02 February 2012

PapaSenduk: Lempeng a.k.a Pancake

Wah wah... apa kabo semua...

Bertemu kita dalam segmen terbaru, wau wee, keba kebooommm... PAPA SENDUK.... *motif tajuk segmen...

Well, segmen ni bukan utk kaum ibu yek... hanya utk kaum bapa sajer...

Alamak dah ada kaum ibu yg tarik muka 44... rilek ah sis, u all, kaum ibu sure sudah 'pandai' sesangat memasak, so segmen ni mcm picisan je ah...

Aku buat segmen ni utk membantu kaum bapa a.k.a laki korang yang kadang2 ter'paksa rela' kena masak kat umah... walaupun kami kaum lelaki ni dilahirkan dengan otak yg cerdas dan fizikal yang cergas, tp bila masuk dapur, mau berkerut gak dahi...

Ops, cukup-cukup... jom kita tgk resepi kita utk segmen kali ni..... LEMPENG a.k.a PANCAKE...





OOoooo, ada yg gelak ek... cik kak, tak semua org tau camner nak wat lempeng ah...

Bahan-bahannya

- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu besar mentega
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (serbuk penaik) - optional
- 1 sudu kecil garam (secukup rasa)

Cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan dalam blander (pengisar). Campakkan ajer dengan bersenang lenang. tak payah guna pengisar kek pon, guna blender bawang jek.

2. Kisar dalam 1 minit, sampai korang tgk adunan tu tak berketul.

*macam nilah rupanya lepas di'blender'

3. Then, panaskan kuali. Terbaiknya guna non-stick pan. Encik bapak sekalian, non-stick pan ni, kuali yg takleh melekat (katanya). Kualinya bentuk leper, dan permukaannya berwarna hitam. Kalau pakai kuali biasa tu, letaklah sedikit minyak.

4. Masukkan sesenduk adunan dalam kuali. Kenapa senduk, well, nama pon PAPA SENDUK, kenalah guna senduk.

5. Biarkan atas kuali sekitar 1 minit, kemudian dialihkan ke sebelah bahagian lagi, juga 1 minit.

6. Ulang langkah 5 sampai semua adunan habis.

* emmm, ada lah yg makan hati tgk lempeng aku ni... mantop...gebu gitu...

7. Boleh dimakan bersama madu, gula atau kuah gulai semalam yg tak habis....

Cadangan

1. Boleh dimasukkan kelapa parut, supaya menjadi lempeng kelapa. Kalau nak wat lempeng pisang plak, masukkan ajer pisang dan blender jek bersama-sama bahan lain.

2. Masukkan sebiji telur kalau mahukan texture yg lebih lembut dan menarik. Tapi telur tinggi kolesterol (motif, jaga kesihatan).

3. Sekiranya anda berminat nak masukkan susu, masukkan setengah cawan air dan setengah cawan susu.

4. Berdasarkan resepi yg aku bagi tu, boleh dapat sekitar 12 keping lempeng saiz yg kiut macam dlm gambar kat atas tu...

Selamat mencuba ... jumpa lagi minggu hadapan dlm rancangannnnnn.... Paaaapaaaaa Senduk....

P/s: Tetiba feeling-feeling ada rancangan masakan sendiri khas utk para bapa di seluruh dunia...gituuuu... daaaa...

Catatan SCHA: Lempeng versi org dlm pantang...

1 comment:

Aujinz said...

aku rasa nak lempang jer... wakakakakaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...