25 May 2009

Pelamin buat teman...

Baru selesai majlis perkahwinan adik SOT 10 mei lepas... meriah betul, hampir 2000 tetamu yg hadir.... (gambar2 akan dikongsikan kemudian)...

Minggu depan ni akan berlangsunglah pula majlis perkahwinan seorang teman yg sgt rapat dengan SOT...

Rozaina a.k.a Anja... SOT dan Anja dah berkawans sejak 24 tahun yg lalu.. ibu Anja ni (Mak Mah) merupakan pengasuh SOT sejak SOt berusia 2 tahun lagi... disebabkan mama SOT bekerja, jadi SOT dihantar ke rumah Mak Mah...

Sejak itulah SOT berkawan dengan Anja ni...

Eratnya kami berdua sampaikan, bila Anja pakai baju kurung, SOT pon menangis nak pakai baju kurung (ish, malu kalau dikenang)... main pondok sama2..... main kawin2 sesama....

Kami ke tadika bersama2... sekolah rendah pon sama2....

Sekolah menengah jugak bersama2.... paling manis, gi mengaji malam2 pon brsama2....

Kami ni dah macam adik beradik.. yelah membesar bersama2...

Jadi tak jadi peliklah bila jiran tetangga menjangkakan kami akan dijodohkan bersama....

Tapi jodoh itu ditentukan Tuhan.... Minggu depan Anja akan dijodohkan dengan pemuda pilihan hatinya... dan SOt pula akan menjejak dunia berumah tangga hujung tahun ini dengan insan paling istimewa....

Pon begitu, kami tetap bersahabat dan memori yg ada sentiasa tersemat dalam hati...

Sebagai teman paling rapat dengan Anja, SOT mendoakan agar segala kebahagiaan akan menjadi milik Anja dan pasangannya hingga akhir hayat, dunia akhirat....

3 comments:

xeea said...

hoho
tulah.

jodoh tuhan punya kerja, kan.

yg dah tertonggok depan mata, belum tentu itu akan jadik jodoh kita.

kdg2 berbelit2, pusing sana pusing sini, nak kena lalu jalan jauh, baru jumpa jodoh kita.

semoga berbahagia :)

rizz said...

wah sot nk kawen ekk jgn lpe invite hahahakk

zuhaimi zul said...

to xeaa... betul betul betul

to rizz... insyaAllah, semua akan dijemput...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...