21 August 2008

CAK menguji kesabaranku...

hari ini dalam sejarah..setelah bertahun-tahun SOT menggunakan khidmat CAK utk bergerak ke sana ke mari, akhirnya CAK telah menguji kesabaran SOT hari ini...

Odw nak gi cherating amik kereta akak, (nak guna keter dier gi Johor utk Konvo) setibanya di susur masuk lebuhraya pantai timur,berhampiran Gebeng, tetiba jek enjin keter wira putih tu terhenti. maka menggelabahlah SOT di tepi jalan mencari idea dan menekan2 punat telefon bimbit menghubungi sanak saudara dan sahabat handai meminta bantuan...

Namun pelbagai halangan bagi pihak mereka utk membantu, yelah masing2 pon jauh dari tempat kejadian..

Tetiba jek..muncul super hero utk hari ini, ASMA dengan DAY nyer beserta 2 pembantu telah datang menghulurkan bantuan...

setelah 2 jam lebih bertapa kat tepi jalan tu, maka selamatlah CAK diangkut ke bengkel... TIMING BELT putus...itulah masalahnya...

Nway, spesel thank 2 asma n 2 org student dier...kalau tak gelabah jugak sorang2 ditengah2 terik mentari...huhuhuhuhu

13 August 2008

Nasib Cincin Belah Rotan


pic: Sekadar gambar hiasan..

Jauh di sudut hati ini, terpendam perasaan yang tak pernah dapat difahami.
Nun jauh di kotak minda ini, bercelaru, kusut masai, carca merba...
Melangkah tak lagi gagah, menapak tak cukup menegak...
Debaran jantung beribu degup, larian darah menyerbu searah.

Berjuta soalan mengharap dijawab...
Cuma satu membawa igau sepanjang malam..
Apakah nasib sebentuk cincin belah rotan...

08 August 2008

Tahniah Graduan Konvokesyen ke-7 UTHM


TAHNIAH KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN

Ucapan tahniah kepada semua kawan-kawan graduan konvokesyen ke-7 UTHM terutama kawan-kawan di seksyen 2 MBV sesi 2007/2008. Inilah hasilnya setelah kita berusaha selama 3 semester. Sesungguhnya ilmu yang kita perolehi itu merupakan tanggungjawab untuk kita sebar-sebarkan dan bukan kita perlekeh-lekehkan. Tiada ilmu yang tidak berguna pada manusia kecuali ia tidak dipraktikan dan tidak dihargai.

Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, walau ramai yg menganggapnya tidak berbaloi, tidak diikhtiraf atau tidak ada guna mengikutinya, namun percayalah, pasti ada hikmah kita mempelajari semua ilmu itu. Sarjana atau tidak, itu bergantung atas diri kita. Ilmu yang kita terima sudah cukup untuk mensarjanakan kita. Tapi adakah kita sarjana atau tak, itu diri kita yang tentukan.

Akhir kalam, percayalah, kita hanya menghargai majlis konvokesyen ini, jika kita telah menjalani proses pembelajarannya dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab di atas setiap ringgit yg rakyat Malaysia sumbangkan kepada kita. Kalau kita tidak bersikap jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, itulah sebabnya kita merasakan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional bukan satu kursus yang boleh diikhtiraf. wassalam..

Mari tengok gambar...

bosan-bosan buat keje, tgk gambar yg di'edit' oleh grafik designer yg tgh bosan...bleh gak hilangkan bosan...huhuhuhu....










05 August 2008

Adat Nenek Moyang: Merisik

Memandangkan hanya beberapa minggu je lagi SOT akan memulakan adat istiadat orang melayu dalam mendirikan rumah tangga..InsyaAllah 22hb Ogos ini, keluarga SOT akan bertemu dengan keluarga bakal tunangan SOT di Melaka. Justeru, untuk entry ni, SOT nak berkongsi sedikit info berkaitan adat merisik yg dah ramai org melayu tidak amalkan...


pic: Gambar hiasan semata-mata

Merisik bertujuan memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Kononnya kalau nak cari menantu biarlah bersesuaian..Biasanya pihak lelaki akan menyelidiki dahulu latar belakang calon menantu melalui saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga...Yelah nak tahu jugak calon tersebut masih suci atau tidak, perangainya, pandaikah dier memasak, menjahit dan sebagainya, rupa parasnya dan keadaan keluarganya.

