29 May 2009

KMK: Dah hantar laporan, nak siapkan presentation plak...

emmm, kat atas ni logo group KMK JKE POLISAS....
Laporan dah hantar ke pejabat SUK petang tadi, sekarang berusaha nak siapkan presentation slide n skrip nyer skali,
Nak kena hantar 30 jun depan...
Seronok plak buat kerje2 KMK ni....

28 May 2009

Laporan KMK yg hampir sempurna...

Wah, sehari suntuk hari ini, SOT dan kawan2 DM'SAS (nama team KMK JKE POLISAS) bertungkus lumus menyediakan dokumen KMK...

Esok due date utk menghantar penyertaan...

Hope esok, dapatlah kami menghantar dokumen tersebut...

Peti baru semangat baru...

Beberapa hari yang lalu, sorang teman serumah SOT dah beli satu peti yang baru... jenama samsung dengan 2 pintu... cukup besar dan canggih...


Katanya nak mula masak kat umah semula...

Memang dah lama jugak kitorang tak memasak kat umah, almost 2 month....

Ni dah ada peti baru (since peti lama dah banyak sgt problem) maka semangat pon berkobar2 nak masak...

Tapi, sejak peti ni samapai kat umah, dapur masih belum berasap ...

Kalau berasap pon sebab masak meggi...

Emmm... mcm pernah dengar jek satu pepatah, hangat2 *tut* chicken.... heheheh

26 May 2009

KMK lah pulak...


KMK = Kumpulan Meningkat Mutu Kerja...

KMK merupakan satu usaha yg dijalakan dalam badan2 kerajaan utk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi...

Kumpulan dibentuk utk menilai masalah yg wujud dalam organisasi dan mencadangkan serta melaksanakan langkah2 penyelesaiannya...

POLISAS belum pernah mewujudkan kump KMK (sepanjang pengetahuan SOT lah).. namun tahun ni POLISAS bakal menyertai Konvesyen KMK peringkat negeri pahang...

SOT merupakan salah sorang ahli KMK polisas yg diberi nama DM'SAS... kami mewakili JKE dan PoLISAS...

Sebelum ni SOT hanya ahli biasa...but since ketua kumpulan cuti bersalin, kini SOT dah jadi ketua...

Skrg tgh sibuk update dokumen sebab jumaat ni due date utk hantar penyertaan...

KAwan2 semua doakan SOT agar SOT berjaya...

25 May 2009

Selamat berjaya...


Selamat Berjaya...

Buat pelajar2 SKE2C, semoga berjaya dalam menjawab kertas akhir E2002 Sistem Elektronik 2 esok (26 mei 2009)...

Sebagai pensyarah anda semua, saya mendoakan agar anda semua akan berjaya hendaknyer... Amin

Pelamin buat teman...

Baru selesai majlis perkahwinan adik SOT 10 mei lepas... meriah betul, hampir 2000 tetamu yg hadir.... (gambar2 akan dikongsikan kemudian)...

Minggu depan ni akan berlangsunglah pula majlis perkahwinan seorang teman yg sgt rapat dengan SOT...

Rozaina a.k.a Anja... SOT dan Anja dah berkawans sejak 24 tahun yg lalu.. ibu Anja ni (Mak Mah) merupakan pengasuh SOT sejak SOt berusia 2 tahun lagi... disebabkan mama SOT bekerja, jadi SOT dihantar ke rumah Mak Mah...

Sejak itulah SOT berkawan dengan Anja ni...

Eratnya kami berdua sampaikan, bila Anja pakai baju kurung, SOT pon menangis nak pakai baju kurung (ish, malu kalau dikenang)... main pondok sama2..... main kawin2 sesama....

Kami ke tadika bersama2... sekolah rendah pon sama2....

Sekolah menengah jugak bersama2.... paling manis, gi mengaji malam2 pon brsama2....

Kami ni dah macam adik beradik.. yelah membesar bersama2...

Jadi tak jadi peliklah bila jiran tetangga menjangkakan kami akan dijodohkan bersama....

Tapi jodoh itu ditentukan Tuhan.... Minggu depan Anja akan dijodohkan dengan pemuda pilihan hatinya... dan SOt pula akan menjejak dunia berumah tangga hujung tahun ini dengan insan paling istimewa....

Pon begitu, kami tetap bersahabat dan memori yg ada sentiasa tersemat dalam hati...

Sebagai teman paling rapat dengan Anja, SOT mendoakan agar segala kebahagiaan akan menjadi milik Anja dan pasangannya hingga akhir hayat, dunia akhirat....

21 May 2009

Aku kembali dengan semangat baru


Aku harap aku akan kembali....

Mcm pelik jek ayat kan...

Tapi itu mmg harapan aku.. aku mmg mengharapkan aku akan kembali mengaktifkan blog ni...

Kawan2 camner semua.. sihat ke?

Sekarang kesibukkan dah berkurangan...

InsyaAllah, blog ini akan dibersihkan dari sawang2 yg dan bertimbun...

Sot masih perlukan masa yg panjang utk membersihkan blog ni... dlm kata lain nak aktifkan balik blog ni...

mohon sokongan dari kawan2, rizzz, nuar, epul, aziyana, kalid, xeaa, dan lain2...

Seronok dapat kembali...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...