02 June 2010

Perlukah dijatuhkan hukuman bunuh?

Assalamualaikum semua....

Tetiba ader plak yg lemah jantung baca tajuk entry aku hari ni. Jangan panik, setakat ini belum ader lagi kaum kerabat kiter semua yang dihukum bunuh.

Aku nak citer pasal hukuman bunuh yang telah dijatuhkan kepada sebatang pohon tua. Pohon tua ni telah melakukan kesalahan di bawah akta Gangguan Kesejahteraan Orang Sekeliling dan Akta Hasil Dalam Negeri.

Gambar tertuduh sebelum dijatuhkan hukuman.

Bagi kesalahan pertama, Akta Gangguan Kesejahteraan Orang Sekeliling, pohon tua ni telah menjalarkan (betul ke ayat aku ni) dahannya ke bumbung rumah tuannya sehingga menimbulkan kerisauan dahan tersebut akan menghempap bumbung tersebut hingga runtuh. Daun-daunnya yg lebat merimbun juga telah mengakibat saluran air hujan sering tersumbat. Atas kesalahan itu, pohon tua dijatuhkan hukuman dahan-dahannya ditetak hingga putus.

Kesalahan kedua di bawah Akta Hasil Dalam Negeri, pohon tua ini didapati bersalah kerana tidak menghasilkan buah yang banyak. Harap bunga jek bertambun-tambun, tapi buah aderlah seketuk dua. Maka tanpa belas, hukuman tebang sampai tumbang dikenakan kepada tertuduh.

Keadaan tertuduh setelah dijatuhkan hukuman.

Rayuan tertuduh telah ditolak.

Tertuduh cuba memberi rasuah, namun tidak dilayan oleh pihak berkuasa.

Catatan SCHA: Jangan risau sayang, ader 6 pokok durian lagi utk kita lahap sama2 nanti yek...

11 comments:

ardinihumaira said...

fuhhh nampak durian di situ.. lama tak makan duyan..

DOWNLOAD NASYEED PALESTINA TERCINTA

Miss Nurul said...

pokok dibunuh?? huhu

syaf said...

bongok bongok bongok...aku ketawe x henti2 kat opis nih..sume org pandang aku...aku x bley blah part rasuah buah durian tuh...lawak giler kalu dibace,....hahahahah

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

hahhaa...kesian pokok 2....habis madu sepah dibuang

zul said...

ardinihumaira: tak lama lagi dah musim duyan..makan ah sampai muntah...hehhehe

nurul: kenapa, tak percaya ker?

syaf: ko ingat jgn rasuah guna buah duyan, sure tak jalan...hahahha

mapie: mana ader madu, buah doyan ader ah...

Anonymous said...

hahah..comel je..:D cian kena hukuman pancung..isk3

Miss Mirror a.k.a Sam said...

adakah wanita juga begitu? Jika "kilang" tak produktif akan dibuang Zul? ke bukak "kilang" baru?

zul said...

red: mmg comel..hahha

MM: tak taulah kak, tak berani nak komen...huhuh

ftrhd said...

sebiji je durian...cam tak berbaloi dihukum bunuh hehehe :p

BULLET said...

Catatan SCHA: Jangan risau sayang, ader 6 pokok durian lagi utk kita lahap sama2 nanti yek...

nak tengok byk mane korang leh makan...korang makan shushi boleh la...wakakakakaka

zul said...

en bullet, klu stakat udang n sotong pon tak leh makan, emmm, baik duk kat marikh jek... lalalalallala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...