Assalamualaikum...
U all rindu kat aku tak?... ahak, perasan jek ramai peminat..hahahha...
Sentap jup tajuk entry... Entry ni bersemperna dengan Sambutan Hari Guru semalam...
1st of all, Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yg telah mengajar diri ini erti kehidupan... termasuklah guru yang paling lama mengajar aku, Mama n Abah... Cikgu yg tak pernah bergaji mengajar aku...
Juga buat cikgu tadika aku, (rasanya cikgu tadika aku tu Mama aku..hahahahha).... Cikgu2 SK Lepar Hilir 1 (1990-1995), SMK Lepar Hilir (1996-1998), SMT Kuantan (1999-2000), dan
pensyarah2 UTHM (2001-2007)...
Cikgu-cikgu SK Lepar Hilir 1, rindunyer kat korang sumer....
Guru-guru SMK Lepar Hilir....
Ramai org sering menganggap guru ibarat lilin, sbb tu lepas jek abis sekolah ramai org dah tak kenang jasa guru... macam lilin, bila dah abis guna campak merata-rata...
Guru sepatutnya diibarat seumpama matahari... tak pernah lekang memberi cahaya... menghidupkan bumi... menjana tenaga dan tak putus2 berjasa..cewwaaaahhh...
Kadang2 ader gak rasa terkilan... Hari Guru biasanya utk guru2 sekolah sahaja... pensyarah macam aku ni, sering dikesampingkan...sedangkan kami juga guru.... Kenapa tak diadakan HAri Pensyarah jugak...?...
Bukannya diri ini nak sangat disanjung, dijunjung, tapi tak salah kan kalau jasa kami juga dihargai.... tapi tak mengapalah, kerja biar ikhlas... InsyaAllah, Allah janjikan pahala berganda di akhirat sana....
Catatan SCHA: Selamat HAri Guru, Sayang...
7 comments:
selamat hari pendidik!! haha
tq
pensyarah pun kategori guru, apa. cuma tak diraikan besar2an mcm kat skolah.
dan, takde anak murid beratur nak bagi hadiah kat cikgu.
tsk.
neway, selamat hari guru.
:)
Erm.. Takpela mudah2an kite terima hadiah n ganjaran baik di akhirat nanti.. aminn..
xea: tulah psl, huhuhu...klu kat sekolah, dh bleh main tiup belon di hari guru...huhu
atiza: InsyaAllah...Amin
hari guru????
macam mane aku boley lupe...ow noo
kekekek
ish3...ko tau tak hari ni hari aper... hari selasa tau...
Post a Comment