28 January 2011

Akibat makan banyak limau...

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Sekarang ni mode CNY. So banyak ah kedai jual limau lokam.

Aku pon dan makan banyak sangat lokam ni.

Kat umah dah beli 2 kotak, p/raya tempoh hari beli 25 utk jabatan.

Limau. Limau. Limau.

Orang cakap macam-macam. Ada yang kata kalau byk makan limau lokam ni mudah sakit tekak dan batuk.

Lagi satu ramai gak yang cakap, limau ni banyak letak 'ubat' dan racun. Menjejaskan kesihatan.

Tapi setakat ni aku belum menunjukkan sebarang simptom-simptom ketidaksihatan aku sebab makan banyak sangat limau.

Oh lupa plak. Memang makan limau ni ada akibat nya.

Akibatnya, emmm... akibatnya, AKU AMBIK CUTI CNY SEMINGGU... lalalalallalala... daaa...

Catatan SCHA: tak sabar nak jumpa malam ni... kita akan bercuti bersama-sama.

25 January 2011

Hangat: Pilihanraya Tenang...? Esok hari mengundi...?

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.

Amboi, ramai plak tersangkut dalam blog aku sebab tajuk cukup kontroversi...

Ramai jugaklah duk wat spekulasi yang entah apa-apa entah...

Sajer letak tajuk macam gempak... padahal yang ado...

Pilihanraya Tenang kekal seperti yang diwar-warkan oleh SPR... takde maknanya esok mengundi...

Tapi selaku Pengarah Pilihanraya Pemilihan JPP POLISAS 2011, saya memaklumkan esok adalah hari membuang undi seperti yang termaktub di dalam notis Pilihanraya Pemilihan JPP POLISAS 2011 bertarikh 6/1/2011...

So, kepada semua pelajar-pelajar POLISAS, hangpa semua kena turun mengundi. Sapa tak pi mengundi, aku 'sunat' sorang2...

Pening kepala, banyak lagi mende tak settle... cau dulu... cau bedah....

P/S: Gabra sat Tok Ai ngan Cikgu Mala...hahahahha... sori... sori naik lori...

Catatan SCHA: 4 hari lagi...yeaaayyyy

24 January 2011

Tiba-tiba, rasa sangat tidak sabar...

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia...

Hari ke-8 tidak bertemu Auni dan Uminya. Minggu ini tidak menjengah ke Sabak Bernam. Kenapa?

Terasa rindu yang amat pada keduanya. Rindu sangat nak mendakap keduanya. Rindu sangat nak bergurau senda dengan keduanya.

Kenapa aku masih di Kuantan kalau sebaiknya aku di Sabak Bernam?

Sabar. Sabar. Sabar.

Dah macam-macam helah aku gunakan untuk memujuk hati ini. Tapi makin hari makin dah tak makan dipujuk.

Sabar. Sabar. Sabar.

Mungkin ini yang terbaik untuk aku, isteri dan anak. Allah merancang sesuatu yang baik untuk kami.

Ya Allah, jika ini ujian yang perlu kami hadapi saban hari, aku redha. Tetapi, Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kami hambamu yang lemah. Berikanlah hikmahMu pada kami. Kurniakanlah kenikmatanMu buat kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Merancang sesuatu yang terbaik buat hambaNya.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku sudah tidak mampu bersabar lagi. Saban hari, hati tidak tenteram. Keselamatan isteri dan anak sentiasa menjadi kebimbangan.

Sabar. Sabar. Sabar.

Cemburu membuak-buak bila melihat rakan sepejabat bergegas pulang ke rumah sebab isteri dan anak setia menanti di rumah. Aku pula, hanya mampu membayangkan isteri dan anak sudah di rumah nun 330km jauhnya.

Cemburu mendengar rakan-rakan menceritakan karenah anak di rumah, sedangkan aku hanya dapat membayangkan setiap laku anak melalui cerita isteri di corong telefon.

Sabar. Sabar. Sabar.

Sampai bila aku boleh bersabar?

Catatan SCHA: Sangat merindui syg dan Auni di ketika ini...

19 January 2011

Adik minta maaf mama...

*Sekadar gambar hiasan.

^Sebuah lagi kisah dari Motivasi Pagi. IKIM.FM. Menurut pencerita cerita ini dimuatkan dalam buku "U Turn Ke Jalan Lurus". Aku olah sikit citer ni.

Sepasang suami isteri pasti mengimpikan lahirnya zuriat yang akan membawa kebahagiaan dalam rumah tangga. Namun rumahtangga yang dibina Eli (bukan nama sebenar) bersama Danish (juga bukan nama sebenar), tidak dikurniakan dengan nikmat dunia itu, setelah hampir 8 tahun berumahtangga.

Eli seorang yang perpeksionis, semuanya mahu kemas dan tersusun, tidak boleh ada yang berselerak, pasti cepat-cepat dia kemaskan.

Pasangan suami isteri ini cukup dikenali dikalangan jiran tetangga sebagai pasangan yang cukup baik. Sering menghantar buah tangan ke rumah jiran-jiran, mengambil tahu kemaslahan tetangga dan tidak lokek jika diperlukan pertolongan.

Mereka sering mengadu nasib kepada tetangga berhubung soal zuriat ini. Pelbagai usaha telah dilakukan. Banyak sudah bomoh dan pawang ditemui. Berbotol-botol air jampi telah ditelan Eli. Ramai sudah doktor ditemui. Bermacam-macam kaedah sudah dicuba. Namun cahaya mata yang dinanti tidak juga kunjung tiba.

Namun Allah maha berkuasa. AKhirnya Eli mengandung juga.

Kegembiraan tidak dapat digambarkan. 9 bulan terasa begitu lama kerana menanti anak yang dikandung muncul di depan mata.

Akhirnya lahirlah Kalis (bukan nama sebenar) ke dunia dengan sambutan yang luar biasa. Kedua-dua keluarga bergembira. Cucu yang dinanti-nanti akhirnya di depan mata.

3 tahun berlalu. Sikap Eli yang sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan itu, tidak langsung turun kepada anaknya Kalis. Kali cukup degil, diselerakkan seluruh rumah. Jumpa akhbar lama, habis dikoyak-koyakkannya. Pantang lihat kain, diselerakkannya, langsir rumah Eli sudah 5 6 kali jatuh menghempap bumi. Kalis sukakan keadaan yang berselerak.

Eli mula rasa tidak sabar. Sering dia memukul anaknya itu. Dicubit-cubit anaknya kerana sudah tidak berdaya mengemas rumah. Mahu dicekik-cekik anak tunggalnya itu.

Suatu hari, selesai sahaja Eli mengemas rumah, dia ke dapur untuk menyediakan makan tengahari. Dibiarkan Kalis bermain sendiri di tamu rumah.

Setelah seketika Eli menjenguk Kalis di ruang tamu. Eli sangat terperanjat bial melihat Kali telah berjaya membuat timbunan cerbisan akhbar lama yang dikoyak-koyak di tengah-tengah ruang tamu rumahnya.

Darah Eli mendidih. Di pandang tepat pada anak Kalis. DIa sudah hilang sabar.

Kalis seolah-olah mengerti,lalu memasang langkah berlari keluar rumah. Eli sepantas kilat mengejar dari belakang.

Kalis berlari sekuat hati. Tidak diperdulikan lagi keadaannya yang berkaki ayam. Eli pula seolah-olah tidak mahu melepaskan anaknya itu kali ini. Dikejarnya sepuas-puas hati.

BANG!!!

Ya Allah.

Jelas di hadapan mata Eli, anaknya dilanggar kereta sehingga terpelanting. Dunia seakan sepi.

Eli menguatkan kederat, dikejarnya anaknya yang terbaring di atas jalan. Dipangku anak kesayangannya itu.

Kalis menggeletik kesakitan. Nafasnya pendek-pendek. Darah membuak-buak keluar dari mulut, hidung dan telinga Kalis.

Eli cepat-cepat ke kereta. Dipandunya selaju mungkin agar sempat sampai ke hospital.

Dalam hatinya "Ya Allah, aku bukan ibu yang baik, tapi untuk kali ini sahaja, Kau panjangkanlah usia anakku ini, Ya Allah"

Setibanya di hospital Kalis dibawa masuk ke ruang kecemasan. Eli kegelisahan di luar. Seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

"Puan, maafkan kami, anak puan tidak dapat diselamatkan"

Dunia Eli kelam.

Siang tadi jenazah Kalis telah selamat dikembumikan. Eli tidak mampu melelapkan mata. Gambaran riang tawa nak tunggalnya itu bermain dalam mindanya.

Pelahan-lahan Eli bangun, beliau ke luar rumah. Dikutipnya cerbisan-cerbisan akhbar yang dicarik Kalis siang tadi. Dibawanya ke dalam rumah. Eli melonggokkan akhbar itu di tengah-tengah rumah. Dia melihat itulah benda yang paling indah dalam hidupnya. Kenapa selama ini dia tidak menyedarinya? 'OH KALIS, mama rindukan Kalis'

Catatan SCHA: Semoga kita dikurniakan perasaan sabar dalam membesarkan anak-anak. InsyaAllah.

14 January 2011

Bertemu bonda...

* Sebuah kisah yg diperdengarkan dalam Motivasi Pagi, IKIM.FM 14/jan/2011. Diolah mengikut kesesuaian.

Suatu petang yang sangat mendamaikan di sebuah Stesen Komuter.

Seorang lelaki menjalankan rutin harian, menanti komuter untuk membawanya ke suatu lokasi yang entah dimana.

Penantian 20 minit berakhir dengan ketibaan komuter yang kelihatan agak lengang.

Di dalamnya terdapat beberapa penumpang. Ada yang sedang membaca akhbar, ada pula yang sedang melayan alunan MP3, ada juga yang menelaah novel cinta dan ada juga yang hanya termenung membuang pandang ke luar jendela komuter.

Punggung dilabuhkan di kerusi yang kosong. Hanya kedengaran bunyi dengungan komuter. Kadang-kadang terdengar bisikkan dua sahabat yang berbual pelahan. Lelaki tersebut menyandarkan kepala ke belakang. Sungguh melegakan. Jika dipejamkan mata pasti terlena.

Seperti biasa komuter pasti berhenti di setiap perhentian. Ada penumpang yang naik dan ada pula yang turun. Rutin biasa.

Setibanya di sebuah perhentian, komuter berhenti. Kelihatan seorang bapa sekitar pertengahan usia 30 an, bersama-sama dua anak lelakinya masuk ke dalam komuter. Tiada siapa yang perduli.

Si bapa duduk di kerusi, terus tersandar dan melelapkan mata. Damai sungguh.

Namun anak yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun tidak terus ke tempat duduk. Gerabak komuter yang agak lengang sangat sesuai dijadikan tapak permainan.

Keduanya berlumba lari dari hujung ke hujung. Kedengaran hingar bingar suara mereka menjerit-jerit sambil berlari. Bunyi hentakan kaki kecil mereka sangat menjengkelkan.

Puas berlari, mereka panjat pula tiang-tiang besi, bergayut di sana sini.

Kemudian berlari lagi sambil menepuk-nepuk kaki para penumpang. Keadaan yang tadinya sangat tenang berubah menjadi sangat huru hara. Penumpang berbisik sesama sendiri apabila melihat si bapa hanya diam sambil tenang menutup mata, terlena.

"Apa punya ayah lah camni, selambe jek biar anak2 camtu"

"Ish, ayah diorang ni tak ajar ker?"

"Aku penyepak juga budak2 ni, dengan ayah dier skali"

Lelaki yang sedari tadi terasa agak kurang selesa, berdiri dan menuju ke arah si bapa yang sedang terlena. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan. Namun masih mampu menahan emosi.

Dia duduk bersebelah dengan si bapa. Disentuh paha bapa tersebut.

Terasa sesuatu menyentuh pahanya, si bapa tersentak. Lalu terpinga-pinga memerhati lelaki di sebelahnya.

"Tuan, boleh tak tolong kawal anak-anak tuan, mereka agak mengganggu penumpang yang lain"

Si ayah memerhatikan anak-anaknya yang leka bermain dengan riuh rendahnya.

Dia berdiri. Termagu seketika, lalu duduk kembali. Ditekupkan muka dengan kedua-dua tangan, lalu si bapa menangis teresak-esak.

Lelaki di sebelahnya terkesima dan terkejut. Tindakan si bapa betul-betul membuatkan beliau rasa tidak tentu arah.

"Tuan, kenapa ni? Bawa bersabar. Cuba cerita apa masalahnya"

Dalam keadaan tersedu-sedu, si bapa dengan bersusah payahnya memulakan bicara.

" Beberapa minggu yang lalu, isteri saya mengadu sakit kepala. Saya dah bawa dia ke hospital. Doktor mendapati terdapat ketumbuhan di dalam kepalanya."

