22 December 2008

Rehat sebentar bersama....

Seperti yg dimaklumkan dalam entry sebelum ni, SOT akan bercuti sehingga 2 jan 2009... Jadi bersawang ah kejap blog ni..

Namun sekembalinya SOT nanti, beberapa entry akan muncul, antaranya...

  • Sekitar walimatul Urus Ebot...
  • What Happenned in 2008 (siri Dunia dan Kehidupan SOT)
  • International Robotic Competition..
  • Azam 2009...
Jadi, ini adalah entry terakhir utk tahun 2008... Terima kasih kepada semua yg menyokong SOT selama ini...

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.. 2009..

20 December 2008

Tamat Sesi Julai 2008

Alhamdulillah, dengan berakhirnyer mesyuarat peperiksaan sebentar tadi,maka berakhirlah sudah sesi p&p bagi Julai 2008...

Syukur juga, tugas pertama SOT telah dapat dijalankan dengan jayanya...

Pencapaian pelajar juga agak membanggakan...

  • SKE2D (E2002) - semua pelajar lulus walaupon takde seorang pon yg dpt A...
  • SKE1B (E1003) - semua pelajar lulus dengan 3 org mendapat A
  • Koko 2 (JPA3) - semua lulus dengan org mendapat
Bermula Sesi Jan 2009, SOT akan memegang beberapa kelas utk beberapa subjek..

  • E2002 (sistem elektronik 2) - SKE2C
  • E1003 (Amali kejuruteraan 1) - SKE1A
  • T3410 (softskill)
  • Ko Kurikulum 2
Ini semua belum termasuk Projek dan beberapa matapelajaran Assist...

Semoga Sesi P&P Jan 2009 akan lebih cemerlang, gemilang dan Terbilang... InsyaAllah...

(sekarang ni dah mula cuti sehingga 2 jan 2009, cuti semester terakhir sebelum menggunakan sistem cuti tahunan)

18 December 2008

What Happenned in 2008... (part 1)

Emm, penatnyer... baru tiba dari UIA Gombak menghadiri International Robotic Competition.. nanti biler ader pic, SOT akan buat entry khas mengenainyer...

Xtually sewaktu membaca satu majalah (MYC NEWS), ader ah satu kolum yg agak menarik perhatian... berkaitan semua yg berlaku dalm 2008 (yg menarik ah)... so, SOT dapat idea utk wat mende yg sama dalam blog yg baru daftar utk statcounter (thank 4 info xeea)...

Menjelang ke tahun 2009 yg tek berapa hari je lagi, so amat sesuai ah entry ini dibuat...
TOP 10 What Happenned in 2008 - Siri Malaysiaku Tercinta


1. Minyak... minyak .... minyak....



emmm.. duduk kat kedai kopi, buka surat kabar, tgk tv, layan internet, chit chat di pejabat dan sampaikan ke mesyuarat tingkap, isu harga minyak mmg menjadi topik paling hangat diperkatakan... Uishhh.. dari RM1.92 ke RM2.70...byk tu naik.. Harga minyak buat pertama kalinyer naik hingga lebih USD100 setong.... Tapi alhamdulillah sekarang dah turun balik RM1.80.. tu pon masih adr mulut2 jahat duk kutuk kerajaan... ops..


2. PRU 12



Tetiba jek BA dah jadi PR... tapi ubah nama dah dapat superpower... mau tak nyer, dah tawan Kedah, PErak, Penang dan Selangor..Kelantan plak stil kubu kuat... BN, walau masih memerintah dah jadi mcm org yg kalah plak.. serba tak kena.. para pemimpin duk pening kepala cari kesilapan... yg jelas, pembangkang makin ego n berani wat sesuka hati ... xtually PR ni betul2 kuat atau rakyat sajer jek nak hukum kerajaan... malas nak komen.. ni bukan blog politik...

Lagi pon SOT kan SPR, mana bleh komen lebih2 ... hehhehe


3. Mari meruntuhkan tanah... Ha? Tanah runtuh ah...



Di tangga ke-3, tanah runtuh, meruntuhkan tanah dan tanah yg meruntuhkan... kejadian di Bukit Antarabangsa dan keruntuhan rumah juruterbang yg meragut beberapa nyawa yg berharga telah menggegarkan Malaysia utk tahun 2008 ni... semua org pon duk sibuk ah nak haram itu dan nak halang ini... emm mende sama yg diulang setiap kali bencana mcm ni terjadi... so, tak heranlah babak sama akan berulang kalau ader lagi bukit yg runtuh....


