20 September 2008
Adat Nenek Moyang: Meminang dan Bertunang
Selepas proses merisik, kini tiba pula proses meminang dan bertunang. Masyarakat kini lebih selesa menjalankan proses meminang dan bertunang sekaligus. Ada juga yg bertunang pada hari diijabkabul.
Pun begitu adat melayu sebenarnya membezakan proses meminang dan bertunang.
Selepas sahaja calon dipersetujui melalui adat merisik, wakil pihak lelaki yg biasanya dianggotai warga tua keluarga tersebut ke rumah calon penganti wanita utk meminang anak gadis tersebut.
Keluarga pihak perempuan akan diberi tempoh bertangguh utk memikirkan sama ada ingin menerima atau menolak perminangan tersebut. Adat ini menunjukkan sifat berhati2 kaum melayu dalam milih calon menantu.
Biasanya tempoh bertangguh tidak lebih dari seminggu. Sekiranya pihak perempuan bersetuju mereka akan ke rumah pihak lelaki menyatakan persetujuan.
Setelah itu barulah diadakan adat bertunang. Adat bertunang hanya dijalankan sekiranya tempoh majlis ijabkabul yg masih panjang. Adat ini sebagai tanda anak gadis tersebut sudah menjadi tunangan org.
Keluarga pihak lelaki akan datang membawa hantaran yg biasanya berjumlah ganjil dan akan di balas oleh pihak perempuan lebih sedikit jumlahnya. Tanda pertunangan biasanya cincin berbatu permata.
Sekiranya dalam tempoh bertunang, pihak lelaki memutuskan pertunangan, maka pihak lelaki tidak berhak meminta kembali barangan hantaran, namun jika pihak perempuan memutuskan pertunagan tanpa sebab, pihak perempuan perlu menggantikan barangan hantaran pihak lelaki sekali ganda.
SOT: semoga majlis pertunangan SOT akan berjalan lancar.
Baca artikel penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment