Dalam sebuah kelas, seorang pelajar mengajukan suatu persoalan kepada gurunya
Pelajar: Cikgu, apakah yg di maksudkan dengan cinta?
Guru: Kamu berjalanlah ke pandang gandum yg luas itu, tanpa boleh berundur. Dapatkan sebatang ranting kayu yang kamu rasakan ia cukup menakjubkan. Sekiranya berjumpa, maka kamu telah menemui cinta.
Maka berjalanlah pelajar itu mencari ranting kayu yang cukup menakjubkan. Namun beliau pulang dengan tangak kosong.
Guru: Mengapa kamu tidak membawa pulang sebatang ranting pon?
Pelajar: Seawal perjalanan saya telah menemui sebatang ranting yang cukup menakjubkan. Tetapi saya tidak mengambilnya kerana bimbang akan bertemu yg lebih menakjubkan di depan sana. Namun saya tidak menemui sebatang ranting pon selepas itu.
Guru: Maka itulah cinta.
Keesokkannya.
Pelajar: Cikgu, apakah maksudnya perkahwinan?
Guru: Kamu berjalanlah dalam hutan yang subur itu. Jgn berundur. Apabila kamu bertemu pokok yg cukup baik, subur, tinggi dan menakjubkan, tebanglah ia.
Pelajar itu mengikut arahan gurunya, kemuadian dia pulang membawa sebatang pokok yg tidaklah menarik, tidak jga tinggi dan tidaklah terlalu subur.
Guru: Kenapa kamu potong pokok seperti ini?
Pelajar: Berdasarkan pengalaman lalu, apabila bertemu pokok ini dipertengahan jalan, saya terus memotongnya utk dibawa pulang. Saya tidak mahu pulang dengan tgn kosong. Pada pandangan saya pokok ini sgt sempurna utk saya. Saya hanya mahu memilikinya dan tidak mahu kehilangannya.
Guru: Maka itulah perkahwinan.
Moral : Usahlah terlalu memilih cinta, bimbang anda akan terlepas, dan jgn terlalu memilih jodoh, terimalah ia seadanya. Tiada manusia yg sempurna. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya
1 comment:
ermmm.. mane ko dpt arikel ni.. share le ngan aku.. hihihi betul + logik laa
Post a Comment