4. Isu2 DSAI...


Byk jugak isu politik yang hangat utk tahun 2008.. Datuk Seri Anwar Ibrahim yg paling menyerlah... isu liwat dengan Saiful, masih dalam perbicaraan... berjaya kembali ke parlimen, beza nyer, klu dulu 2-3 jam bentang budget, skrg 4-5 jam lawan budget ... pastu isu 'impianku nak jadi PM' ... skrg ni senyap skit ah, tapi diam2 gunung berapi ni, so hati2 semua... ish3....

5. Kilauan Perak Olimpik BEijing...




08/08/08 tarikh yg canteekkk, menjadi permulaan di mana semua org mula buka stadium kat umah sendri (stadium astro).. pon begitu, rakyat malaysia semua duk ternganga melihat aksi Chong Wei (dah dapat Datuk pon) berjaya ke akhir individu badminton... aksi Chong Wei mmg gagah pada pertandingan separuh akhir.. tapi nampak longlai biler lawan ngan Lin Dan ("aksi yg terbaik dan mustahil diulang"kata Lin Dan... Tapi dah bawak balik sebutir perak pon, kire ok ah... 4 tahun lagi kiter amik emas plak ek...



6. ISA... bukan Isa Sabu but Akta Keselamatan dalam Negeri..



Tahun 2008 mmg byk kisah politik yg menggegarkan. isu ISA tak terlepas ... Raja Petra, Tan Hon Chen dan Teresa Kok, individu yg dianggap"mengancam keselamatan negara"... klu pk2, mmg mengancam pon. Patut tahan lama skit (ops, matilah kang aku plak kena ISA)... Kes ISA ni ditambah skit perasa sampaikan sorang menteri letak jawatan, pastu tak lama lepas tu dah kena pecat dari UMNO (Zahid Ibrahim kot nama dier)...


7. Najib bakal PM...




dah sampai tangga ke-7... Tahun ni pon tahun yg agak 'berat' buat Pak Lah.. byk tekanan yg dier terima.. KEsian Pak Lah... Akhirnyer, demi kesejahteraan negara yg tercinta, PAk LAh umum Najib bakal PM yg baru start MAc 2009... Aku sebagai anak Pahang berbangga ah jugak, sbb bakal org No 1 negara datang dari tanah Pahang.. kot2 ah Pahang bleh maju skit... byk jugak kisah2 kureng sedap didengar pasal Najib.. so just tunggu dan lihat...( aduh, pening betul ah tulis pasal politik ni)...



8. *Oik...Oik*




Aduh, tahun 2008 ni bleh ah jugak dikatakan tahun 'binatang pink' ni memenuhi muka akhbar... Binatang hidung besar ni nak diternak di Selangor secara besar2an.. guna teknologi tertinggi tu... jgn sampai negara ISlam jadi pengeksport utama 'Kerbau pendek' sudah ah... eh, tak cukup ngn Selangor, Kedah pon nak bela jugak... Makin byk ah menatang Mughallazoh ni kat tanah tercinta ni... Kat Melaka plak, kepala menatang ni diorang wat DECO bersama Erik plak.. Sangkut kat pagar, kat depan sekolah, buat hiasan kat Pantai... emmm mcm2...( lepas ni SOT nak wat bisnes sabun tanah ah plak, mesti ramai beli sbb selalu nak kena samak) huhuhuhuhu...



9. Datuk oh Datuk...



2008 jugak menyaksikan rmai dah rakyat Malaysia yg jadi DAtuk (kurniaan Sultan dan Yg Dipertuan NEgeri).. tak kurang jgk bangsa asing... yg paling menyerlah Datuk Shah Rukh Khan... uishhh, samapai ke PArlimen isu ni... Datuk Lee Chong Wei pon menjadi buah mulut jugak... Datuk Nicol David jugak yg duk menang tanpa henti, bagus3.... apa lah diorang duk pertikai, yg tukang bagi tu bukan calang2, ader ah sebab dan musabab nyer kan... nnt samapi ah turn korang plak...

10. Mawi kahwin Ikin...




Tetiba jek isu artis bleh join dalam agenda negara... takpe ah sbb perkahwinan diorang ni betul2 menggegar negara... kalah dah kot Datuk Siti.. yelah, mana ader lagi org kawin siap ader SMS, kursus kahwin masuk Tv, pastu ader dokumentari lagi, naik helikopter utk majlis bertandang dan mcm2 lagi ah... so isu ini layak utk berada dalam ranking ke-10 what happenned in 2008 - siri Malaysiaku tercinta....


