27 March 2009

Seminar Gangguan Seksual di tempat kerja..


"Ko mangsa gangguan seksual... so ko kena gi seminar gangguan seksual"..


Kata2 gurauan yg cukup popular hari ni di pejabat...


Memang benar SOT perlu ke seminar tersebut atas arahan bos.. tapi bukan sebab SOT terlibat dengan gangguan seksual di tempat kerja...


Bagus jugak seminar ni, but pengurusan yg kurang teratur menjadikan seminar tersebut agak kelam kabut...


SOT hanya menghadiri 3 sesi, lagi 2 sesi tak dapek nak celik mata lagi... lepak pejabat lagi baik...


Apa2 pon, gangguan seksual di tempat kerja dianggap remeh oleh sesetengah org... selalunya kita tidak sedar perlakuan kita boleh menjurus kepada gangguan seksual pada orang lain..


Perbuatan, percakapan, gurauan, pandangan dan sentuhan semuanya boleh menjadi gangguan seksual sekiranya mangsa rasa terganggu dengan perbuatan tersebut... tapi kalau mangsa suka dengan prbuatan itu, ia bukanlah satu gangguan seksual...


Di pejabat, SOT sering jugak begurau nakal dengan staf2... risau jugak klu mereka rasa terganggu... so selepas ni kenalh jaga2 skit... yang rapat dengan SOT jek yg bleh gurau2 nakal ni, yg kureng rapat tu, kenalah berlapik skit...


Kawan2 pon, jagalah perlakuan, takut2 nanti tak pasal2 meringkuk dalam penjara, buntut merasa kena rotan dan tak pasal2 dut melayang kena bayar denda...

26 March 2009

Keluar dan Masuk...


Penat skit pagi ni... datang pej awal (7.30am)... nak print tugasan utk pelajar...


Pastu terkocoh2 men'fotostat' tugasan tu.. (tulah, wat keje last minit lagi..)


Masuk kelas, topik baru (alat daftar) ...


Maka keluarlah konsep mcm kat bawah ni...


"Masuk lambat keluar lambat"

"Masuk cepat keluar lambat"

"Masuk lambat keluar cepat"

"Masuk-masuk terus keluar"


Pastu bebudak ni duk gelak2...


Apa kata u all teka apa yg bebudak ni pk2 kan....

18 March 2009

Satu Masa Dahulu: Aku Pendebat

Biler terbaca entry Husaini berkaitan pasukan debat pelajar2nya yg telah berjaya menjuarai pertandingan debat peringkat daerah, SOT teringat suatu ketika dahulu, SOt juga pernah bergelumang dengan arena debat.


Klu diikutkan, SOT dah terlibat dengan arena pengucapan awam ni sejak darjah 4 lagi... mcm2 pertandingan yg SOT dah join... bercerita, pidato, forum dan debat semua SOT dah rasa rencahnya...


Namun debat peringkat IPT paling diingati... Yelah, hampir 6 tahun SOT terlibat dalam dunia debat IPT ni... daripada pendebat muda, kemudian jadi pasukan utama, ketua pasukan, presiden sekretariat, jurulatih universiti dan hakim debat diraja....


Indah sungguh klu dikenang....














Kini, semuanya telah berlalu... Pon begitu demi cintakan debat, SOT sedang berusaha untuk membudayakan debat ala parlimen di Politeknik... InsyaAllah...
Rindu tul kat adik2 SOT, Xeaa n Fatin... kawan2 lama, Sha, Fendi, Hannan, Firdaus, Kak Zurin, Shida, Fadil, Hairi, Afrodi, Dr, Kak Akma, dan lain-lain...

17 March 2009

Insomnia...

Golek ke kiri....... silang kaki pada bantal.... letak tangan atas dahi....
Golek ke kanan...... kangkang kaki.... tangan peluk 'baby pink'...
Terlentang.... mata pandang kipas..... mulut buat2 menguap....
Meniarap... ops, bahaya tidur meniarap....
Huhuhuhuhu.... jam dah 3 am, SOT still takleh tido....
Kesannyer, pagi tadi pegi keje dalam keadaan pening, mual dan separuh lena....
Kawan2, ader petua tak, nak settle masalah ni???? Kenapa aku susah nak tido...

Demam ROBOCON 2009 bermula


Satu projek yg sedang giat berjalan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Polisas skrg ni adalah penyediaan robot-robot yang akan dipertandingkan dalam ROBOCON 2009...

