04 December 2012

Papasenduk: Sambal Durian

Salam...

Hari ni nak kongsi satu resepi mudah yang 'Best in the world' punyer...

Sila jangan salah paham, ini bukan sambal tempoyak...

Musim durian ni, sambal durian memang membuka selera.

Bahan-bahan:

- beberapa ulas durian segar (kualiti terbaik punyer)
- Cili api
- Sedikit garam

Cara membuatnya

- Tumbuk cili api bersama garam.

- Masukkan isi durian dan gaulkan.

- Sedia dimakan bersama nasi putih, ikan singgang dan kangkung belacan. Wauuuu, naik 5kg.

Tip: Lagi mahal durian yang digunakan, makin sedap ah sambal ni....heheheheh...

5 comments:

::Misz sunsWeetz:: said...

adui.. ni memang tambah selera den ni bro ! =)

zul said...

bukan selera jer...lemak pon bertambah sekali..hahahha

Cikgu Ma said...

pening dengar nama durian ni

4feet8 said...

saya suka tumis bwg besar bersama cili tumbuk, pastu masukkan tempoyak dan sedikit air. goreng sampai masak. boleh simpan dlm peti. bila2 nak makan sambal, dah ada..

zul said...

cikgu ma: awatnya... tak makan durian ka?

4feet8:mak aih, tak pernah cuba plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...