.....


So inilah sajer carta untuk siri Malaysiaku Tercinta.... walaupun byk lagi isu dan perkara yg berlaku sepanjang 2008, tapi ini 10 yg paling hangat dan menggegarkan dari kaca mata SOT... klu korang raser ader yg lebih hangat dan menggegarkan... korang tulis ah dalam blog korang sendrik...hehehhehehe....

17 December 2008

Kucing Jantan = Manusia Lelaki

Artikel yg agak menarik ini di forward kan oleh Asparina ke email SOT... Tapi SOT edit skit utk menyesuaikan bahasa agar lebih menarik..

Artikel ni sesuai dibaca dan dipraktikkan oleh golongan wanita, malah sangat sesuai bagi wanita yg masih cuba mengenal siapa lelaki...

Setelah dinilai dan diperhati, ader beberapa perangai kucing jantan ni samer ngan perangai lelaki (bukan semua, tapi majoriti lelaki).....


1. Kucing jantan suka dibelai...




Orang lelaki pon mmg suker dibelai.. Tak kira ah dibelai oleh mak, awek, atau isteri.. Tapi AWAS, mereka juga boleh mencakar kalau dibelai secara kasar... Jadi berlembutlah dengan lelaki... Lelaki tak suka pada perempuan yg kasar...

SOT: Tak sabar nak dibelai oleh insan bernama isteri..ops...


2. Kucing jantan kuat makan & cepat lapar



Kucing memang kuat makan lepas tu cepat sgt lapar... Sama ah dengan lelaki, kuat makan dan cepat lapar.. bukan makan masuk perut jek, malah makanan batin gak.. Jadi sedia ah makanan yg cukup utk suami anda (terutamanya) kedua2nya, zahir dan batin...

Yang paling penting, makanan tu dimasak sendiri oleh wanita kesayangan lelaki tersebut.. Seorang suami sukakan masakan isterinya. Jadi pada 'girlfriend2' yg tak pandai masak tu, belajar lah ek kalau tak mau kekasih hati anda tu cari makan kat tempat lain...


SOT: Xeaa... khas utk ko ni...kihkihkihkih...


3. Kucing jantan kuat tido

Lelaki memang kuat tido (uishhh). Jadi bagi ah peluang kat kitorang utk tidur secukupnyer.. Kalau tak, kang tak pasal2 ader yang mengamuk.. Mcm kucing plak, dier tak mengamuk kalau korang kacau dier tido tapi dier akan tukar tempat tido... Korang nak ke suami korang tukar tempat tido????....Jadi jgn kacau time dier tgh tido....


SOT: ZZzzzzZZZZzzzzz


4. Kucing jantan suker merayap

Lelaki pon memang suker merayap (selalunyerlah)... Kitorang ni suker sgt merayap, melepak dengan member2... kiter selalunyer melepaskan kucing kiter sebb kiter tahu dier akan balik umah sendiri... Mcm tu jugak ah dengan lelaki..

Tapi kalau kucing mahal, kiter kurung dalam sangkar. Cuba kiter lepaskan dier, confirm dier lari sbb dah jumper kebebasan. Kesimpulan jgn kurung lelaki...


SOT: Aku tak rela dikurung....huhuhuhu


5. Kucing Jantan mahal makan Friskies, kucing kampung makan nasi..

Sama cam lelaki, kitorang ader taste memasing.. So kaum wanita kena ah faham taste lelaki tu dlu sebelum wat relationship ngan dier... kena saling memahami...


SOT: Suker makan sushi Salmon mentah (mcm kucing kerrr?)


6) Kucing jantan tak suker dipaksa



Emmm, yg ni mmg sgt2 betul dan tepat sekali... Lelaki mmg pantang dipaksa... tapi kalau dier paksa takpe (huhuhuhu).... Mcm kucing mana bleh kiter paksa2 dier tido.. mau dikekah nyer nanti. SO jangan paksa lelaki... bagi ah kitorang space skit.. Tapi yg isteri2 tu, pantau jugak suami anda.. Takut main 3 kayu plak (kayu 3 ke .....hahahahha)....


