26 September 2008

Menanti Siakap Stim

Hari ini, dengan ceria sekali, SOT, jemang, pian, asma, masturina, sara, dan noni bersama2 berbuka di sebuah restoran yg menjadi sebutan ramai.

Restoran Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur.. macam tu ah gahnya namanya...

Dalam jam 5 ptg, SOT call buat booking utk berbuka di sana..menu yg ditempah..

1. Ikan kerapu sweetsour..
2. Ikan siakap stim
3. Sotong goreng tepung
4. Tomyam
5. Jus tembikai...

Sekitar jam 6.00 pm kami bertolak ke tempat kejadian...

Ralat 1
"Saya Zuhaimi, saya dah buat tempahan, so apa no meja saya?"
"Eh, kan dah bagi no masa booking" nada pelayan yg agak kurang menyenangkan.
" Sorry yek, tak de pon bagi no meja..tadi cakap datang then korang bagi no meja"
- sangat menjengkelkan-

Ralat 2
Seorang pelayan membawa sotong goreng tepung.. OPS, sotong yang dihidangkan tersengaja di tumpahkan ke meja...Lebih malang dier biar jek sotong tu bersepah di atas meja tanpa di'clear'kan atau diganti semula...
-sungguh2 menjengkelkan-

Ralat 3
Air tembikai yg dihidangkan hya satu jug kecil, sedangkan kami tempah utk 7 org.. setelah dituang ke dalam gelas (separuh jek) masih tak cukup... ish3..tempah yg baru, lambat plak sampai...ish3...
-terlalu menjengkelkan-

Ralat 4
Ikan siakap stim tidak muncul2 sehingga setitisan makanan terakhir...
"dik ikan siakap stim belum sampai ni"
"Kejap bang ek"
Emm..akhirnya kami pulang tanpa mencubit seinci pon ikan siakap yg tak sampai2...
-menjengkelkan dan ta dapek nak dimaafkan-

Akhirnya dengan segala ralat2 yang berlaku, pihak restoran memotong RM38 dari jumlah bil... namun jumlah bil RM 100..tetap meletz...

Bintang: tak layak mendapat even taik bintang pon...

5 comments:

XEEA said...

eishhh

aku pulak yang beremosi belebih-lebihan bila baca entri ko nih.
macam nih la org melayu kalau bisnes. macm mana nak maju.

p/s : komen yang menjengkelkan.

zuhaimi zul said...

tulah pasal... masalahnya, biler maju skit mulalah wat pelanggan mcm pemintak sedekah...kiter plak terpaksa merayu utk makan kat kedai dier..padahal kiter yg bayar...poyo...

Marini said...

tu la pasal...aku kan gi sama hari dgn ko kan... punye la hangin... dah nak abis makan...air baru sampai... kesimpulannya kalo kedai tu bagus mcmana pun kalo customer dah ramai sgt...x terlayana dia... tp kalo dah tau ramai org, pasang la pekerja ramai skit kan..ni x...ish2...

AnaIkanBakar said...

maaf atas segala kesulitan

揚州炒飯Penny said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...