Pertandingan peringkat Malaysia akan berlangsung sekitar Mei 2009 dan peringkat antarabangsa pada Sept 2009 di Tokyo...


SOT lebih menjurus kepada kerja2 dokumentasi, promosi dan hebahan. Nak tolong wat robot, SOT takde ah pandai sgt. Tolong bagi pendapat skit2 bleh ah. Lebih kurang 12 org pelajar dan 4 org pensyarah terlibat secara aktif utk projek ni. Pensyarah2 lain pon ader juga menyumbang sedikit sebanyak tenaga dalam projek ni...

Isnin depan, 23 March 2009, SOT akan ke Sirim Bukit Jalil utk sesi taklimat Teknikal bagi ROBOCON 2009...


Ni ah gambaran asas, 3 robot yang sedang diusahakan (2 robot automatik dan 1 robot kawalan manual)

Sambil2 duk tulis entry ni, SOT duk selak2 UTUSAN. Tertarik dengan satu artikel.. "Robot jadi model fesyen"....


Terfikir jugak, di Polisas ni kami nak wat 3 robot yg biasa2 jek pon dah pening kepala hotak, tapi di Jepun, robot dah jadi model fesyen pon...

Tak lama lagi jgn plak korang semua terkejut, ader robot menang America Next Top Model... matilah Tyra kena tembak klu robot mcm kat atas nu kalah.... ops..

16 March 2009

Kini berjawatan tetap...

Seronok tak terkira biler dapat satu surat yg dinanti2kan dari KPT...

Surat lantikan tetap...

Jika dulu SOT berjawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 Sementara... kini SOT telah bergelar Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41.. hilang sudah perkataan 'sementara'... Alhamdulillah...

Yang lebih menggembirakan lagi, jika dulu SOT menggunakan gaji pada matrik P1T5 kini SOT sudah layak menerima tangga gaji baru, P1T8... lebih ah skit rezeki utk anak2 (huk huk)....

Semoga dilimpahkan lagi rezeki yg halal daripada-NYA...Amin.

13 March 2009

Khabar angin dan kenyataan...


Kalau kawan2 semua ada menonton Buletin Utama semalam (12/3), berita terakhir berkaitan "berpantang maut sebelum ajal"


Berita berkaitan kemalangan jalanraya melibatkan Van yg membawa pelajar POLISAS...


Petang semalam, area jam 2.00pm, SOT masuk kerja seperti biasa... Tetiba seorg sahabat SOT beritahu ader kemalangan di Jalan Semambu melibatkan pelajar2 POLISAS...


Emm, Terkejut gak mendengarnyer... lebih mengejutkan, bila sewaktu mengendalikan makmal kejuruteraan, sahabat SOT beritahu, yg kemalangan tu meragut 4 nyawa pelajar...


Khabaran tu begitu cepat merabak... mcm2 ah komen kedengaran...


Seketika kemudian SOT ke Pejabat Pentadbiran utk urusan kerja... utk kepastian, SOT bertanya ah diorang pasal kemalangan tu... "betul ke 4 org student meninggal" .... "Apa? ader yg meninggal?"... tetiba org2 kat admin plak kaget dan separuh histeria (heheheh)...


" Setahu kitorang pemandu jek tersepit n patah kaki, dalam van tu ader sorang jek student".....


Bila SOT sampai ke pejabat SOT plak, ader plak perkhabaran yg meyatakan 4 org student tu tak meninggal, diorang just pengsan jek... PULAK...


Begitulah khabar2 angin yg bertiup kencang dlm pejabat SOT semalam... Sehinggalah Buletin Utama melaporkan bahawa kemalangan tu mengakibatkan seorang pemandu tersepit dan patah kakinya... pelajar yg terlibat hya seorang...


ISH3...... berangin perut aku dengar mcm2 kabar angin...hehehhehe

11 March 2009

Isu: PPSMI




Isu yang agak panas sekarang, PPSMI... P&P Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris.. Mungkin ader pembaca blog ini merasakan isu ini agak lapuk utk diperkatakan, namun sbg pendidik SOT perlu menyatakan pendapat SOT..




Di politeknik kini, PPSMTI (P&P sains, matematik dan teknikal dalam bahasa inggeris) sedang dipraktikkan utk pelajar2... Ini amat bersesuaian dengan taraf politeknik sbg IPT di Malaysia...




SOT merasakan PPSMI wajar diteruskan demi masa depan anak bangsa yg lebih gemilang...




