27 March 2009

Seminar Gangguan Seksual di tempat kerja..


"Ko mangsa gangguan seksual... so ko kena gi seminar gangguan seksual"..


Kata2 gurauan yg cukup popular hari ni di pejabat...


Memang benar SOT perlu ke seminar tersebut atas arahan bos.. tapi bukan sebab SOT terlibat dengan gangguan seksual di tempat kerja...


Bagus jugak seminar ni, but pengurusan yg kurang teratur menjadikan seminar tersebut agak kelam kabut...


SOT hanya menghadiri 3 sesi, lagi 2 sesi tak dapek nak celik mata lagi... lepak pejabat lagi baik...


Apa2 pon, gangguan seksual di tempat kerja dianggap remeh oleh sesetengah org... selalunya kita tidak sedar perlakuan kita boleh menjurus kepada gangguan seksual pada orang lain..


Perbuatan, percakapan, gurauan, pandangan dan sentuhan semuanya boleh menjadi gangguan seksual sekiranya mangsa rasa terganggu dengan perbuatan tersebut... tapi kalau mangsa suka dengan prbuatan itu, ia bukanlah satu gangguan seksual...


Di pejabat, SOT sering jugak begurau nakal dengan staf2... risau jugak klu mereka rasa terganggu... so selepas ni kenalh jaga2 skit... yang rapat dengan SOT jek yg bleh gurau2 nakal ni, yg kureng rapat tu, kenalah berlapik skit...


Kawan2 pon, jagalah perlakuan, takut2 nanti tak pasal2 meringkuk dalam penjara, buntut merasa kena rotan dan tak pasal2 dut melayang kena bayar denda...

26 March 2009

Keluar dan Masuk...


Penat skit pagi ni... datang pej awal (7.30am)... nak print tugasan utk pelajar...


Pastu terkocoh2 men'fotostat' tugasan tu.. (tulah, wat keje last minit lagi..)


Masuk kelas, topik baru (alat daftar) ...


Maka keluarlah konsep mcm kat bawah ni...


"Masuk lambat keluar lambat"

"Masuk cepat keluar lambat"

"Masuk lambat keluar cepat"

"Masuk-masuk terus keluar"


Pastu bebudak ni duk gelak2...


Apa kata u all teka apa yg bebudak ni pk2 kan....

18 March 2009

Satu Masa Dahulu: Aku Pendebat

Biler terbaca entry Husaini berkaitan pasukan debat pelajar2nya yg telah berjaya menjuarai pertandingan debat peringkat daerah, SOT teringat suatu ketika dahulu, SOt juga pernah bergelumang dengan arena debat.


Klu diikutkan, SOT dah terlibat dengan arena pengucapan awam ni sejak darjah 4 lagi... mcm2 pertandingan yg SOT dah join... bercerita, pidato, forum dan debat semua SOT dah rasa rencahnya...


Namun debat peringkat IPT paling diingati... Yelah, hampir 6 tahun SOT terlibat dalam dunia debat IPT ni... daripada pendebat muda, kemudian jadi pasukan utama, ketua pasukan, presiden sekretariat, jurulatih universiti dan hakim debat diraja....


Indah sungguh klu dikenang....














Kini, semuanya telah berlalu... Pon begitu demi cintakan debat, SOT sedang berusaha untuk membudayakan debat ala parlimen di Politeknik... InsyaAllah...
Rindu tul kat adik2 SOT, Xeaa n Fatin... kawan2 lama, Sha, Fendi, Hannan, Firdaus, Kak Zurin, Shida, Fadil, Hairi, Afrodi, Dr, Kak Akma, dan lain-lain...

17 March 2009

Insomnia...

Golek ke kiri....... silang kaki pada bantal.... letak tangan atas dahi....
Golek ke kanan...... kangkang kaki.... tangan peluk 'baby pink'...
Terlentang.... mata pandang kipas..... mulut buat2 menguap....
Meniarap... ops, bahaya tidur meniarap....
Huhuhuhuhu.... jam dah 3 am, SOT still takleh tido....
Kesannyer, pagi tadi pegi keje dalam keadaan pening, mual dan separuh lena....
Kawan2, ader petua tak, nak settle masalah ni???? Kenapa aku susah nak tido...

Demam ROBOCON 2009 bermula


Satu projek yg sedang giat berjalan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Polisas skrg ni adalah penyediaan robot-robot yang akan dipertandingkan dalam ROBOCON 2009...

Pertandingan peringkat Malaysia akan berlangsung sekitar Mei 2009 dan peringkat antarabangsa pada Sept 2009 di Tokyo...


SOT lebih menjurus kepada kerja2 dokumentasi, promosi dan hebahan. Nak tolong wat robot, SOT takde ah pandai sgt. Tolong bagi pendapat skit2 bleh ah. Lebih kurang 12 org pelajar dan 4 org pensyarah terlibat secara aktif utk projek ni. Pensyarah2 lain pon ader juga menyumbang sedikit sebanyak tenaga dalam projek ni...

Isnin depan, 23 March 2009, SOT akan ke Sirim Bukit Jalil utk sesi taklimat Teknikal bagi ROBOCON 2009...


Ni ah gambaran asas, 3 robot yang sedang diusahakan (2 robot automatik dan 1 robot kawalan manual)

Sambil2 duk tulis entry ni, SOT duk selak2 UTUSAN. Tertarik dengan satu artikel.. "Robot jadi model fesyen"....


Terfikir jugak, di Polisas ni kami nak wat 3 robot yg biasa2 jek pon dah pening kepala hotak, tapi di Jepun, robot dah jadi model fesyen pon...

Tak lama lagi jgn plak korang semua terkejut, ader robot menang America Next Top Model... matilah Tyra kena tembak klu robot mcm kat atas nu kalah.... ops..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...