09 September 2008

Debaran Audit Dalaman Ke arah MS ISO 9001:2000

8.00am - Melangkah ke kelas E1003 dengan agak kurang bermaya (sbb tak bangun sahur)... Berdepan plak ngan student yg baru terkial2 nak siapkan report.. aku dah warning pagi ni diorang mesti hantar 5 report yg tak siap2 dah berminggu2.

10.00am - melangkah ke bilik KJ nak antar kunci makmal.."kak Yana, dah ader ke senarai nama lecturer yg akan di'audit'?" tya ku dengan penuh selamba. "Belum" kak Yana menjawab lagi selamba...hehheh...

10.02am - "Zul, ko kena audit"... Noni menegur di pertengahan tgga dengan nada separuh mengejek." Zuhaimi awak termasuk dalam senarai utk audit dalaman" kenyataan KAk Arni meneguhkan lagi hakikat...

10.05am - bergegas ke bilik KJ semula.. membuat semakan terakhir FRP... alhamdulillah..rasanyer semua dah lengkap.

10.10am - kembali ke bilik pensyarah...merisik khabar pada pensyarah lain proses audit dalaman ni..

"alah rilek ah biasa jek"
"emmm, ikut nasib gak dier nak tya aper"

10.20am - melupakan audit, bekerja mengeluarkan surat amaran pelajar sambil berYM ngan Cooi..."Eh eh...PB mana bleh tulis ngan pensil"... ha? alamak, masalah ni.

11.00 am - bergegas ke bilik KJ print semula borang PB, salin semula markah student... sambil menanda kertas ujian yg dah seminggu atas meja tak bertanda.. manalah tau auditor tanya plak nnt... "macam2 soalan dier bleh tya..klu barang rosak, nak isi borang aper?" soalan En Khamsan menimbulkan resah...tulah dulu org suruh study manual ISO buat tak tau jek...

1.15pm - menyeludup masuk ke bilik audit dan menggantikan borang PB dengan yg baru.

1.30pm - tiba di kuarters, amboi sedapnyer jemang tido..sambil duk tgk buletin 1.30, tangan dan otak sibuk menulis dan menghafal misi dan visi POLISAS..mana ah tau kot2 dier tya.

2.30pm - masuk kerje semula.. cuba bertenang n check ah email aper yg patut...

3.00pm - ke bilik audit, ops auditor tak datang lagi...

3.05pm - auditor masuk ke bilik audit..aku bagi salam n dijemput duduk..

"mana tarikh 27/8?.....ooo kat sini"
"ni footer PB awak salah ni"
"E2003A, mana tarikh laksana, walau Assist jek kena tulis"
"ok baiki PB n isi tarikh laksana E2003A"

3.15pm - bergegas ke meja baiki PB then lari turun ke bilik KJ print out...salin balik markah... check FRP lecturer main E2003A..masukkan tarikh.

3.45pm - ke bilik audit..mak aih diorang dah balik..penat jek aku buat...

4.00pm - tamat lah segala debaran....ish3

moral: ISO - Ini Susahkan Orang...hehheheh

2 comments:

Marini said...

akupun lega giler lepas kena audit... x de la apa sgt pun.. sume yg dia tanya aku ada bukti..hihihi... sibuk lak auditor tu nak tgk surat panggil kursus...

zuhaimi zul said...

bagus...bagus...bagus

betul...betul...betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...