahnya baca semua email yang ada dalam email box aku tu.

Korang kenal tak saper
Mrs.Sarah Welsh ? Tak kenal ker? Lah korang duduk kat hulu banat mana ni ha... Puan Sarah ni, emmm, aku pon tak kenal....hahhahahahah...

Tapi yang peliknya dia kenal aku. Meh aku citer skit latar belakang Puan Sarah ni. Dia ni seorang janda kaya. Suami dier tinggalkan banyak harta kat dier. Lebih kurang 10.4 million dolar... kalau ditukar dalam RM lebih kurang RM38.5 juta. Mak aih, banyak kan harta dier.

Malangnya, dier ni sakit barah. Dah nak mamp*s. Jadi disebabkan takde waris, dier decide nak bagi semua duit dier tu kat aku. Kenapa aku? Katanya aku ni seorang yang sangat baik hati. Suka tolong orang.

Jadi dier bagi duit tu kat aku utk aku sedekah-sedekahkan pada janda-janda dan orang miskin. Katanya aku bleh amik separuh duit tu utk kegunaan peribadi. So, ada dalam RM19.3 juta untuk aku joli sakan.

Well, sebab duit tu banyak sangat, agak2 ader ke sesapa yg nak kongsi duit tu ngan aku. Kalau korang nak RM100K pon aku leh bagi.. Lagipon duit tu aku dapat free. Rezeki terpijak ni kan, bleh ah kongsi sama2.

Oklah, aku nak email kat peguam Puan Sarah ni, En. Mike Adam. Lepas email kat En. Mike ni, surelah duit tu masuk dalam akaun bank aku.

Merasalah aku jadi jutawan segera. Bleh ah benti keje lepas ni. lalalalalallalala.







** Cukup ah tu berangan. Ni email yang ke-108 dah, ader org separuh nyawa nak bagi duit kat aku. Oh lupa, suatu ketika dulu, Bill Gate pon nak bagi duit dier berjuta-juta kat aku. Well, malas ah nak duit free ni, takde feel..hahahahahhahaaha....


Catatan SCHA: Kalaulah Petronas nak bagi hadiah RM100K tu kat kita, emmm,...... Alhamdulillah.....

10 comments:

En iLham said...

haha
cayalah bro
aku pun dah beratus kali dapat email macam ni
xlarat nak delete dah
presiden veneuzela pun ade nak bg aku duit gak
haha

Tokabaut said...

Hahaha...kelakar2...ada jgk idea ko wat entri nih...
Tp yg aku pelik tu, aku rasa mcm penah dpt gak email dr Sarah nih...
Klu sume penerima email dia nk bg 10.4millior dollar, fuhhh....aku xdpt bayangkan la berapa byk suami dia yg dh mati...wakakaka...

Fitrihadi.com said...

email camtu baik delete je..tak pun layan ar buat release tension..bagi maki hamun ke..haha

fADzly (wAK) said...

haha..menimbun jgk aku dpt..mmg bodoh giler la email2 mcm ni..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

hahaha..... pelik je kan.. diorg ingat kita ni stupid sgt ke sampai tak boleh nak fikir pjg. Akak kalau time mood tak baik mmg akak reply je.. and tulis... "I am not that stupid!!!!!!!!!"... tu dah kira dah geram sgt la tu...sbb menyusahkan org je nak delete email2 yg beratus2.

aShaBuLz said...

aha...aku rasa ko punya kebaikan dah tersebar ke seluruh dunia. tu sbb ramai orang yang nak mamp*s datang nak jadikan ko waris. wawawa~

Said Saiful Fazli said...

hmm... bestnya kalu dpt..
tp xdpt2...
tumpang lalu yek..sng2 singgah lar..

Anonymous said...

aku nak duit la..aku perlu kan duit..bagi la skit duit..aku teringin sangt nk merasa jadi kaya..kaya kejap pn x pe la..

wankedah69 said...

aku nak duit.bg j brapa yang awak boleh bagi.saya mmang nak duit sgt2.bab nak kwin.email saya klau nak alamat untuk bagi cek. kedah_5311wan@yahoo.com.my

Anonymous said...

http://formulaluarbiasa.com/recommends/kayadanberjaya
try tengok cnie...mane tahu dpt duit macam puan sarah..hari=hari masuk duit....saya xmo kaya sorang..jom2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...