Si bapa memulakan bicara. Beliau menyambung lagi.

" Jadi isteri saya telah ditahan di hospital. Doktor tak benarkan anak-anak saya melawat ibu mereka"

"Jadi apa yang berlaku?"

"Anak-anak saya seperti hilang kehidupan mereka, diorang jadi murung dan tak aktif. Tak makan, dan tak mahu bercakap"

Lelaki tadi mula memahami perasaan si bapa. Si bapa menyambung lagi.

"Melihat keadaan tersebut, saya merayu pada doktor untuk membenarkan anak-anak saya melawat ibu mereka walaupun seketika. Isteri saya juga bersungguh-sungguh nak berjumpa dengan anak-anak sebab sudah tidak tertahan menanggung rindu."

Si bapa mula sebak kembali. Namun digagahi jua untuk menyambung ceritanya.

"Dengan berkat doa isteri, maka doktor memaklumkan anak-anak kami dibenarkan melawat ibu mereka hari ini. Sewaktu saya memaklumkan berita itu kepada anak-anak, mereka sangat gembira. Semalam mereka tidak tidur. Hari ni mereka bersiap awal-awal lagi. Sangat tidak sabar bertemu ibu mereka"

"Oh patut lah mereka agak ber'gembira' dalam komuter ni, tapi kenapa tuan menangis?"

"Sewaktu saya dan anak-anak masih menanti komuter ni, saya mendapat panggilan dari hospital. Katanya, isteri saya sudah tidak mampu bertahan melawan penyakitnya. Isteri saya meninggal dunia baru saja kejap tadi."

Lelaki itu tersentak. Dia sangat bersimpati kepada si bapa.

" Maafkan saya"

"Masalahnya sekarang, macam mana saya nak bagitahu pada anak-anak saya yang mereka akan bertemu bonda mereka buat kali terakhir, itu pun mereka hanya akan menatap tubuh ibu mereka yang sudah tidak bernyawa lagi"...

Moral: Kita selalu mencemuh seseorang tanpa cuba memahami masalahnya. Kita melihat keadaan luarannya dan terus membuat kesimpulan. Tetapi emosi dan pandangan kita akan berubah bila kita mula mengetahui situasi sebenar.

Catatan SCHA: Miss u so much..

10 January 2011

Aku, dier dan Anna Raffali

Assalamualaikum...salam 1 Malaysia, salam sejahtera

Alhamdulillah, pagi ni sampai pejabat agak awal... setelah 2 kali dalam bulan ini melebihi angka 8.00 pada mesin punch...

Matahari muncul lagi... dalam musim sejuk di Pahang ni, kehadiran mentari agak menggembirakan.. terutama para ibu yg mula kerisauan akibat stok baju kering sudah hampir kehabisan...

Hujung minggu, aku bersama isteri dan anak tercinta di Sabak Bernam... makluman kepada yg belum tau, aku masih berjauhan dari isteri dan anak... Cuma minggu ini kurang menarik, sbb agenda yg dirancang tak tercapai...huhuhu...

Semalam bali dari Sabak agak awal... jam 4 sudah bertolak pulang ke Kuantan (biasanya jam 6 or jam 7 ptg)... sbb?... AJL 25... hahahahah...

My wife cakap, Faizal Tahir yg menang... dan aku predict Anna Raffali sbb lagu dier santai dan tak serabut kepala (xtually sbb dier comel sgt pakai baju kurung).... Result, Anna Raffali menang dengan penuh ketidakpercayaan oleh ramai manusia... Mak aih, nangis lagi ah Faizal Tahir tahun ni, sorry ah bro, lagu ko sama jek tiap2 tahun... bagi ah saguhati persembahan terbaik sbb ko dah basah kuyup atas pentas tu...

Aku lebih suka gimik Hafis kena tembak, betul2 mengejutkan... paling kesian Shahir... dapat penampor jek... tak pasal2...hahahahhahah...

Nway, aku masih bengang sbb tak dapat nak upload gambar dlm entry... sbb pengurus ICT pej aku ni dah block... kenapa block? dengki ah tu sbb dier takde blog... hahahahahha... lantak ko ah... nak guna 'berok'.. beruk celcom ni duk meroyan tak abis2... aku pon dah meroyan tak bayar bil 2 bulan...hahahahah...

Ok ah, see u soon...

p/s: Aujin.... aku betul2 dah kembali... bullet dah makin sibuk bekerja, nak bagi anak bini makan...hahahahh...