Kalau ikut adat sebenar org melayu, keluarga lelaki akan mencari calon menantu mereka setelah dirasakan anak mereka wajar dikahwinkan...(ingat mak ayah yang cari, bukan cari sendiri..hehehehh)...

Ciri-ciri menantu pilihan:
1. Masih Suci (dayus lelaki melayu berkahwin wanita tak suci)
2. Keluarga baik-baik
3. khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir bertaranum
4. Elok paras rupa
5. pandai menjahit, menekat dan memasak

Setelah calon dipilih, barulah keluarga lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan untuk berkenalan....Tujuannya nak kenal depan-depan ah... betul ke calon yg diorang pilih tu sesuai.Kalau berkenan selalunya dihulurkan cincin sebagai tanda dan ditetapkan hari pertunangan.

Kepercayaan Melayu mengenai rombongan merisik

1. Sekiranya rombongan merisik datang ketika gadis sedang mencuci atau mandi - dikatakan jodoh tersebut sejuk dan akan berkekalan (serasilah)

2. Rombongan tiba ketika gadis sedang memasak - jodoh yg panas dan mungkin tidak kekal.

3. Dalam perjalanan terjumpa mala petaka atau halangan - jodoh tidak sesuai.

Selesai adat merisik, pihak lelaki akan pulang dan berbincang sesama keluarga untuk adat meminang pula...

Namun zaman moden kini, byk org dah melupakan adat merisik dan menggabungkan adat ini dengan adat meminang saja...yelah calon pon selalunya dah kenal...al maklumlah...belum apa2 lagi dah bawa balik umah dan kenal2 dengan keluarga...tak yah merisik pon takpe (sori kalau ader yg terasa)..hehehhehe.

apa2pun..SOT akan cuba memelihara adat ini setakat mana yg termampu...(walaupun calon cari sendiri bukan mama ngan abah yg carikan)hehehehhe...

KLIK untuk artikel penuh adat merisik

Pengkalan Balak or KL Merdeka Nite...



Pic 1&2: Kemeriahan malam merdeka atau kebiruan air laut

Sejak beberapa minggu yg lalu, ramai kawan2 dari kelas BKL 2001-2006 KUiTTHO (batch Serapan) mengajak SOT menyertai gathering ke Pengkalan Balak...Dalam pasukan ber8 hanya kerul dan adib jek yg ikut program tu..yg lain2 pelbagai halangan melintang...

Bagi SOT sendri, mmg keliru...kalau tak join mcm tak best plak, biler lagi nak juper member2...but kalau ikut pon, member2 rapat ramai yg tak join, just member2 batch yg taklah berapa nak rapat sgt...

Dalam proses penilaian nak gi ke tak, timbul plak idea dari member2 yg tak join gathering utk berkumpul di KL sambut merdeka n awal ramadhan...macam best gak...tapi biler pk balik susah jugak nak pergi jalan2 pada awal ramadhan sebab awal ramadhan selalunya SOT sambut dengan famili...

SOT: huhuhuu..aku keliru malah mengelirukan....

01 August 2008

Pensyarah perlu ader hati...


Semalam, SOT menghadiri satu taklimat dari Unit Peperiksaan...byk jugak input yg disampaikan khas utk pensyarah baru mcm SOT ni...

Namun satu perkara yg menarik perhatian SOT ialah kata-kata En Aizat, 'pensyarah perlu ader hati, perasaan, jiwa...'

Memang benar telahan yg dikatakan beliau, ader sesetengah pensyarah bekerja bukan dengan hati.. datang 8am balik 5pm then that all..ujung bulan terima gaji...

but kalau kiter bekerja dengan hati, ikhlas, penuh kasih sayang dan rasa betanggungjawab, insyaAllah kerja kiter diredhai dan gaji yg kiter suap dalam mulut kiter dan ahli keluarga kiter juga berkat...

katanya, masalah pelajar di polisas bukan kerana semata2 pelajar itu 'bengong' tapi sebab pensyarahnya juga 'bengong'...huh tercabar juga ... tp ader kebenarannya... kalau kiter hya mengajar bagai melepaskan batok di tangga, mana mungkin pelajar kiter yg pakai enjin honda cup (meminjam ayat en aizat) boleh jadi cemerlang...

so kecemerlangan pelajar bermula dari keikhlasan pensyarah yg mengajar dengan sepenuh hatinya...

insyaAllah sama2lah kiter memajukan diri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...