27 October 2009

Entry Mood Honeymoon...


Bersesuaian dengan tajuk entry, maka pendek jelah nak tulis... Korang semua tatap lah puas2 2 gambar ni...

Apa maksud gambar ni?... apo laie, aku dah jadi suami org dah ni...

Alhamdulillah segalanya dah selamat... Tinggal majlis di Pahang je lagi Sabtu ni (31 Okt 2009)...

OKlah, pada mereka2 yg nak baca story sepanjang majlis perkahwinan ni, korang bleh ah ke blog adik ipar aku yg disayangi, EN Bullet.. klik jek link kek bawah ni....

http://amirfirdaus7.blogspot.com/2009/10/selamat-pengantin-baru-en-sot-kak-ita.htm
l

Oklah yek, nama pon mood honeymoon, mana bleh tinggal bini lama2 semata-mata nak tulis entry ni...hehhehehe...

22 October 2009

Meniti hari2 terakhir sebagai lelaki bujang...

Gambar kat atas ni betul2 menggambarkan keadaan aku sekarang... ader senyuman, namun raut wajah sukar ditafsirkan... ramai kat pejabat ni duk tanya, apa perasaan skarang. Jujur aku katakan, aku tak tau aper yg aku rasa sekarang... semuanya bercampur aduk

Namun aku sgt bersyukur, akhirnya aku akan mengikuti sunnah nabi junjungan, mendirikan rumah tangga.. lebih bersyukur aku bila aku akan dijodohkan dengan insan yg sgt aku sayangi...


Byk ilmu yang aku timba dalam menghadapi saat bergelar suami... tak kira ah buku, internet, petua org tua, pengalaman sahabat handai.. semuanya aku sematkan dalam otak ni... tapi makin hari aku makin rasa belum bersedia...huhuhuhu... org kata perasaan tu semua mainan syaitan jek... rilek....

Klu nak ikutkan, zaman bujang aku sudah lalui dengan sebaiknya... aku enjoy dengan semua mende yang aku buat.. aku rasa aku sudah cukup puas merasai zaman bujang... dah aku bersyukur, sebab zaman bujang aku tidak dipersiakan.. tolak zaman kanak2 kira2 14 tahun aku melalui zaman remaja... emmm, sgt menggembirakan...

Walaupun aku 18 tahun digunakan utk belajar, dari Sekolah rendah hinggalah aku tamat pengajian Master, namun hidup aku bukan sekadar buku semata2... mcm2 aku lalui... Alhamdulillah, aku tidak pernah menyesal dengan jumlah masa yang aku gunakan utk belajar itu...

Maklumlah, aku bukannyer skema sgt... degil jugak, nakal jugak sekali sekala... tapi semua tu mengajar aku erti kehidupan... lagipon, semua tu lah menjadikan aku gembira dengan kehidupan aku...

Hidup bujang aku menjadi lebih menarik, apabila orang2 yg berada disekeliling aku adalah insan terbaik... mungkin taklah terbaik bagi sesetengah org, tapi cukuplah mereka ini terbaik utk aku... member2 mmg memberikan aku pengalaman hidup sebagai lelaki bujang yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila2... mmg happenning...


Kini, hidup aku akan diteruskan kepada fasa yg seterusnya... fasa kedewasaan... ramai juga yg menganggap aku belum puas enjoy.. yelah baru 2 tahun keje dah nak kawin... org kata belum puas merasa duit gaji... but pada aku, sekarang masa yg sesuai utk aku berubah ke fasa seterusnya... umur pon dah 26tahun... kewangan agak kukuh... keluarga pon dah memberi restu... dan yg penting aku dah tak sabar lagi nak berkongsi hidup dengan insan yang paling aku sayangi... so apa tunggu lagi kan...

Apa2pon, berubah status tak mungkin akan merubah aku sepenuhnya... aku tetap diri aku walau 3 hari lagi tangan aku akan digoncang tok kadi...

13 October 2009

Tranformasi....

Hai semua...

Maaflah sebab lama sgt tak menulis di sini.. kesibukkan melampau...
Sibuk dgn kerja yg tambun2 dan persiapan hari besar...

Well hari ini SOT nak umumkan, blog ini akan mengalami tranformasi besar-besaran...
Dijangkakan proses transformasi itu akan bermula pada November ini...

SOT akan mengubah rupa wajah blog ini, nama blog dan sudah semestinya SOT juga akan berubah....
SOT akan cuba utk mengubah cara penulisan dan cara penceritaan...

HArap kawan2 pembaca dapat memberikan komen berkaitan blog ini... supaya dalam proses transformasi kelak, SOT dapat memperbaiki nyer....

Doakan kejayaan SOT dalam tempoh transformasi ini... AMin

05 October 2009

Jemputan Perkahwinan




Alhamdulillah, akhirnya bulan oktober tiba jua...

Seperti sahabat-sahabat sekalian sudah maklum, SOT akan mendirikan rumahtangga dengan insan tersayang pada hujung bulan ini...

Justeru, sahabat-sahabat sekalian sgt2 dijemput menghadiri majlis perkahwinan SOT seperti yang tertera di dalam kad di atas...

Maaf jua yg SOT pinta sekiranya masih ader sahabat yg belum menerima kad jemputan (sbb SOT tak pos lagi, heheeh)...

Kepada kawan2 yg masih belum memberikan alamat kediaman masing2 kepada SOT, bolehlah berbuat demikian di alamat email SOT zul_yie@yahoo.com

Semoga kehadiran kawan2 semua akan memeriahkan lagi majlis ini. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...