SOT: Takut sgt org laki main kayu...bukan memudaratkan pon...heheheheh

16 December 2008

Temuduga PPPT DH41 (tips dan pengalaman)

Entry ni khas buat sahabat yg sering diingati, AL-Husaini... memandangkan sahabat SOT yg manja sgt ni, minta tolong pasal interview ngan SPP, so SOT buatlah entry ni...moga2 dapatlah membantu serba sedikit...

Biler terima comment dari Al-Husaini pasal interview, barulah SOT perasan yg SOT belum wat entry berkenaan interview ni..

Xtually, SOT dah diinterview utk pengesahan Jawatan PPPT DH41 pada 5hb Disember 2008. Berita berhubung interview itu dah diperolehi seminggu sebelum tarikhnyer...
PERSEDIAAN

1. Mengulangkaji isu2 berkaitan..Antara isu2 yg relevan dibaca dan dihafal termasuklah
  1. 7 teras pelan strategik pengajian tinggi negara
  2. Falsafah Pendidikan Negara dan Kebangsaan
  3. 9 cabaran wawasan 2020
  4. 10 prinsip Islam Hadhari
  5. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (6 teras)
  6. Visi dan Misi KPT, JPPKK dan POLISAS
  7. Rukun Negara
  8. Isu2 Semasa
  9. Menteri2 KAbinet
  10. Ketua Setiausaha KPT, Pengarah JPPKK dll.

2. Menyediakan semua dokumen yg diperlukan. Dilampirkan bersama surat panggilan temuduga atau boleh di download dari web SPP.

3. Menyediakan pakaian yang sesuai. Antara tip pemakaian..


  • Baju Kemeja warna plain yg cerah..Paling sesuai biru muda.
  • Blezer (wajib sbb interview utk post pengurusan dan profesional)
  • Seluar Gelap sewajarnya sedondon dengan blezer.
  • Kasut Kulit Hitam (sepatutnyer bertali)
  • Tanda nama Kerajaan (tulisan putih background hitam)
  • Rambut dan kuku mesti pendek..
  • Tatarias menarikk...
4. Banyak bertanya pada senior2 dan mintak tip2 berguna...

5. Rehat, bertenang dan banyak berdoa..
HARI TEMUDUGA

Pagi 5 disember 2008, SOT bangun seperti biasa.. Baju yg nak dipakai dah digosok malam sebelumnya... mandi, solat..

Then bukak notebook n suft internet.. bukak web page utusan.com.my utk tgk headline surat khabar hari tersebut... Penting utk tahu tajuk2 utama akhbar pada hari temuduga (soalan popular ni)....

Jam 7.15 pagi ke pejabat.. Punch in dlu, sbb temuduga di POLISAS jugak, so takleh ah ah amik cuti...

Jam 7.30 pagi, tiba di tempat temuduga (penting datang awal utk elakkan gelabah)... Kerani tempat temuduga dah tiba... Isi beberapa borang yg perlu dan diberikan angka giliran...

Alhamdulillah, dapat no 2... bagus klu dapat awal utk elakkan tekanan daripada calon2 yg sudah ditemuduga (mcm2 hal tau, ader yg nangis, kena halau) ... mende2 ni bleh menambahkan tekanan dan membuatkan kiter lebih gabra....

Bila nama dipanggil, SOT terus ke muka pintu.. KEtuk 3 kali... masuk dan bagi salam... bergerak ke kerusi dan bagi salam sekali lagi...

"Silakan duduk" suara Datin... (alamak lupa plak nama dier)...

" Awak tak bagi salam ke?".... ops, eh dah dua kali aku bagi salam..

" Maaf datin saya dan beri salam di pintu dan sebentar tadi di kerusi"...beri penjelasan dengan sopan...

"Oh, saya tak dengar" ... (tip: lain kali bagi salam biar Terannnngggg)...

Duduk dengan badan yg tegak.. silang kaki di bawah kerusi, tapak tangan di atas peha.. relak dan tidak terlalu keras... (semua ni SOT buat tau) oh ye, elakkan menyandar...

Penemuduga akan menyelak2 fail kiter, waktu tu jgn gelabah, senyum dan pandang penemuduga dengan tenang...

Soalan 1:
Perkenalkan diri secara ringkas termasuk latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang pendidikan...

Soalan 2:
Jelaskan 7 Teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara...

Soalan 3:
Terangakan Teras Kedua: Menambah baik Kualiti P&P

Soalan 4:
Terangkan satu teori pembelajaran..