Memang benar, PPSMI melanggar Akta Pelajaran dan Laporan Razak yg menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahsa pengantar di sekolah... Pon begitu, tekanan semasa mengkehendaki kiter melakukan anjakan paradigma...




Sebenarnya, penggunaan bahasa inggeris utk sains dan matematik tidak akan merosakkan bahasa melayu jika kiter menyeimbangkan keduanya... disamping menerapkan bahasa inggeris dalam subjek2 tersebut, pembudayaan bahasa melayu perlu dipergiat. Dengan keseimbangan ini, tidak akan wujud persoalan bahasa melayu akan pupus.




Badan2 pejuang bahasa melayu seperti GAPENA wajar mempergiatkan lagi usaha... jgn hanya pandai bercakap dan membantah, tapi usaha yg sepatutnya mereka lakukan tidak diendah.




Rakyat Malaysia perlu mengakui hakikat bahawa kiter ini negara membangun... kiter masih bergantung kepada ilmu dan teknologi luar. Mahu tidak mahu kiter perlu menguasai bahasa ilmu itu, barulah kiter boleh maju... Contoh, di Jepun satu ketika dahulu, sewaktu Toyota mula2 memasuki industri automotif, beliau belajar dari Ford... perlu berbahasa inggeris... tidak pula dier ego tak nak belajar bahasa lain... namun kini, biler mereka sudah maju, mereka ada teknologi sendiri, barulah mereka abaikan aspek bahasa lain.. namun bahasa inggeris masih di ajar di sekolah2 jepun...




Kiter jgn terlalu bongkak dan berfikiran cetek... hya kerana kiter takut dengan bayang2 kiter sendiri, masa depan anak2 diabaikan... jika kiter rasa hidup kiter hari cukup mencabar, masa depan anak2 kiter pasti lebih mencabar...




Kenapa perlu bermula di peringkat sekolah rendah lagi?...




Jawapannyer mudah, di sekolah rendah kanak2 masih mentah, mereka mudah dididik... kalau dah peringkat IPT baru nak merangkak, maka masalah besarlah... contoh terdekat, pelajar2 SOT... perlaksanaan PPSMTI tidak dapat dibuat secara menyeluruh... ini kerana diorang mmg tak faham bahasa inggeris... sedangkan diajar dalam bahasa melayu pon diorang 'blur'... inikan plak bahasa inggeris... Jadi pendedahan di peringkat sekolah rendah adalah wajar...




Akhirnyer, SOT menyeru semua pihak agak memikirkan isu ini secara rasional.. kerajaan telah berbelanja berjuta2 ringgit utk menyediakan prasarana yg baik utk melaksanakan PPSMI.. jgnlah kiter bazirkan wang rakyat utk kembali ke P&P dalam bahasa melayu pula...




Hya kerana sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris, SOT rasa bahasa melayu belum sampai tahap akan pupus... percayalah..




SOT: tak payahlah wat demonstrasi jalanan, buang masa, wang dan mengancam kesejahteraan negara... musyawarah kat lebih baik....

10 March 2009

Surat tunjuk sebab.

Daripada: Zuhaimi Zul a.k.a SOT

Kepada: Para pembaca budiman

Tuan/Puan/Encik/Cik

Per: Tunjuk Sebab Pengabaian Blog

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Menyedari bahawa saya telah melakukan kesilapan kerana tidak mengendahkan blog saya (Suara Ombak Timur) selama lebih 2 minggu. Keadaan ini berlaku akibat beberapa sebab seperti di bawah:
  • Audit Dalaman ISO untuk P&P dan FRP
  • Penilaian P&P oleh Pegawai DH44
  • Pemantauan Perlaksanaan PSMTI
  • Penilaian Pensyarah oleh pelajar
  • Pemantauan Kelas
3. Disebabkan terlalu banyak prosedur dan pemantauan berkala yang perlu dijalankan, justeru, saya terpaksa mengabaikan blog ini untuk masa-masa tersebut. Pun begitu, saya berjanji akan lebih bertanggungjawab terhadap blog ini di masa-masa akan datang.

Saya memohon maaf di atas segala kesulitan di pihak tuan/puan/encik/cik. Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Zuhaimi Zul
Pemilik Blog.

*surat ini adalah cetakan komputer. Tiada tandatangan diperlukan.

02 March 2009

Aku pulang......

Macam lirik lagu plak tajuk entry ni...

Diumumkan, keberangkatan pulang, pemilik blog yg sudah semak samun ini....

Emmm...senang rasanyer dapat kembali mengaktifkan blog...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...