24 January 2011

Tiba-tiba, rasa sangat tidak sabar...

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia...

Hari ke-8 tidak bertemu Auni dan Uminya. Minggu ini tidak menjengah ke Sabak Bernam. Kenapa?

Terasa rindu yang amat pada keduanya. Rindu sangat nak mendakap keduanya. Rindu sangat nak bergurau senda dengan keduanya.

Kenapa aku masih di Kuantan kalau sebaiknya aku di Sabak Bernam?

Sabar. Sabar. Sabar.

Dah macam-macam helah aku gunakan untuk memujuk hati ini. Tapi makin hari makin dah tak makan dipujuk.

Sabar. Sabar. Sabar.

Mungkin ini yang terbaik untuk aku, isteri dan anak. Allah merancang sesuatu yang baik untuk kami.

Ya Allah, jika ini ujian yang perlu kami hadapi saban hari, aku redha. Tetapi, Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kami hambamu yang lemah. Berikanlah hikmahMu pada kami. Kurniakanlah kenikmatanMu buat kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Merancang sesuatu yang terbaik buat hambaNya.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku sudah tidak mampu bersabar lagi. Saban hari, hati tidak tenteram. Keselamatan isteri dan anak sentiasa menjadi kebimbangan.

Sabar. Sabar. Sabar.

Cemburu membuak-buak bila melihat rakan sepejabat bergegas pulang ke rumah sebab isteri dan anak setia menanti di rumah. Aku pula, hanya mampu membayangkan isteri dan anak sudah di rumah nun 330km jauhnya.

Cemburu mendengar rakan-rakan menceritakan karenah anak di rumah, sedangkan aku hanya dapat membayangkan setiap laku anak melalui cerita isteri di corong telefon.

Sabar. Sabar. Sabar.

Sampai bila aku boleh bersabar?

Catatan SCHA: Sangat merindui syg dan Auni di ketika ini...

10 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedihnya.. org kata, kalau kita rindukan seseorang, bermakna org tu rindukan diri kita.. maybe Atzita dgn Auni tgh rindukan u sgt2 agaknya.

zul said...

rasanya camtu kot...

nurul aziyana said...

sabar la zul..ader la hikmahnya tu..kesian ko..tp kesian gak kt ita jg bby sorg2..penat woo lg2 kalo anak meragam boleh stress jdnya

Anonymous said...

silent reader...
saya sangat faham gan perasaan SCHA skrg...satu ketika dulu, sy juga pernah mengalami perasaan sebegitu rupa...cuma ape yang boleh kita lakukan berusahaselagi boleh dan sentiasa berdoa pada yang ESA..alhamdulilah..berkat kesabaran, usaha dan tawakal..saya bersama semula bersama keluarga tercinta...

umiauni said...

sabar je la bi.. kami pun memang rindu sesangat nih..huhuhu

zul said...

mekna: itulah yg sering dirunsingkan....

silent reader: InsyaAllah, semoga sy juga dapat mengecapi nikmat berkeluarga...

umiauni: miss u more...

syaf said...

ala cianyer ko bro..x pe, sabar sorang suami & bapak ni, akan dapat ganjaran besar kot...


aku ni lagi jeles, dengar orang ade bini ade anak, aku kawen pun x lagi :p

zul said...

ko tunggu aper lagi syaf, puteri gunung ledang ader janji ngan ko nak masuk minang ker?...hahahhaha

applemintlady said...

saba..

A Journey of Hafiy Hasha said...

zul, Allah tu maha adil.. Dia uji kau, bagi kau dugaan yang hebat macam ni.. sebab Dia tahu ko mampu.Dulu, aku selalu pujuk diri aku.Aku ni supermom.Aku insan terpilih untuk merasai ujian getir berjauhan dengan suami, membesarkan anak sengsorang.Tp, Alhamdulillah.. aku berjaya tempuhi ujian getirni. sekarang, walaupun tinggal di negeri yang sama, kami masih lagi berPJJ.aku masih lagi besarkan anak sorang2.cuma yang membezakan, jarak antara kami makin dekat.Aku bersyukur sangat, diberi ketabahan untuk hadapi semua ni.Alhamdulillah.. walaupun jarak memisahkan kami, kami bahagia dengan begini.Kami redha dengan ketentuanNya.Kerana kami tahu, ini adalah yang terbaik untuk kami.
Bak kata adlina,

jangan tengok orang kat atas kita.. tp tengok orang kat bawah.. supaya kita sentiasa bersyukur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...