08 August 2008

Tahniah Graduan Konvokesyen ke-7 UTHM


TAHNIAH KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN

Ucapan tahniah kepada semua kawan-kawan graduan konvokesyen ke-7 UTHM terutama kawan-kawan di seksyen 2 MBV sesi 2007/2008. Inilah hasilnya setelah kita berusaha selama 3 semester. Sesungguhnya ilmu yang kita perolehi itu merupakan tanggungjawab untuk kita sebar-sebarkan dan bukan kita perlekeh-lekehkan. Tiada ilmu yang tidak berguna pada manusia kecuali ia tidak dipraktikan dan tidak dihargai.

Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, walau ramai yg menganggapnya tidak berbaloi, tidak diikhtiraf atau tidak ada guna mengikutinya, namun percayalah, pasti ada hikmah kita mempelajari semua ilmu itu. Sarjana atau tidak, itu bergantung atas diri kita. Ilmu yang kita terima sudah cukup untuk mensarjanakan kita. Tapi adakah kita sarjana atau tak, itu diri kita yang tentukan.

Akhir kalam, percayalah, kita hanya menghargai majlis konvokesyen ini, jika kita telah menjalani proses pembelajarannya dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab di atas setiap ringgit yg rakyat Malaysia sumbangkan kepada kita. Kalau kita tidak bersikap jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, itulah sebabnya kita merasakan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional bukan satu kursus yang boleh diikhtiraf. wassalam..

1 comment:

Nurulhuda Abdul Rahman said...

aku setuju.. tapi mungkin cara kita hargai kegigihan kita dalam mencapai kesarjanaan berbeza bagi setiap individu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...