Catatan SCHA: Rindu pada kamu sudah....

07 January 2011

Jantan terlampau...

Tajuk hangat. Sehangat kisah peramugara terlampau, Datin terlampau, remaja terlampau dan melampau-lampau...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua...

Aku rasa aku plak yang melampau sebab buat tajuk giler2 tahap 18sx pagi2 buta ni...

Sesiapa yg dtg sini nak cari video jantan terlampau, emmm... anda dah salah tempat...hahahahha

Aku nak citer pasal "Lelaki yang Terlampau sayangkan anak dan isteri"...

Kisah bermula sewaktu aku memandu pulang dari tempat kerja, sambil halwa telinag dihidangkan dengan suara DJ radio yg tak henti2 membebel...

Tetiba ada seorang wanita yg tidak dikenali menelefon DJ tersebut, lalu percakapannya mengguris hati seorang (maybe jugak 18 juta org) lelaki yang terlampau ini...

Katanya,

"saya tak percaya org lelaki jaga anak... even suami saya sendiri. Saya sanggup letak anak saya kat umah mak daripada biarkan anak saya duk ngan suami saya.. Skrg ni anak sy dah berusia setahun setengah, sy masih tak yakin suami sy jaga anak sy.."

Komen lelaki terlampau,

" Kalau ko tak percaya pada suami ko, kenapa ko kawin ngan dier, kenapa ko sanggup bergelumang ngan dier sampai lahir anak ko yg ko syg tu... ko ingat suami ko tu tak sayang ke kat anak ko tu ker... wei, klu suami ko tak masuk campur, ko ingat anak ko bleh ke lahir kat dunia ni"
~tetiba je, lelaki terlampau ni meroyan~


Pesanan buat pada wanita budiman...

  • Siler percayakan suami anda ... anda pasti terkejut klu suami anda menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anak, mungkin melebihi diri anda sendiri.
  • Kalau anda tidak benarkan/tidak beri peluang kepada suami anda utk tolong jaga anak, anda pasti menyesal... sbb apabila suami fedup ngan perangai anda... malang pasti menimpa rumahtangga anda.
  • Jangan terlalu byk komplen cara suami anda menjaga anak... beri dier peluang utk belajar... korang pon mula2 bukan pandai pon... klu byk sgt komplen.. suami anda akan keluar statement " klu awak pandai sgt, amik awak wat semua"... baru padan muka korang...
Aku tak kata semua pompuan camtu... tapi biler ada statement macam ni, mak aih naik meroyan gak aku...

Mana tak nyer, aku ni sebagai lelaki yg terlampau sayangkan anak dan isteri, sejak hari pertama Auni dilahirkan, aku dah tolong mandikan dier, tukarkan pampers dier, tolong tidurkan dier, tolong main2 ngan dier, usung dier ke klinik dan tolong 'jaga' umi dier.... biler ada yg mempertikaikan kemampuan lelaki utk buat semua mende tu, aku rasa sgt tidak adil...

Memang aku sedar, anak lebih rapat ngan ibu sbb ibu ader susu cap gantung dan aku takde... tapi jgn ah hukum lelaki sehingga tiada kepercayaan kepada kami utk menjaga anak darah daging kami sendiri...

Oh yer... ini bukan aku mengadu pasal bini aku... bini aku mmg ambil kesempatan punya... klu aku balik seminggu sekali jumpa dier dan auni, for sure aku kena jaga auni... yelah kesian ah kat dier sepanjang minggu kena jaga Auni sorang... LUV u sayang....

Abis ah lepas ni blog aku di boikot oleh para isteri.... ok ah, baik aku lariiiii dulu...bye

wassalam

Catatan SCHA: Willing to do anything, just for both of u, Auni dan Syg....

Ralat: takleh upload gambar, disekat pihak pengurus ICT pej aku...

06 January 2011

Terjaga dari tidur yang panjang


Assalamualaikum, salam sejahtera...

Belum terlambat utk mengucapkan selamat tahun baru....

Selepas sahaja menimang cahaya mata, terus jek blog ni tertidur...

Masuk tahun baru 2011, barulah nak terjaga semula...

Hai kawan2 semua... apa khabar anda semua...

Semoga kali ini, jaganya lebih panjang... byk yg nak dikongsikan...

Catatan SCHA: I'm back...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...