Showing posts with label Monday Blues. Show all posts
Showing posts with label Monday Blues. Show all posts

24 December 2012

Monday Blues: Tengkujuh, cuti dan aku...

Salam,

Kesejukkan... keadaan aku sekarang even aircond dah ditutup seawal pagi tadi.

Hujan mula turun dengan lebatnya sejak malam tadi. Kuantan kini menjadi kawasan tadahan hujan utama negara.

Hari ni, malah minggu ni, warga POLISAS pakat-pakat bercuti. Aku?

Xtually, aku sendiri duk bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak cuti? Dah kul 12.43 tengahari. Aku belum ada jawapannya.

Hujan masih turun dengan lebat dan renyai-renyai silih berganti.

Khabarnya jalan di depan POLISAS sudah dinaiki air, dan agak berbahaya kepada kenderaan kecil. City aku ni kategori kecil ker, separa kecil. hurmm.... takkan nak bermalam kat pejabat kot.

Sadis.

Kantin pon tutup. Nak makan apa lunch ni? Takde ker bomba or tentera nak jatuhkan makanan kat depat pejabat aku ni?

Lemau.

Keje banyak. Tapi malas giler nak wat dalam keadaan suhu dah suasana kerja yang serba serbi suram ni.

Arrrggghhhh.

Ada 4 jam lagi nak balik. Persoalannya, boleh balik ker ni? huhuhuhu

Jom layan gambar, musim hujan di polisas. Gambar direct dari HP tak di edit sebab MALAS.

Jam 8.00 pagi

Jam 12.30 tengahari

Salah satu kawasan pejalan kaki di POLISAS

Tasik POLISAS



 
Jangan merungut Encik Zuhaimi oi...

OKBAI.

12 November 2012

Monday Blues: 1Malaysia sambut Deepavali

*Gambar godek kat pakcik google

Ok, esok sambutan Hari Deepavali. Kepada kawan-kawan beragama Hindu, Happy Diwali.

Kita yang bukan beragama hindu ni camner? 

Ada yang kata  takleh nak terhegeh-hegeh sambut sekali. Pergi rumah terbuka bagai. Kata they all, kalau kita sambut sekali, boleh jatuh murtad and what so ever.

Pada aku ah, kita di Malaysia ni hidup dengan pelbagai kaum dan agama. Kawan-kawan kita dari pelbagai ras dan suku. Tak salah kita tumpang bergembira pada hari kegembiraan mereka. Bukannya kita meraikan deepavali atas sebab Maha Krishnan dah berjaya mengalahkan Raja Naragasura yang kejam.

Tetapi kita sama-sama menyambut Deepavali atas ajaran Islam yang menitik beratkan jalinan silaturahim dan saling hormat menghormati sesama kita.  Malah kita boleh menonjolkan akhlak mulia seorang muslim sebagai dakwah islamiah kepada bukan muslim. Betul tak?

Yang penting sekali ESOK CUTI. Bleh lepak kat umah sambil layan citer tamil and citer hindustan.

Tapi kat tempat kerja ai ni, dah ramai pon bercuti. Over kan. 

22 October 2012

Monday Blues 4: Lembab, lemau


Salam,

Jom pakat-pakat kiter jadi lembab dan lemau...(membawa pengaruh negative ni)

Musim tengkujuh di Pahang ni macam sudah bermula. Agak awal. Selalunyer bermula bulan November or Disember.

Hari ni agak lemau atas beberapa sebab:

1. Hari hujan sepanjang hari...

2. Dalam mode nak cuti.. Rabu dah start cuti (Keputeraan Sultan Pahang), Khamis (cuti rehat) dan Jumaat (Aidiladha)

3. Baru je balik jimba-jimba (jimbalah sangat, hohoi) di Kuala Lumpur. Belum hilang penat.

Tapi...

Sebagai pegawai kerajaan yang diberikan amanah oleh rakyat, mari kita bekerja bersungguh-sungguh.

Aja aja fighting...

15 October 2012

Monday Blues3: Padan Muka Aku.

Tutup muka skit.

Salam,

Isnin tiba lagi. 

Pagi sampai tengahari menyuarat pengurusan. Mcm biasa, penat telinga.

Balik opis nak tengok dokumen aset Kew-Pa 2, 3, 7, 10 dan 11. Persediaan untuk audit esok. Patutnya dah tengok minggu lepas, tapi confident jek everything dah settle.

Na na na na... belek punya belek, skali ada plak yang tak lengkap... jeng jeng jeng...

Padan muka, sapa suruh wat keje last minute.

*Ada lagi masa update blog...teeetttt...

08 October 2012

Moday Blues2: Gaji Aku Sikit

Salam,

1st, ini bukan entry 'tak reti bersyukur'.

Cuma pagi ni, teringat satu ayat bermakna yang pernah diucapkan bos aku.

"Jangan bagi banyak sangat kerja kat Zul, gaji dier sikit"

Nanti ada plak mencebik bibir, "Yolah gaji kau sikit... gaji ribu-ribu pun sikit lagi ker"

Korang kena paham, aku sekarang dalam group pegawai kanan (lupa plak belum pernah wat entry tentang perkara ini, lain kali ek).

Antara pegawai-pegawai kanan sekalian, akulah pegawai dengan gred paling rendah, gred 41... sedangkan pegawai-pegawai lain kebanyakkannya 44, 48 dan 52... (org keje gomen paham ah sistem gred ni)

Masalahnya!!!

Walau kata-kata itu terpacul dari mulut seorang pengarah, tapi macam takde maknanya je...

Ramai gak yang hempuk kerja kat pejabat aku. Ish3...

Dah, dah, jom buat keje. Jangan buang masa.

* Saya yang menurut perintah.

01 October 2012

Monday Blues1: Meeting sampai lebam

Hari ni malas nak tulis panjang...

Sebab dah lebam. Meeting dari jam 9.00 pagi sampai 1.00 petang. huhuhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...