Soalan 5:
Bagaimana teori pembelajaran tersebut bleh dipraktikan dalam pembelajaran di politeknik..

Soalan 6:
Sebutkan rukun negara

Soalan 7:
Terangkan apa yg dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan

Soalan 8:
Sebutkan Falsafah Pendidikan KEbangsaan

Soalan 9:
Terangkan prinsip yg diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Soalan 10:
Terangkan "Membina masyarakat Saintifik" dalam cabaran wawasan 2020

Soalan 11:
Sejauh mana Malaysia berjaya membina masy saintifik...

Soalan 12:
Nyatakan 4 menteri kabinet dengan kemeterianya sekali..

"Baiklah terima kasih"

" Terima kasih datin" bergerak keluar sambil melemparkan senyuman yg paling manis..

Alhamdulillah..Selesai...

Bersyukur sgt sebab penemuduga tersebut sgt baik hati... dier tidak terlalu PSIKO n byk membantu dalam SOT menjawab soalan...

tip terakhir dari SOT, yg penting jujur dalam menjawab.. jika tak tahu nak jawab, terus terang "MAaf, saya kurang pasti"....

Walaupun, ramai yg menangis dan tak kurang jugak yg kena halau... but jgn ah risau... semua nyer pasti berjalan lancar kalau kiter bersedia... Akhir sekali bykkan doa dan bertawakkal...

OK... harap al- Husaini berpuas hati.. n GOOD LUCK...

15 December 2008

Polisas's monkeys a.k.a MEON


MEON.... MEON... MEON...

Pagi isnin menjadi pagi paling lembab bagi setiap (almost) pekerja seluruh dunia... yelah, sabtu dan ahad belum cukup nak lepaskan lelah, isnin yg menjelang kena plak mengadap kerje2 di pejabat..

Kalau minggu lepas pejabat senyap sunyi akibat terlalu ramai staf yg bercuti n berkursus, pagi suasana sunyi hilang serta merta...

"Alamak, pejabat diserang Planet of the APE (mcm salah eja jek)..."

"Aduh Nescafe pon diorang makan..."

"Eh, eh, gula2 utk sakit tekak pon abis satu tin.."

"Eh, eh, najis mukafafah di merata-rata..."

Meon telah menyerang pejabat C302 dan C303... akibat satu tingkap tak ditutup..

MAsalah Meon ni memang dah lama dah... sajak POLISAS ditubuhkan pon.. YElah kiter amik habitat diorang.. terpaksalah diorang kongsi habitat ngan kiter plak...

Sebelum2 ni, monyet2 ni semua selongkar tong sampah jek.. ade gak kes pensyarah diserang..(termasuklah SOT yg mmg bukan dari spesis meon ni)... Tapi kali ni diorg lebih pintar, dah pandai amsuk pejabat yg mmg kaya dengan sumber makanan ringan yg pelbagai.... maklumlah, monyet belajar kat poli...hehehhe

MEon... meon....

11 December 2008

Final Exam...

Jangan terkejut, bukan SOT yg amik final exam...

Pensyarah vs pelajar
Sepanjang minggu lepas, minggu ini dan minggu depan, POLISAS dilanda demam final exam... Pelajar berhempas pulas menjawab, pensyarah pulak berhempas pulas menyediakan markah dan kusut kepala memikirkan result yg bakal diperolehi oleh pelajar2 tersayang....

Ader di antara rakan sejawat SOT mengeluh... " Kiter sibuk risaukan pelajar2, tapi diorang rilek jek... suruh study, diorang buat dekkk jek"

"Aku sibuk2 buat tutorial, kelas ulangkaji, top up markah bebudak.. tapi bebudak ni, dah ah tak datang kelas, pastu tak risau langsung"

Kesimpulannya, pensyarah yg demam tak kebah menjelang final exam... Student plak, bleh jek rilek2 main futsal... Tapi takleh nak mengeluh, dah memang tugas seorang pendidik, byk mende yg perlu dikorbankan demi kaih sayang pada pelajar....


Pengawas Peperiksaan
Salah satu tgas para pensyarah adalah menjadi pengawas peperiksaan... SOT tidak terkecuali...

Kalau diikut kepada jadual bertugas, SOT hanya bertugas utk 3 sesi sahaja. Pon begitu, SOT bertugas 4 sesi memandangkan ader member2 yg perlu diganti disebabkan diorang terlibat dengan kursus dan ader jugak yg masih bercuti...

