Showing posts with label PapaSenduk. Show all posts
Showing posts with label PapaSenduk. Show all posts

04 December 2012

Papasenduk: Sambal Durian

Salam...

Hari ni nak kongsi satu resepi mudah yang 'Best in the world' punyer...

Sila jangan salah paham, ini bukan sambal tempoyak...

Musim durian ni, sambal durian memang membuka selera.

Bahan-bahan:

- beberapa ulas durian segar (kualiti terbaik punyer)
- Cili api
- Sedikit garam

Cara membuatnya

- Tumbuk cili api bersama garam.

- Masukkan isi durian dan gaulkan.

- Sedia dimakan bersama nasi putih, ikan singgang dan kangkung belacan. Wauuuu, naik 5kg.

Tip: Lagi mahal durian yang digunakan, makin sedap ah sambal ni....heheheheh...

17 October 2012

PapaSenduk: Resepi Pizza Mudah

Salam,

Bertemu kembali dalam segmen Papa Senduk. Amboi amboi amboi, dah ada yang mencebik bibir, PIZZA lagi. Ni sah-sah papa nak tipu lagi ni.

Cuppppps dek non. Ni memang resepi sebenar. Semalam Papa berusaha bersungguh-sungguh membuatnyer tau. Berangan jadi Masterchef kejap.


Jom tengok resepinyer dan kekdah membuatnyer.

11 October 2012

Papasenduk: Pizza 'lah' sangat...

Salam,

Semalam terbaca/tertengok entry budak Syazwan Che Deraman yang ini...

Tetiba teringin sangat nak buat pizza. Jangan tak tau, aku memang bleh buat pizza. Bukan pandai ok, 'boleh buat'. Berbeza tu.

So, call cik puan bagitau malam ni suami tercintanya akan memasak pizza. Very happy cik puan sbb tak yah masak.

Keluar keje jam 5, dengan semangat berkobar-kobar, memecut Baby City ke pasaraya pilihan.

Pun begitu, berlaku kesesakkan yang melampaui batas. Tekad aku pilih jalan altenatif. Okbai, jalan pilihan kedua juga sesak teruk. Rasanyer aku masih di Kuantan. Bukankah kesesakkan hanya berlaku di Kuala Lumpur? Emmmm, no answer.

Jam 6, tiba di pasaraya A (pasaraya bukan pilihan). Ambil satu dua lima barang. Teeetttt. Bahan utama takde. Letak semula semua barang yang dah diangkut. Beredar tanpa rasa bersalah, tapi salah sangat menyampah.

Jam 6.20 tiba di pasaraya B (pasaraya pilihan sepanjang zaman). Ambil tiga empat lapan barang. Teeeetttt lagi, bahan paling penting takde.

Camner ni. Dah janji dengan Cik Puan nak buat pizza. Tinggg. Mentol menyala di kepala hotakku.

Jeng jeng jeng...


Siap gak dua keping pizza... walau pelbagai rintangan menimpa diri ini...

Jom tengok resepi dan cara membuatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Resepi

Sekotak pizza hawaiian Chicken jenama Karts.

Cara membuatnya

Panaskan oven pada 210C, then bakar selama 15 minit.

Siaplah dua keping pizza dalam masa 30 minit. Yeayyyy.


HAMPEH JE KAN. ASALKAN DAPAT MAKAN PIZZA. OKBAI.


02 February 2012

PapaSenduk: Lempeng a.k.a Pancake

Wah wah... apa kabo semua...

Bertemu kita dalam segmen terbaru, wau wee, keba kebooommm... PAPA SENDUK.... *motif tajuk segmen...

Well, segmen ni bukan utk kaum ibu yek... hanya utk kaum bapa sajer...

Alamak dah ada kaum ibu yg tarik muka 44... rilek ah sis, u all, kaum ibu sure sudah 'pandai' sesangat memasak, so segmen ni mcm picisan je ah...

Aku buat segmen ni utk membantu kaum bapa a.k.a laki korang yang kadang2 ter'paksa rela' kena masak kat umah... walaupun kami kaum lelaki ni dilahirkan dengan otak yg cerdas dan fizikal yang cergas, tp bila masuk dapur, mau berkerut gak dahi...

Ops, cukup-cukup... jom kita tgk resepi kita utk segmen kali ni..... LEMPENG a.k.a PANCAKE...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...