31 May 2010

Hujung minggu di Isketambatu...

Assalamualaikum...

Semua dah ceria semula setelah bercuti panjang hujung minggu lepas. Aku Bercuti lebih panjang. Bermula dari hari khamis sehingga ahad. Kemana aku pergi ek? teng teng teng.... Bertemu isteri tercinta di Sabak Bernam.

Seronok sangat sebab dapat bertemu isteri setelah hampir 3 minggu tidak bertemu. Dapat juga melihat perkembangan baby yg masih dalam kandungan. Makin besar sekarang ni, yelah sudah berusia 7 bulan 2 minggu dalam kandungan.

Hari sabtu, tetiba rasa gatal kaki nak gi jalan-jalan tabur duit. Lokasi pilihan, Isketambatu lebih kurang 10km dari Isketambola. Perjalanan bermula setelah menghantar ayam HPA kepada ibu mertuaku di umah abg iparku.

Negeri ISketambatu ni beroperasi dari jam 10 pagi. So macam biasa jugak, aku dah wife mendarat di Isketambatu ni lebih kurang jam 10.30 pagi. Tolong bukak pintu.

Masa yg diperuntukkan disitu lebih kurang 4 jam. Lenguh-lenguh kaki aku. Namun yang peliknyer, wife aku rilek jek. Persoalannya, siapa yang mengandung ni?....

Nway, banyak jugaklah duit ditaburkan. Kalau dulu sewaktu ke ISketambola, kitorang banyak beli barang2 baby, tapi kali ni kitorang beli barang2 utk diri sendiri plak (even terlekat jugak baju baby sepasang).

Isteriku yg kepuasan dapat berjalan2 menabur duit...

Catatan SCHA: Already miss u...

4 comments:

sarah shafie said...

lg 2 blan dh jd ayah dah..thniah tau..

zul said...

tq

cheqna said...

macam kejap je encik zul kita ni nak jadi ayah dah...
moga semuanya selamat k...

zul said...

kejap ker? ish, dah tak sabr menanti ni...hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...