Bertugas sebagai pengawas ni takdelah berat pon... bagi kertas soalan n jawapan then ronda2 cari toyol...hehehhe...

Tapi duduk memerhati dalam suasana sunyi hampir 2 ke 3 jam, memang membosankan... Kekadang best jugak kalau dapat tengok bebudak yg dok perhati kiter sebab nak cari peluang meniru... (takyahlah, aku dah masak dengan teknik2 meniru tahap gaban ni)....

Apa-apapon, Selamat BErjaya kepada semua pelajar2 POLISAS terutama SKE2D n SKE1B sesi Julai 2008...

10 December 2008

Mutiara Aidil Adha....

Amboi, tajuk mmg mengancam abis... mutiara tu merujuk kepada bait2 lirik lagu Sudirman Hj Arshad...


Hujan yg turun bagaikan mutiara....


Itulah yg berlaku. Sepanjang Aidil Adha kali ini, hujan turun tanpa henti... 3 hari 2 malam mencurah-curah kurniaan Ilahi dari langit membasahi bumi... (ayat tak menahan)... Maklum sajalah, perubahan monsun Timur Laut mmg membawa hujan yg banyak sehinggakan sampan dah jadi lagi penting berbanding kereta di setengah2 tempat...

Pon begitu, Aidil Adha masih disambut dengan meriah di rumah SOT... dengan menu2 utama seperti sate ayam, laksa penang, nasi impit dengan rendang daging serta kek coklat, kemeriahan tetap dirasa walau suhu dah menurun dibawah paras suhu bilik sedikit lagi nak cecah paras beku...

Selepas pulang dari bersolat Sunat Aidil Adha, SOT lepak di rumah jek... ramai jugak bala tentera yg datang menyerbu umah SOT, almaklumlah, antara umah yg masih menghulurkan duit raya... maka walau hujan menimpa, tentera2 kecil ini tak melepaskan peluang berkunjung ke rumah SOT... terbang jgk lah budget skit2... Kunjungan saudara mara n bakal adik ipar turut memeriahkan lagi sambutan dalam kesaljuan ini...

Jam 9 malam, barulah hujan sedikit reda... panggilan telefon dari COoi membuatkan SOT meredah keheningan malam menjengah sahabat yg lama tak jumpa... kehadiran NAzari, Shazwan, dan Suhaimi turut memecah kesunyian malam Raya Haji... Setelah dipersetujui suara majoriti, kami bergerak ke KUANTAN menuju ke MEGA LANE...

Kalau dah sampai mega Lane, maknanyer, satu pertarungan bowling sedang berlangsung.... memang menarik dan memang menjadi kegemaran SOT (walau tak lah terer pon)... kegembiraan dan gelak kertawa melengahkan kami hingga jam 1 pagi... Pon begitu, malam yg masih 'muda' diisi pula dengan acara lepak melepak di Teluk cempedak... pelbagai kisah diungkit sehingga jam 2.30 pagi... tidak puas menjengah gelagat manusia di Teluk Cempedak, kami singgah pula di Esplanade Kuantan... Tetapi mata yg makin memberat tidak membenarkan kami berada di situ lebih lama lagi...

Jam 3.30 pagi, barulah SOT sampai di muka pintu umah... semua ahli keluarga SOT dah lama dibuai mimpi... JAm 4.30 pagi barulah beransur melelapkan mata....

Dalam hati... terdetik, sungguh sejuk dan salju mutiara Aidil Adha, sambil tangan menarik selimut hingga kepermukaan mulut....ZZZZZZ....


02 December 2008

Pening dan loya.... Morning sick seorang perindu...

Sejak semalam, kepala ni duk penig sangat...
Maklumlah, cuaca kat pantai timur ni sedang musim sejuk...
Hujan tak henti-henti.... pejabat plak aircond memanjang... naik beku kepala lutut....

balik je umah rasa nak tido jek... baring n bermalas-malasan... ikut kan hati nak jek amik MC...
malangnyer skrg byk sgt kerje kat pejabat....

hari ni, penderitaan makin menjadi2...dah lah pening, meloya plak... membawak budak kot (hehehhe, poyo)....
Menambahkan penderitaan, terkena plak hujan balik keje tadi..sampai umah pekena plak durian seulas dua...

Namun yg paling ketara, pening dan loya ni berkait plak dengan rasa rindu yg paling dalam pada baby girl... lama nyer tak jumpe... dan dekat sebulan lebih...huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...