11 December 2008

Final Exam...

Jangan terkejut, bukan SOT yg amik final exam...

Pensyarah vs pelajar
Sepanjang minggu lepas, minggu ini dan minggu depan, POLISAS dilanda demam final exam... Pelajar berhempas pulas menjawab, pensyarah pulak berhempas pulas menyediakan markah dan kusut kepala memikirkan result yg bakal diperolehi oleh pelajar2 tersayang....

Ader di antara rakan sejawat SOT mengeluh... " Kiter sibuk risaukan pelajar2, tapi diorang rilek jek... suruh study, diorang buat dekkk jek"

"Aku sibuk2 buat tutorial, kelas ulangkaji, top up markah bebudak.. tapi bebudak ni, dah ah tak datang kelas, pastu tak risau langsung"

Kesimpulannya, pensyarah yg demam tak kebah menjelang final exam... Student plak, bleh jek rilek2 main futsal... Tapi takleh nak mengeluh, dah memang tugas seorang pendidik, byk mende yg perlu dikorbankan demi kaih sayang pada pelajar....


Pengawas Peperiksaan
Salah satu tgas para pensyarah adalah menjadi pengawas peperiksaan... SOT tidak terkecuali...

Kalau diikut kepada jadual bertugas, SOT hanya bertugas utk 3 sesi sahaja. Pon begitu, SOT bertugas 4 sesi memandangkan ader member2 yg perlu diganti disebabkan diorang terlibat dengan kursus dan ader jugak yg masih bercuti...

Bertugas sebagai pengawas ni takdelah berat pon... bagi kertas soalan n jawapan then ronda2 cari toyol...hehehhe...

Tapi duduk memerhati dalam suasana sunyi hampir 2 ke 3 jam, memang membosankan... Kekadang best jugak kalau dapat tengok bebudak yg dok perhati kiter sebab nak cari peluang meniru... (takyahlah, aku dah masak dengan teknik2 meniru tahap gaban ni)....

Apa-apapon, Selamat BErjaya kepada semua pelajar2 POLISAS terutama SKE2D n SKE1B sesi Julai 2008...

1 comment:

Anonymous said...

biarlah diorang..
phtu bg markah yang setimpal..
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...